Kembara ke Annecy

Dari Lyon kami menuju ke sebuah pekan kecil di France iaitu Annecy. Secara jujurnya, saya agak ragu-ragu memasukkan Annecy ke dalam jadual perjalanan kami. Sebelum datang saya ada juga mencari info dari internet, kalau-kalau ada blog atau tips sesiapa yang pernah singgah ke Annecy sebelum ini. Tapi tak banyak info yang boleh saya dapat,  jadi saya redah sajalah walaupun tak pasti.

DSC_1020

Dari Lyon kami mempunyai dua pilihan sama ada menaiki bas atau keretapi. Tempoh perjalanan adalah sama iaitu 2 jam. Tapi dari segi harga tambang, menaiki bas mungkin sedikit murah (EUR 50) untuk kami berempat berbanding EUR 90 kalau menaiki train. Kami mengambil keputusan untuk menaiki bus sahaja untuk ke Annecy. Lagipun stesyen bas berada disebelah train station Lyon Part Due, tak jauh dari hotel tempat kami menginap.

part 2

Apabila sampai ke stesyen bas Annecy, kami sedikit kaget sebab memang tak nampak apa-apa yang istimewa berdekatan kawasan sekitar. Hanya ada kedai-kedai biasa dan juga rumah-rumah kediaman. Memang nampak sebagai pekan yang kecil yang biasa-biasa saja. Tapi selepas check melalui aplikasi maps di phone, rupanya saya perlu berjalan 15 minit dari situ untuk ke kota lama Annecy.

Gare-Annecy-copyright-French-Moments

Bila saja sampai di kota lama Annecy, ternyata tempat ini tidak mengecewakan saya. Annecy yang merupakan ibukota bagi wilayah Haute-Savoie ini sangat charming bagi saya. Rasa seronok dan tenang ketika berjalan di sekitar bandar Annecy yang mempunyai persekitaran yang cantik, dikelilingi dengan banyak terusan serta jambatan yang dihiasi bunga-bunga.

DSC_0759DSC_0761DSC_0768DSC_0782

DSC_0791

Tak hairanlah Annecy diberi gelaran sebagai “Venice of Alps” atau “Little Venice”. Walaupun saiznya tidak besar seperti bandar Venice di itali, tetapi kota Annecy mempunyai daya tarikan tersendiri. Boleh lihat air didalam terusan disini yang sangat bersih, boleh nampak ikan dan angsa bermain-main dalam air.

DSC_0812DSC_0794

Di tengah-tengah kota lama terdapat Istana Île, bekas penjara dan Palais de Justice (mahkamah undang-undang) yang kini menjadi rumah kepada muzium Sejarah Annecy.

DSC_0722DSC_0728DSC_0731

Lorong-lorong di dalam kota lama Annecy sempit dan bangunan-bangunan disini merupakan senibina lama pada zaman medieval. Pada hari Ahad, terdapat pasar yang menjual hasil  barangan tempatan seperti daging, keju dan makanan-makanan.

DSC_0044DSC_0036DSC_0023DSC_0004

Kami teruskan perjalanan sehingga sampai ke tasik Annecy. Tasik ini dibentuk kira-kira 18,000 tahun yang lalu  disebabkan glacier yang cair dari banjaran Alps. Saya pernah ke Switzerland sebelum ini. Dengan tasik yang jernih, biru dan berlatar belakangkan Alps, pemandangan disini lebih kurang sama dengan tasik yang ada di Lucerne, Switzerland.

DSC_0865DSC_0849DSC_0852DSC_0878DSC_0894

Berdekatan dengan tasik Annecy terdapat sebuah taman iaitu Les Jardins de L’Europe (Taman Eropah). Kami ambil kesempatan duduk dan lepak sekejap di taman sambil temankan Eiman dan Qaleesya bermain di taman.

DSC_0896DSC_0826DSC_0837DSC_0745

Pont de Amours (Bridge of Lovers) yang berhampiran tasik Annecy ini mempunyai mitos tersendiri. Dikatakan pasangan yang bercium di atas jambatan ini akan kekal selamanya. Semestinya ini hanyalah mitos kepercayaan penduduk tempatan, so jangan percayalah.

DSC_0926DSC_0935DSC_0950DSC_0954

Sungai Thiou yang mempunyai panjang 3.5 km ini dianggap sebagai salah satu sungai terpendek di Perancis. Thiou juga dianggap sebagai salah satu sungai terbersih di Eropah. Semasa abad kesembilan belas, Thiou pernah memainkan peranan penting dalam aktiviti pengeluaran dan laluan penting dalam industri di bandar Annecy.

DSC_0928DSC_0970DSC_0975DSC_0996

Kami hanya menghabiskan satu hari sahaja di Annecy. Lagipun bandarnya kecil, satu hari dah boleh cover semua tempat. Kami meneruskan perjalanan ke Toulouse. Kena stop sekejap bercuti, sebab saya perlu bekerja semasa di Toulouse.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s