Kembara ke Brisbane

Baru-baru ini saya ke Brisbane untuk kursus teknikal di Boeing Flight & Technical Training Centre selama seminggu. Flight CX150 dari Hong Kong ke Brisbane mengambil masa 8 jam 40 minit dengan pesawat A350XWB. Sedikit review tentang A350, pesawat yang diperbuat dari bahan komposit ini merupakan kapal terbang terbaru dari Airbus. Ia mempunyai ruang kabin lebih senyap, tingkap lebih besar serta tekanan udara yang lebih tinggi dalam kabin. Sebagai penumpang kita boleh rasa lebih selesa menaiki pesawat A350 XWB berbanding kapal terbang klasik yang lain.

This slideshow requires JavaScript.

Dari Brisbane airport, saya mengambil teksi untuk ke hotel. Kali ini saya menginap di Hotel Novotel Brisbane. Hotel ini memang betul betul berada di pusat bandar Brisbane dan tidak jauh dari Center Railway Station. Tempat latihan iaitu Boeing Training Center memang agak jauh dari pusat bandar, sebab tu saya pilih hotel ini yang dekat dengan train station supaya mudah bagi saya untuk berulang-alik ke kelas.

KingRoom.jpgNovotel Brisbane

Untuk ke tempat training, saya perlu menaiki train dan juga bas. Agak jauh juga tempat training, hampir sejam jugalah untuk sampai dari hotel ke tempat latihan. Ketika di Brisbane, saya membeli “Go-Card” untuk membayar tambang train dan bas. Fungsinya sama seperti kad Touch n Go, so kalau habis kredit kena topup. Boleh beli kad ini di 7E, stesyen train atau stesyen bas.

go card

Training kali ini ialah berkenaan Aircraft Structure Repairs yang berkaitan bending dan compression. Untuk membaiki pesawat bukanlah perkara yang boleh diambil mudah. Kalau ada sebarang kerosakan pada struktur pesawat, perkara pertama yang diperlukan ialah untuk assess (menilai) kerosakan tersebut dan kemudian mencari penyelesaian tentang kaedah dan cara terbaik untuk kerja-kerja pembaikan. So dalam training ini, instructor akan ajar macam mana nak menilai kerosakan, melakukan repair design dan kemudian kena buat stress analsyis supaya repair yang dicadangkan adalah selamat untuk operasi pesawat dan menepati syarat airworthiness. So dalam training ni memang banyak menggunakan calculation dan formula matematik ketika didalam kelas.

23231622_10214400888805836_7480332673437196628_n23319345_10214400888485828_8898157896761224722_n

Selain training, sempatlah saya bersiar-siar di kota Brisbane selepas waktu latihan. Brisbane iaitu ibukota bagi negeri Queensland adalah bandar kosmopolitan dan merupakan bandar ke-3 terbesar di Australia. Dulu-dulunya bandar ini merupakan pusat perlombongan, tapi hari ini ia berkembang menjadi bandar yang besar dengan populasi kira-kira 1.6 juta orang.

23376099_10214419492550918_6011162817963959838_n23380111_10214419491750898_7928800655024791193_nDSC_0010DSC_0012DSC_0017DSC_0031

Berdasarkan pengalaman saya di Sydney dan Melbourne sebelum ini, memang saya tahu yang bandar-bandar di Australian memang menjadi sunyi pada waktu malam. Tapi saya rasa Brisbane memang lagi sunyi dari ketiga-tiga bandar ini. Masa saya naik teksi dari airport ke hotel lebih kurang jam 11 malam, kelihatan jalan-jalan di Brisbane sangat lengang. Bayangkanlah nak jumpa kereta kat tengah jalan pun susah. Kalau ada orang pun hanya pekerja yang mebaiki jalan.

DSC_0039DSC_0041DSC_0057DSC_0060DSC_0065DSC_0066

Ada beberapa tempat menarik dan landmark di Brisbane yang sempat saya kunjungi. Antaranya Queeen Street Mall, Story Bridge, Tresury Casino, Brisbane City Hall, Museum of Brisbane dan Wheel of Brisbane.

DSC_0078DSC_0081DSC_0082DSC_0090DSC_0096

Brisbane mempunyai iklim subtropila. Ketika saya ke Brisbane ialah pada waktu spring, so cuaca memang nyaman untuk berjalan-jalan.

DSC_0100DSC_0102DSC_0103DSC_0104DSC_0107DSC_0114

Saya juga sempat pergi ke Twilight Market dihadapan City Hall. Selain menjual barangan tempatan, disini ada juga persembahan termasuk fashion show dan juga nyanyian.

DSC_0127DSC_0137DSC_0140DSC_0143

DSC_0125

Tapi yang paling best bagi saya tentulah senang nak cari makanan halal Malaysia di Brisbane. Memang happylah dapat makan Malaysian food kat Brisbane, kat HK pun susah nak jumpa makanan halal malaysia. Antara restoran makanan Malaysia yang ada di Brisbane adalah:

a. Malaysia Makanan Restaurant, u17/51 Kameruka St, Brisbane QLD 4116, Australia

b. PapaRich, Level 1, Shop 104, Wintergarden Shopping Centre, 171-209 Queen Street, Brisbane City QLD 4000, Australia

c. Satay Ria Malaysian Restaurant, 165 Wickham St, Fortitude Valley QLD 4006, Australia

d. Roti Place, 2/96 Albert St, Brisbane City QLD 4000, Australia

e. Malaya Corner, Shop 38/341 Mains Rd, Sunnybank QLD 4109, Australia

23275641_10214417643864702_211576735762828854_o

top-10-nasi-lemak-in-klang-valley-malaysia.jpg

Selain itu, restoran Nandos juga halal di Brisbane. Boleh refer di link senarai makanan halal dibawah sebagai rujukan:
https://icq.net.au/our-community/certified-businesses/

23231380_10214419490670871_7835471080107223591_n

601738.jpg

Seminggu saya habiskan masa di Brisbane. Pada hari akhir saya perlu menjalani exam bertulis. Nasib baiklah lulus. Secara keseluruhan di Brisbane mungkin tak banyak tempat bersejarah yang boleh dilihat jika nak dibandingkan dengan kota-kota di Eropah. Namun begitu orang Aussie secara umumnya baik-baik dan friendly. Keadaan di sini juga amat selamat. Disini juga senang dari segi komunikasi sebab boleh bercakap dalam bahasa Inggeris, so tak perlu risau sesat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s