Kembara ke Budapest

Sebenarnya Budapest bukanlah salah sebuah tempat dalam travel list saya. Namun setelah berkira-kira dan survey tempat di Eropah yang belum pernah saya lawat sebelum ini, ternyata Budapest menduduki carta 10 diatas tempat yang perlu dikunjungi. Budapest sebenarnya tempat yang menarik untuk melancong, namun begitu bandar ini nampaknya underrated dan tidak banyak dikunjungi pelancong berbanding bandar Eropah yang lain.

15

Budapest adalah bandar terbesar di Hungary, 20% rakyat negara ini tinggal di Budapest. Mengikut sejarah, dahulunya Budapest bukanlah ibu kota negara Hungary. Sebaliknya ibu kota Hungary sebelum itu adalah bandar Esztergom yang merupakan tempat kelahiran King St. Stephen iaitu raja pertama Hungary sehinggalah abad ke-13.

38

Selepas pencerobohan Mongolia pada 1241-1242, Raja Béla IV kemudiannya memindahkan pemerintahannya ke kota Buda dalam usaha mencari perlindungan dari serangan tentera Mongolia. Budapest yang diasaskan pada tahun 1873 adalah gabungan tiga bandar iaitu Buda, Pest dan Óbuda (Old Buda) dan menjadi ibu kota Hungary sehinga hari ini.

33

Hungary merupakan sebahagian dari East Central Europe, jadi agaknya orang luar masih cenderung dan menganggap negara ini masih negera komunis. Mungkin sebab itu juga pelancong masih gusar tentang keselematan mereka untuk melancong ke Budapest. Namun begitu pada hakikatnya Hungary bukan lagi salah satu negera komunis dan keadaan disini juga selamat.

18

Kami sampai di Budapest dengan penerbangan British Airways dari London. Sampai sahaja di Budapest Ferenc Listz (BUD) airport, kami menggunakan perkhidmatan bas untuk ke tempat penginapan di pusat bandar. Bus No 100E merupakan pilihan yang paling jimat dengan tambang hanya 900 HUF (3 EUR) seorang. Perjalanan menggunakan bas mengambil masa lebih kurang 35 minit dari airport untuk berhenti di Kobanya-Kispest metro terminal, iaitu di pusat bandar Budapest.

19

Budapest mempunyai rangkaian pengangkutan yang baik termasuk metro, trem dan bas. Pengangkutan awam adalah murah dan agak mudah untuk digunakan. Oleh kerana bandar ini agak kecil, kebanyakan tempat tarikan pelancong boleh diterokai dengan hanya berjalan kaki ataupun menggunakan trem. Bagi pelancong antara pilihan tiket-tiket pengangkutan awam adalah:
– 24-hour travel card yang berharga HUF 650
– 24-hour group travel card yang berharga HUF 3, 300 (maximum 5 orang).
– 72- hour travel card yang berharga HUF 4, 150
– 7-day travel card yang berharga HUF 4, 950
– Kanak-kanak dibawah umur 6 tahun adalah free dan tidak perlu membayar tiket untuk menaiki pengangkutan awam.

8

Di Budapest kami menginap di Goldhen Rhino Apartment yang terletak dalam 10 minit berjalan kaki dari Kobanya-Kispest metro terminal. Rumah ini adalah studio apartment, ada disediakan dapur untuk memasak tetapi tiada mesin basuh. Walaupun tidak sebesar apartment yang saya duduk sebelum ini di Edinburgh, tapi bagi saya okey saja tempat ini untuk short trip seperti ini.

 

Budapest adalah sebuah kota yang penuh sejarah dan terdapat banyak tapak warisan UNESCO untuk dilihat. Kebanyakan tarikan-tarikan berdekatan antara satu sama lain, jadi agak mudah untuk dilawati dalam beberapa hari. Tempat-tempat menarik ini bolehlah dihimpunkan kepada tiga kawasan utama iaitu Castle Hill, Pest (timur Daunbe) dan juga Heroes Square.

5711
Chain Bridge adalah jambatan yang dibina sejak abad ke-19 yang menghubungkan bandar Buda dan Pest. Sebelum adanya jambatan ini, penduduk disini terpaksa menggunakan feri atau pergi ke jambatan terdekat yang terletak di Vienna, Austria. Jauh betul kan…? semata-mata nak menyeberang sungai. Chain Bridge ini mempunyai panjang kira kira 375 meter dan lebar 16 meter.

2132
Castle Hill ini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan mempunyai banyak tarikan yang harus dilihat. Contohnya kat sini kita boleh tengok gerbang dan arca berkonsepkan Gothik, rumah-rumah Baroque abad ke-18 dan jalan-jalan berbatu zaman medieval. Sesetengah rumah di atas Castle Hill ini sudah wujud sejak abad ke-14 dan ke-15 lagi. Ini dapat memberikan kita gambaran tentang pemandangan sebenar di Castle Hill ketika zaman itu.

