Kembara ke Bordeaux

Kami meninggalkan Tolouse (baca di sini: Toulouse 2017) untuk ke Bordeaux dengan menaiki train. Bordeaux tidaklah jauh sangat dari Toulouse, dalam 2 jam dah sampai ke Saint Jean Bordeaux train station. Dari train station, kami menaiki tram pula untuk ke tempat penginapan, iaitu Hotel Ibis Bordeaux Center Bastide. Hotel ini terletak di pinggir Sungai Garonne dan hanya 10 minit menaiki tram untuk pusat bandar.

DSC_0353

Pengangkutan utama di Bordeaux ialah tram. Tapi sepanjang saya bercuti di bandar Bordeaux, saya hanya berjalan kaki untuk ke mana-mana. Bagi sesiapa yang ingin manaiki tram, tiket boleh dibeli di mesin-mesin yang disediakan yang ada di perhentian tram. Boleh bayar pakai kredit kad atau syiling. Harga tiket ialah EUR 1.50 untuk single trip atau boleh beli EUR 12.70 untuk 10 trips. Bila berada di dalam tram, tiket kena validate di mesin yang ada di dalam train.

DSC_0120

Bandar Bordeaux dibina di atas muara di pertemuan Sungai Garonne dan juga Sungai Dordogne. Ada banyak nickname bagi Bordeaux, antaranya ‘La Belle Endormie’ (Sleeping Beauty) dan juga “Little Paris”. Bordeaux mempunyai sejarah yang panjang. Suatu ketika dahulu Bordeaux pernah menjadi bandar yang yang sangat kaya dan mewah, tetapi bandar ini juga terlibat dalam perang yang dahsyat. Inggeris pernah menjajah Bordeaux sepanjang 300 tahun, tetapi terpaksa melepaskan Bordeaux selepas habis perang “Hundred Years War” pada tahun 1453.

DSC_0593

Dari hotel, kami perlu melintas Sungai Garonne melalui jambatan Pont di Pierre untuk sampai ke pusat bandar. Jambatan batu Bordeaux ini menghubungkan pusat kota bersejarah (Old Town Bordeaux) ke La Bastide di tebing kanan. Ia adalah jambatan pertama di Bordeaux, dibina atas arahan Napoleon dan disiapkan pada tahun 1822. Sebelum adanya jambatan ini, penduduk Bordeaux tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menyeberangi sungai kecuali dengan bot.

DSC_0580

Place Royale merupakan sebuah dataran dan ia menjadi landmark bagi bandar Bordeaux. Apa yang lebih menarik yang ada di dataran ini ialah Water Mirror (Miroir des Quais). Dataran ini akan dipenuhi oleh yang cetek meliputi kawasan seluas 3450 sqm. Bila kolam menjadi penuh dengan air, kita boleh lihat refleksi bangunan abad ke-18  pada air kolam. Refleksi cermin air menjadi lebih cantik dan jelas pada waktu malam.

DSC_0089DSC_0095

Cermin air ini juga sentiasa berubah. Ia berfungsi mengikut kitaran. 3 minit proses menukar air, 15 minit menjadi kolam air cetek, 5 minit menjadi air pancut dan 3 minit menjadi kesan kabus.

DSC_0200DSC_0146DSC_0142

Tugu Monument aux Girondins ini dibina untuk memperingati ahli-ahli parti Girondists yang terbunuh pada abad ke 17. Girondist ni sebenarnya merupakan salah sebuah parti politik berpusat di Bordeaux ketika itu. Mereka terlibat dalam menubuhkan Majlis Nasional untuk mengasaskan negara republik France, menggantungkan kuasa Raja Louis XVI dan memutuskan pilihan raya pertama yang diadakan secara bebas.

DSC_0212DSC_0221

Tetapi ada salah faham antara ahli Girondist dengan parti-parti politik revolusi France yang lain. Ahli girondist mahukan kerajaan republik dan Raja Louis turun takhta, tetapi tak berminat nak hukum bunuh Raja Louis. Tetapi pemimpin revolusi (Robespierre) pada masa itu berkata lebih kurang macam ni “ Louis must die so that the nation may live ”. So mereka teruskan hukum bunuh Raja Louis dengan guillotine, putuslah kepala raja yang digulingkan tersebut. Selepas tu, pemimpin parti Girondists (29 orang kesemuanya) pun juga ditangkap oleh ahli revolusi dan kena hukum bunuh menggunakan cara yang sama, gullotine.

DSC_0207

The Palais Rohan atau Hôtel de Ville adalah nama kepada Dewan Bandaraya (City hall) bagi Bordeaux. Istana Rohan menempatkan dewan bandar Bordeaux dan Musée des Beaux-Arts de Bordeaux. Ia mengambil masa 13 tahun untuk dibina dan selesai pada tahun 1784. Pernah dimusnahkan sepenuhnya semasa Perang Dunia II dan kemudian dibina semula.

DSC_0316DSC_0322DSC_0289

Tak jauh dari situ ialah  Cathédrale Saint-André, gereja katolik terbesar di bandar ini.

DSC_0295DSC_0300

Yang ini merupakan Grosse Cloche de Bordeaux (The Big Clock). Menara ini dibina sejak kurun ke 15 dengan tujuan untuk memberi amaran kepada pendududuk Bordeaux tentang kebakaran, serangan musuh ataupun dibunyikan ketika peristiwa-peristiwa penting.

DSC_0067DSC_0128

Actually ada banyak lagi landmark-landmark di sekitar bandar Bordeaux, contohnya  Basilique Saint Michel, Musée d’Aquitaine, Grand Théâtre Bordeaux dan sebagainya. Tidak ada bangunan pencakar langit di Bordeaux, kerana dasar tanah yang ada di sini adalah lemah dan tak selamat untuk bangunan tinggi.

DSC_0533DSC_0510DSC_0468DSC_0323

DSC_0001

Kalau nak pergi shopping di Bordeaux pula, bolehlah pergi ke Rue Saint Catherine. Jalan ini berukuran 1.2 kilometer panjang yang penuh dengan kedai-kedai, pusat membeli-belah, kafe dan juga restoran.

22555056_10214272164387806_1062804643809985652_n

22540177_10214272165307829_977820503350243055_n

DSC_0019DSC_0416DSC_0456DSC_0446

Kat Bordeaux ni pun banyak kedai halal. memang tak susah nak cari makanan di sini sebenarnya. In fact, di France ni memang banyak orang Islam, so makanan halal bukanlah sesuatu yang sukar nak jumpa.

22687537_10214272166627862_7429161808557909357_nDSC_0355

22687968_10214270389903445_3539180263124716394_n

22528224_10214270390303455_727007882984949736_n

Bandar Bordeaux  disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2007. Bandar ini penuh sejarah, banyak landmark dan bangunan lama masih kekal terpelihara di Bordeaux. Kami menghabiskan 3 hari 2 malam di Bordeaux sebelum berangkat ke destinasi terakhir percutian di France kali ini…Paris

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s