Kembara ke Scotland (1)

Dari London kami menaiki pesawat British Airways ke Edinburgh, Scotland. Perjalanan menaiki flight hanya mengambil masa 45 minit. Ada alternatif lain dengan menaiki train dari London ke Edinburgh yang mengambil masa 5 jam. Tapi saya memilih untuk naik flight sebab lebih mudah dan menjimatkan masa. Kebetulan saya juga sudah menempah kereta sewa di Edinburgh Aiport.

DSC_0312DSC_0317DSC_0334DSC_0338

Saya menempah kereta menggunakan website http://www.rentalcars.com. Saya dapati adalah lebih murah menggunakan perkhidmatan syarikat ini berbanding kalau kita tempah secara langsung dengan syarikat kereta sewa. Tetapi menggunakan perkihidmatan 3rd party company ni kena hati-hati juga. Tricknya ialah pilih kereta dari syarikat-syarikat yang terkenal sahaja, contohnya Europcar, Hertz, Sixt, dan sebagainya. Kalau memilih syarikat yang tidak dikenali, mungkin ada masalah tentang booking. Ini kerana syarikat 3rd party ini hanya  ejen jualan dan bukannya syarikat kereta sewa. Tapi kalau guna website 3rd party tetapi book kereta dari syarikat sewa yang terkenal, Insya Allah okey. Saya menempah kereta Hyundai i30 yang ditawarkan oleh syarikat Europcar, tetapi bila ambil kunci saya dapat upgrade secara percuma dan diberikan kereta 4WD Hyundai Tucson yang lebih besar.

27e622f7f54ef28a4ee3a3fa0817890d.jpg

DSC_0349DSC_0351DSC_0354DSC_0358DSC_0362DSC_0363

Di Edinburgh saya memilih untuk menetap di apartment berbanding hotel. Disebabkan saya sudah beberapa minggu di UK, jadi perlu menggunakan mesin basuh untuk mencuci pakaian. Ternyata pilihan saya untuk memilih Montgomery Real Apartment tidak silap. Apartment yang saya tempah melalui aplikasi Booking.com ternyata tidak mengecewakan. Apartment ini mempunyai 2 bilik memang sangat selesa dan perlatannya lengkap seperti di rumah sendiri.

Kalau di United Kingdom ramai yang lebih mengenali England dan ibu kotanya London. Tetapi ramai yang lupa bahawa United Kingdom itu terdiri daripada 4 negara iaitu England, Scotland, Wales dan Nothern island. Bagi negara Scotland ibu kotanya ialah Edinburgh yang juga merupakan salah satu tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

DSC_0371DSC_0371bDSC_0378DSC_0380DSC_0390

Bandaraya Edinburh terdiri daripada dua bahagian iaitu Old Town dan New Town. Old Town ialah Kota Lama yang tertua di Edinburgh dan binaannya masih kekal seperti mana pada zaman Reformasi Scotland. Manakala bahagian New Town, kota ini wujud sejak abad ke-18 lagi. Edinburgh terletak di bahagian utara UK, jadi dari segi cuaca ianya lebih sejuk disini berbanding di London. tapi massa kami dating adalah dalam waktu summer. Siang agak panas tapi malam lebih sejuk.

DSC_0398DSC_0400DSC_0407DSC_0416DSC_0419DSC_0435

Bandaraya Edinburgh ini juga penuh dengan bangunan bersejarah. Antaranya ialah Edinburgh Castle yang merupakan kubu/kota sejak abad ke 12 lagi. Ia  juga pernah  menjadi tempat kediaman kepada kerabat diraja Scotland. Tidak jauh dari Edinburgh Castle terdapat jalan-jalan utama di Old Town iaitu The Royal Mile. Kalau berminat dengan muzium, terdapat beberapa tempat disekitarnya beberapa tempat yang kita boleh lawati seperti Camera Obscura & World of Illusion, Muzeum Bank of Scotland dan juga Sotland National Gallery.

DSC_0451DSC_0465DSC_0465aDSC_0476DSC_0484

Saya juga sempat mendaki ke atas bukit Carlton Hill dimana disini kita boleh melihat pemandangan keseluruhan bandar Edinburgh. Di atas bukit ini juga terdapat National Monument of Scotland, Nelson Monument dan Dugald Stewart Monument.

DSC_0497DSC_0500DSC_0516DSC_0532DSC_0534DSC_0542

Di Edinburgh juga terdapat The Palace of Holyroodhouse yang merupakan tempat kediaman rasmi kepada Queen Elizabeth di Scotland. Semasa saya singgah disini, Queen Elizabeth berada di Edinburgh dan baginda tidur di istana ini ketika itu.

Bersambung di sini: Kembara ke Scotland (2)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s