Kembara ke Lyon (2)

Sambungan dari: Kembara ke Lyon (1)

Salah satu tempat yang wajib singgah di Lyon ialah “Vieux-Lyon” ataupun Old Town Lyon. Suatu ketika dahulu Old Town Lyon ini pernah dianggap sebagai “unliveable” atau bandar mati. Ada cadangan ketika itu supaya bangunan-bangunan disini dirobohkan untuk dijadikan highway. Nasib baiklah rancangan ini tidak diteruskan. Sebaliknya bangunan-bangunan disini dibersihkan dan dipulihkan semula.

DSC_0480DSC_0473

Kini Lyon merupakan salah satu kawasan yang mempunyai bangunan lama era Renaissance yang terbesar di Eropah dan semakin ramai pelancong yang datang melawat Lyon. Pada tahun 1998, UNESCO memutuskan untuk mengisytiharkan “Vieux-Lyon” sebagai tapak Warisan Dunia.Di dalam kawasan Vieux Lyon (Old Town Lyon), jalan-jalannya dibuat dengan batu granit yang besar dan agak sempit. Ada banyak kedai-kedai, restoran, muzium dan juga gereja-gereja. Semuanya bangunan-bangunan lama dalam era Renaissance. DSC_0470

DSC_0511DSC_0547

Terletak di tengah-tengah daerah Vieux Lyon juga adalah Cathedral Saint-Jean-Baptiste de Lyon yang berusia lebih 300 tahun.

DSC_0522

DSC_0524DSC_0530

Dari kawasan Old Town Lyon, terdapat satu anak tangga yang tinggi dan curam untuk naik ke Fourviere Basilica. Disebabkan membawa stroller, kami hanya mampu untuk panjat hanya separuh perjalanan. Tetapi agak memang menarik pemandangan dari tangga curam ini. Boleh nampak kota Lyon dari atas.

DSC_0489DSC_0497

DSC_0519

Oleh sebab tak boleh nak mendaki tangga, kami ambil alternatif lain untuk ke atas dengan menaiki funicular atau kereta kabel. Ada dua destinasi line furnicular untuk naik ke atas, iaitu ke Fourviere Basilica dan juga Theatre of Fourviere.

lyon0_0

furn 1

Theatre of Fourviere merupakan kawasan dimana terletaknya runtuhan bangunan kerajaan Rom. Salah satu runtuhan yang ada ialah Roman Theatre yang merupakan runtuhan kerajaan Rom yang tertua di Perancis. Dibina oleh Maharaja Augustus dari 17 hingga 15 SM dan berkembang semasa pemerintahan Maharaja Hadrian.

DSC_0623DSC_0631

Roman Theatre dibina di sebelah bukit Fourvière, yang terletak betul-betul di tengah-tengah kota di zaman Rom. Teater ini mempunyai galeri tempat duduk yang curam, lantai yang dihias dan asas-asas panggung yang besar. Berdekatan adalah sisa-sisa Odeon, teater kecil yang digunakan untuk persembahan muzik dan pertandingan puisi.DSC_0646DSC_0654DSC_0674DSC_0675

Dari Theatre of Fourviere kami turun semula kebawah dan kemudian naik semula ke atas untuk ke Fourvière. Di atas bukit Fourvière terletaknya sebuah gereja katolik Basilica Notre-Dame de Fourvière. Senibina gereja adalah unik kerana ia mempunyai gaya Byzantine dan Romanesque. Selain itu dari atas bukit ini kita boleh lihat pemandangan menarik keseluruhan bandar Lyon.

DSC_0679DSC_0680DSC_0683DSC_0689DSC_0691DSC_0698DSC_0718

Tidak seperti Paris, suasana di Lyon tidak terlalu sesak dan rasa lebih selamat. Bandarnya juga tidak terlalu besar. Saya lebih banyak berjalan untuk kemana-mana di Lyon. Bagi sesiapa yang bercuti panjang ke France atau pernah sampai ke Paris sebelum ini, mungkin saya boleh cadangkan anda lanjutkan saja perjalanan anda untuk melawat Lyon. Untuk destinasi seterusnya selepas menghabiskan 3 hari di Lyon, kami meneruskan perjalanan ke sebuah pekan kecil di France iaitu Annecy.

 

 

 

 

One response to “Kembara ke Lyon (2)

  1. Pingback: Kembara ke Lyon (1) | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s