Kembara ke England (2018)

Perjalanan kali ialah di bumi Eropah yang mengambil masa sebulan. 2 minggu pertama saya berada di England untuk tujuan latihan teknikal. Selepas habis kursus, saya dan family kemudiannya meneruskan percutian ke London, Scotland, Budapest dan Istanbul pula.

34984651_10216158013052844_7887166453613330432_n

Saya perlu menjalani latihan di University of Cranfield untuk kursus teknikal “Aircraft Stress Analysis”. Bukan saya seorang saja tetapi saya dihantar bersama 2 orang jurutera lain ke sini. Terdapat dua bandar yang berdekatan dengna University of Cranfield iaitu Bedford dan Milton Keynes. Saya memilih untuk menetap di Milton Keynes yang bandarnya lebih besar dan hanya 15 minit memandu untuk ke kampus. Di Milton Keynes saya menetap di hotel City Apartment Vizion. Memang selesa menetap disini sebab semua kelengkapan disediakan termasuk peti ais dan dapur, seperti duduk rumah sendiri.

Cranfield University merupakan university yang terkenal di UK terutamanya dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa. Ynag uniknya universiti ini hanya menawarkan kursus post graduate (Master & PHD) dan tiada kursus undergraduate. Kursus “Aircraft Stress Analysis” ini merupakan salah satu kursus pendek yang ditawarkan kepada profesional-profesional untuk menambah pengetahuan dan pembangunan kemahiran. Selain saya dan rakan-rakan, peserta-peserta lain yang datang terdiri dari jurutera-jurutera dari syarikat pengeluar komponen pesawat dan juga syarikat baik pulih kapal terbang. Dalam kursus ini kami diajar tentang kaedah menganalisa struktur pesawat supaya ianya selamat dan mematuhi keperluan airworthiness.

35923441_10216254781351991_5093572802053668864_o35923751_10216254777151886_8655759557131239424_o35963563_10216254778271914_2715487957589950464_o

Sepanjang saya berkursus, saya juga sempat untuk melawat beberapa bandar di England. Untuk melawat ke tempat-tempat di luar kota London, nak tak nak kita perlu memandu sendiri. Tak semua kawasan di England boleh dilawati dengan train atau tube. Nak menyewa kereta di UK juga mudah, tak perlu bawa International Driving pun. Guna lesen memandu biasa pun boleh. Lagi satu UK dan Malaysia menggunakan cara pemanduan yang sama iaitu memandu disebelah kanan. Memang tak kekok sebab sistem jalan raya pun sama. Lagi satu yang best ialah highway di UK tak perlu tol. Hanya ada beberapa jalan tol sahaja di kota London, tetapi kebanyakannya memang tak bertol.

Windsor Castle
Saya sempat berkunjung ke Windsor Castle, iaitu istana dan kota diraja England lebih dari 900 tahun. Istana ini merupakan salah satu tempat penginapan Queen Elizabeth. Baginda biasanya menghabiskan hujung minggu disini dan digunakan sebagai tempat kediaman rasmi jika ada upacara-upacara rasmi kerajaan. Tiket masuk berharga GBP20 seorang.

ADSC_0007DSC_0032

tour_img-202837-148.jpgDSC_0046DSC_0049DSC_0058DSC_0070DSC_0076DSC_0088

Oxford
Siapa yang tak pernah dengar dengan University of Oxford? Selain salah satu universiti terbaik didunia, Oxford juga adalah bandar lama yang bersejarah, wujud sejak tahun 900 Masihi lagi. Disini kita boleh melihat contoh-contoh seni bina zaman Saxon, rumah-rumah rekabentuk Georgia serta jalan-jalan berbatu pada zaman middle ages. Banyak secene dari filem Harry Potter juga difilemkan di beberapa kawasan di bandar Oxford.

Christ-Church-Oxford-Wedding-01(pp_w768_h511)

DSC_0096DSC_0098DSC_0104DSC_0109DSC_0132DSC_0137

Blenheim Palace
Sebelum ini saya hanya mengetahui Churchill sebagai Perdana Menteri Britain semasa Perang Dunia ke 2, iaitu Winston Churchill. Namun selepas melawat Istana Blenheim barulah saya mengenali dengan lebih siapa sebenarnya keluarga Churchill dan kenapa keluarga ini sangat penting dalam sejarah Britain. Semua istana di Britain kepunyaan keluarga di raja, kecuali Istana Blenheim. Blenheim Castle ini merupakan satu-satunya istana di England yang dimiliki oleh rakyat biasa (bukan keluarga diraja). Dari sini kita dah boleh tahu betapa pentingnya keluarga Churchill kepada Britain. Mengikut sejarah, Queen Anne menghadiahkan Istana Blenheim kepada John Churchill iaitu Duke Marlborough yang pertama untuk jasa dan kemenangan besar keatas Perancis dalam perang di Blenheim pada tahun 1704. Selepas itu, banyak lagi tokoh-tokoh dari keluarga Churchill yang terlibat dalam peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Britain. Keluarga Churchill sangat berpengaruh dalam politik Britain sehinggalah hari ini. Ini termasuk Winston Churchill yang merupakan Perda Menteri Britain yang terlibat dalam Perang Dunia ke 2. Untuk mengetahui tentang keluarga Churchill, sejarah, sumbangan dan kepentingan keluarga mereka kepada negara dan politik Britain, bolehlah datang melawat ke Istana Blenheim. Tiket masuk berharga GBP16 untuk dewasa.

Reason 48 - Blenheim Palace water.jpg

DSC_0153DSC_0165DSC_0186DSC_0189

Stonehenge
Stonehenge adalah monumen prasejarah di Wiltshire, England, 3 km dari bandar Amesbury. Monumen batu ini mempunyai 4 m tinggi, 2.1 m lebar dan berat sekitar 25 tan. Ahli arkeologi percaya ia dibina dari 3000 SM hingga 2000 SM. Banyak teori kenapa monumen zaman batu ini diwujudkan, antara lain adalah untuk tujuan pemujaan dan tanah perkuburan.

DSC_0197DSC_0204DSC_0207

Bath
Bath adalah sebuah bandar yang terletak di kawasan bbarat daya England. Disini kita boleh melihat seni bina Georgia abad ke-18dan yang palig famous adalah Bath Abbey, kolam air panas pada zaman Rom.

DSC_0230DSC_0234DSC_0236DSC_0240DSC_0259

Cambridge
Saya juga sempat singgah di Cambridge iaitu bandar di timur England. Selain Oxford University, salah satu universiti terkenal ialah Cambridge University. bandar ini memang bandar lama, dibuka semenjak tahun 1209 lagi. Sebab itu kita boleh lihat banyak bangunan-bangunan klasik yang ada di bandar ini.

maxresdefault.jpg

DSC_0269DSC_0276DSC_0284DSC_0290DSC_0320DSC_0363

Bicester Village
Last sekali dalam perjalanan menuju ke London, kami juga singgah di Bicester Village yang merupakan gedung membeli belah yang terkenal di London.Ada 160 butik jenama terkenal di dunia, disamping restoran dan juga kafe.

DSC_0368DSC_0375DSC_0396DSC_0408DSC_0409DSC_0419

Selepas tamat kursus di Cranfield University, saya dan keluarga kemudiannya menuju ke kota London dan singgah disini untuk 3 hari, sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s