Kembara ke Scotland (2)

Dengan menaiki kereta saya menuju ke Falkirk yang terletak 222 km dari Edinburgh. Disini terdapat tugu Kelpie yang besar setinggi 30 meter. Mengikut
kepercayaan penduduk Scotland, kelpie adalah merujuk kepada roh/semangat yang mendiami sungai dan tasik-tasik di Scotland. Semangat air ini dikatakan
menjelma dalam bentuk kuda.

DSC_0552DSC_0579DSC_0586DSC_0592DSC_0593

Dari Falkirk, kamai menaiki kereta menuju ke sebuah lagi bandar di Scotland iaitu Stirling. Bandar Stirling terletak ditengah-tengah Scotland diantara Edinburgh dan Glasgow. Pada zaman dahulu, bandar ini mempunyai kedudukan politik yang penting kerena terletak dikedua-dua sempadan, kawasan Highland dan Lowland di Scotland.

DSC_0603DSC_0627DSC_0631DSC_0644DSC_0649DSC_0655DSC_0664DSC_0682DSC_0687

Tarikan utama di bandar ini ialah Stirling Castle. Kota ini terletak di atas bukit, memang mengah juga la berjalan kaki ke atas. Kota ini dikelilingi oleh lereng bukit yang curam, menjadikan kedudukan yang baik dari segi pertahanan. Ketika Perang Kemerdekaan dalam kurun ke 13 dan 14, Stirling Castle menjadi lokasi stategik ketenteraan dan pernah mendaji kediaman rasmi kepada kerajaan Scotland dari Dinasti Stuart. Beberapa Raja dan Ratu Scotland pernah ditabalkan di Stirling Castle, Mary, Queen of Scotland pada tahun 1543.

DSC_0689DSC_0691DSC_0692DSC_0706DSC_0718DSC_0728DSC_0733DSC_0736

Kalau Edinburgh adalah ibu kota Scotland, manakala Glasgow pula merupakan sebuah pusat ekonomi di Scotland. Kami menaiki kereta untuk ke Glasgow yang jaraknya kira-kira 60 km dari Stirling. Bandar Glasgow merupakan bandar terbesar di Scotland yang terletak dipinggir Sungai Clyde.

DSC_0761DSC_0764DSC_0775DSC_0787

Di Glasgow kita boleh lihat lebih banyak bangunan-bangunan pencakar langit dan pejabat. Namun begitu tidak kurangnya bandar Glasgow juga mempunyai tempat dan bangunan bersejarah terutama sekali banguna dengan senibina Victoria. Disini juga terdapat muzium dan galeri seni seperti Kelvingrove, Kelvin Hall, University of Glasgow’s eclectic Hunterian museum dan beberapa lagi. Glasgow juga merupakan tempat untuk membeli belah.

DSC_0791DSC_0797DSC_0800DSC_0809

Kami menghabiskan 3 hari 4 malam di Scotland. Rasanya tak cukup dan sedikit rushing sebab banyak lagi tempat-tempat bandar-bandar lain di Scotland yang belum sempat saya kunjungi. Dari Edinburgh, saya membuat keputusan untuk menaiki train untuk pulang ke London. Dari London, kami akan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Budapest.

2 responses to “Kembara ke Scotland (2)

  1. terima kasih atas maklumat yg berguna untuk melancong. Boleh bagi pandangan nak ke swiss dan tempat shopping jam rolex murah kat sana. terima kasih

  2. Pingback: Kembara ke Scotland (1) | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s