A.P.U – Auxiliary Power Unit

Ketika boarding menaiki pesawat, tentu anda semua perasan yang lampu, sistem hiburan dan air condition di dalam kabin sudah pun tersedia dipasang. Pernah terfikir tak dari mana datangnya kuasa elektrik ketika ini? Pastinya bukan dari enjin kerana ketika itu pesawat masih berada dalam keadaan parking. Pilot cuma akan menghidupkan enjin selepas pesawat ditolak (push-back) oleh tractor keluar dari parking ke landasan (taxiway).

passengers-in-an-airplane-putting-their-cabin-baggage-during-boarding-occidental-and-arab-people-before-the-flight-starts_4kzcjk1el__F0000

Istilah APU bermaksud Auxiliary Power Unit atau Unit Kuasa Tambahan. Dalam pesawat,  komponen APU ini terletak di bahagian belakang pesawat, di bawah ekor seperti gambar dibawah. APU adalah turbin gas kecil yang digunakan untuk memulakan enjin jet utama yang lebih besar.

APU_splash-FB.jpg

image.jpg

Fungsi utama APU ialah untuk menghidupkan enjin utama pesawat. Enjin pesawat komersial sangat besar dan berat, jadi ia memerlukan banyak kuasa (tork) untuk mula berputar. Setakat guna bateri memang tak mampu nak start enjin pesawat yang besar tersebut. Jadi kuasa dari enjin kecil seperti APU diperlukan untuk membekalkan udara mampat berkelajuan tinggi (bleed air) bagi menghidupkan enjin utama.

dac46c54dd3b01fb58daed64a55ce52d--aircraft-engine-aero.jpg

Bagaimana sekiranya APU pesawat rosak ketika di airport?  Sebagai alternatif enjin pesawat boleh juga dihidupkan dengan bantuan peralatan daratan (ground equipment)  Air Starter Unit (ASU) seperti gambar dibawah. Lepas enjin dihidupkan dengan ground equipment ASU,  tak ada masalah untuk meneruskan flight walaupun komponen APU pada pesawat rosak, selalunya ia dibenarkan oleh MEL list tetapi perlu patuh dengan syarat tertentu (Baca disini: Minimum Equipment List)

maxresdefault.jpg

Fungsi lain APU juga ialah untuk untuk menjana kuasa elektrik dan bekalan udara bagi pesawat sementara enjin dimatikan. Ini membolehkan kabin selesa apabila penumpang menaiki pesawat sebelum enjin dihidupkan. Pilot juga perlu melakukan pre-flight check untuk memeriksa instrumen dan sistem pesawat sebelum memulakan flight. Jadi instrumen dan sistem pesawat ketika ini dalam keadaan parking juga dijana oleh APU.

airline-pilot-checklist.jpg

Setelah enjin pesawat dihidupkan, APU tidak lagi diperlukan dan dimatikan oleh pilot. APU selalunya hanya akan digunakan dalam situasi kecemasan seperti berikut  ketika terbang:
• Menyediakan sumber kuasa kecemasan sekiranya berlaku kegagalan enjin.
• Menghidupkan enjin pesawat ketika penerbangan dalam keadaan kecemasan.

AAEAAQAAAAAAAAjDAAAAJGIyMWUwOTg2LWQ0NTktNGYzNS1hNjc0LTNiNWNmNmZiMzJmNA.jpg

Jika APU gagal ketika dalam penerbangan, tidak akan ada kesan serta-merta terhadap pesawat. Walaupun tanpa APU, terdapat dua cara lain untuk memulakan semula enjin pesawat dalam penerbangan:
• Cross bleed start: Udara mampat (bleed air) dari enjin yang berfungi akan dipindahkan ke enjin yang terpadam untuk proses menghidupkan semula enjin yang mati, atau
• Wind mill start: Di mana pesawat menjunam ke bawah untuk mencapai kelajuan secukupnya supaya bilah turbin diputarkan oleh udara untuk menghidupkan enjin yang terpadam.

crossbleed

So next time kalau naik pesawat, dah boleh kenal yang mana satu APU seperti yang diceritakan dalam post ini.

Sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation untuk semua artikel berkaitan kejuruteraan dan penerbangan

2 responses to “A.P.U – Auxiliary Power Unit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s