31282624

30

Antara bangunan lain yang ada di atas Castle Hill adalah Trinity Square, Matthias Church (Mátyás templom) dan Fishermen’s Bastion (Halászbástya). Untuk sampai ke Castle Hill, kita mempunyai pilihan sama ada menaiki train funicular atau menaiki bas dari Chain Bridge. Semasa saya di Budapest, perkhidmatan furnicular dihentikan kerana penyelenggaran. Banyak ulat-ulat ketika itu menawarkan perkhidmatan teksi atau pakej untuk naik ke atas yang saya kira pasti mahal. Sebenarnya sebagai alternatif yang lebih jimat kita boleh naik bas no. 16 dari Chain Bridge untuk ke atas Castle Hill.

4

36

Terletak di atas Castle Hill, museum ini mempunyai tiga bahagian – Antiquities Museum (Aquincum Museum); the Fine Art Museum (Kiscelli Museum) dan the Castle Museum. Muzium ini mempamerkan pameran merangkumi sejarah bandar Budapest dari zaman prasejarah hingga akhir pendudukan Soviet.

2023252729

22
Buda castle adalah kompleks yang dimiliki oleh raja-raja Austro-Hungary pada zaman dahulu. Ia mula dibina oleh King Bela IV Hungary antara 1247 dan 1265. Dari atas bukit Castle Hill dan Buda Castle, kita juga boleh menikmati pemandangan keselurhan bandar Budapest dari sini.

budapest-18.jpg.jpeg

Ini ialah Shoes on the Danube. Memorial ini memang unik dan mempunyai sejarah yang tersendiri. Ia terletak di pinggir Sungai Danube dan berhampiran dengan Parlimen Hungary. Memorial ini diwujudkan untuk memperingati pembunuhan kejam kaum Yahudi di antara 1944 dan 1945 semasa Perang Dunia II. Cara pembunuhan adalah mudah: mereka diminta tanggalkan baju, tinggalkan semua barang-barang mereka termasuk pakaian dan kasut, didirikan di
pinggir Sungai Danubedan kemudian mereka di bahagian belakang kepala. Mayat mereka kemudian ditolak jatuh ke dalam Sungai Danube. Sebagai memperingati kejadian ini, kerajaan membina memorial yang terdiri daripada 60 pasang kasut yang dibuat dari besi dan menghadap ke sungai. Terdapat berbagai jenis dan kasut yang berbeza, yang membawa maksud pembunuhan tersebut berlaku tidak kira umur, jantina dan status sosial.

404142
Heroes Square adalah dataran awam terbesar Budapest yang diwujudkan pada tahun 1896 untuk memperingati ulang tahun ke-1,000 kelahiran negara Hungary. Disini kita boleh lihat tiang-tiang dan patung terkenal Raja-raja Hungaria dan tokoh sejarah Hungary yang penting. Tempat ini juga menjadi lokasi banyak pertemuan politik dan sosial termasuk upacara pengebumian Imre Nagy, seorang pemimpin revolusi yang bertempur melawan pendudukan Soviet pada tahun 1956 dan pada akhirnya dia dihukum bunuh.

121413

House of Parliament / Orszaghaz merupakan bangunan parlimen terbesar ketiga di dunia. Bangunan neo-klasik yang berusia 112 tahun ini mempunyai 691 bilik, 20 km tangga dan mencapai ketinggian 96 meter. Hiasan dalaman bangunan ini juga mewah; 40kg emas digunakan bersama setengah juta batu hiasan yang lain. Bangunan Parlimen Hungary bukan sahaja salah satu daripada yang terbesar dan tertua tetapi juga salah satu yang paling cantik. Di dalam Bangunan Parlimen terdapat Mahkota Raja Hungary. Mahkota yang menarik dan bersejarah ini telah disembunyikan dari tentera Soviet dan disimpan dengan selamat di US Bullion Depository, sehinggalah dikembalikan ke Hungary pada tahun 1978.

434446
Istana Vajdahunyad yang terletak di City Park ini dibina pada tahun 1896 sebagai memperingati ulangtahun ke 1, 000 kelahiran negara Hungary. Istana ini dikelilingi oleh pokok-pokok, taman dan tasik buatan. Reka bentuk istana ini diilhamkan berdasarkan Istana Vajdahunyad yang asal di Transylvania. Zaman dulu kawasan Transylvania pernah menjadi sebahagian dari negara Hungary, tetapi kini Transylvania berada di negara Romania.

12

St Stephen Basilica adalah salah satu mercu tanda terbesar di Budapest adalah gereja yang teletak di kawasan bandar Pest. Pembinaan gereja ini siap pada tahun 1906 setelah mengambil 50 tahun untuk membinanya. Nama gereja diambil sempena Raja Stephan (975-1038) iaitu raja pertama Hungary.

3 hari kami di Budapest. Kami meninggalkan bumi Hungary dengan menaiki penerbangan Turkish Airways. Destinasi seterusnya ialah Istanbul.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s