Kembara ke Lyon (1)

Kami meninggalkan kota Paris dengan menaiki train TGV untuk ke Lyon. Memang hati berbaur dengan perasaan marah dan sakit hati ketika meninggalkan Paris kerana kejadian beg dicuri di stesten Gare de Lyon (baca disini: Hilang beg di Paris). Namun begitu pemandangan menarik di sepanjang perjalanan menuju ke Lyon sedikit sebanyak menyejukkan hati saya. Lagipun tak boleh nak marah lama-lama, nanti tak boleh nak enjoy ketika travel dan melancong. So jangan stress. Lagipun nanti balik boleh dapat pampasan semula,  no need to worry so much.DSC_0193DSC_0203

Tiket train saya dah siap-siap beli secara online di website SNCF. Boleh rujuk di website ini: SNCF France. Bagi 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, harga tiket ialah EUR 192 untuk kami berempat. TGV merupakan high speed train di negara France. Sebenarnya memang agak jauh jarak dari Paris ke Lyon, lebih kurang 464 km. Kalau memandu sendiri dengan menaiki kereta, ianya perlu mengambil masa dalam 5 jam untuk sampai. Tapi dengan menaiki train TGV, perjalanan menjadi lebih singkat dan hanya mengambil masa kurang 2 jam sahaja. Memang laju lah train TGV ni dan menjimatkan masa.

DSC_0208

Ketika di Lyon kami memilih untuk tinggal di Novotel Lyon Part Due yang terletak disebelah train main station. Jadi lokasinya memang ideal untuk saya dan family. Bila sampai ke Lyon, tak perlu jauh mengangkut beg  sebab dah  penat sangat menaiki flight berbelas jam ke Paris. Kemudian kena sambung pula perjalanan untuk naik train ke Lyon. So better cari hotel dekat dekat, turun keretapi dah sampai. Hotel Novotel ini juga selesa untuk keluarga (ada queen bed dan sofa bed, boleh share untuk kami berempat), siap pihak hotel berikan welcome gift lagi untuk kanak-kanak.

 

 

This slideshow requires JavaScript.

Kalau diterjemahkan, perkataan Lyon kepada English ialah “Lion” atau singa. Lyon meupakan bandar ketiga terbesar di Perancis dan pusat kawasan metropolitan kedua terbesar di negara ini.

DSC_0224DSC_0244DSC_0248DSC_0254

Lyon juga dijadikan ibu kota wilayah Rhone-Alpes. Selalunya pelancong datang ke Lyon atas sebab untuk mencuba makanan Perancis. Ya, memang Lyon memang terkenal dengan culinary makanan Perancis yang original, disamping kota dan bangunan bersejarah yang ada disini.

DSC_0215DSC_0226

Ada dua sungai di Lyon iaitu Soane River yang mengalir dari utara France, dan juga Rhone River yang datangya dari Geneva. Kedua-dua sungai ini bertemu di Lyon dan menjadi sebuah bandar yang penting sejak beribu tahun lamanya.

DSC_0286DSC_0342DSC_0344DSC_0384

Kota ini memang dah lama wujud, kalau ikut sejarah ianya wujud beribu tahun dahulu sejak zaman empayar Rom lagi. Orang Rom pernah menjadikan Lyon sebagai ibu negeri mereka. Sebab itu disini kita masih boleh jumpa runtuhan dan kesan tinggal bangunan empayar Rom di Lyon ini.

DSC_0348DSC_0298DSC_0292

Kedua sungai di Lyon ini dijaga rapi dan bersih. Terdapat juga laluan khas untuk riadah dan berbasikal serta taman permainan kanak-kanak. Pantang tengok park, memang Eiman dan Qaleesya akan minta untuk singgah dan bermain. Padahal dikawasan rumah kami di Hong Kong sendiri pun memang dah ada banyak park. Tapi memang kena singgah jugalah nak bagi mereka puas hati dan tak meragam.

DSC_0337DSC_0361DSC_0376DSC_0383

Ketika kami datang ke Lyon ialah musim autumn, pada bulan Oktober. Namun masa tu takderlah sejuk sangat, sebab tu masih boleh pakai t-shirt dan jaket nipis sahaja. Walaupun belum sejuk, tapi dah boleh nampak banyak daun-daun maple berguguran di atas jalan.

DSC_0438DSC_0452DSC_0457DSC_0461

Kami meruskan perjalanan kaki ke Place des Terreaux yang merupakan satu daripada dataran awam di kaki bukit La Croix-Rousse Hill. Berhampiran dengan kawasan ini terdapat banyak kedai, restoran dan kafe. Restoran makanan halal pun ada. Selain itu terdapat beberapa landmark yang lain seperti Dewan Bandaraya Lyon abad ke-17 (Hotel de Ville) serta galeri Musee des Beaux-Arts de Lyon yang letaknya berhampiran dengan Place des Terreaux.

DSC_0390DSC_0391DSC_0395

Inilah Rhone River yang berasal dari banjaran Alps di Geneva, Switzerland. Untuk pergi ke Old Town Lyon kena melalui jambatan merentasi sungai ini. Tak jauh dari jambatan itu terdapat satu dataran yang mengeluarkan air pancut. Habis basah baju budak-budak ni bermain dengan air.

DSC_0574

DSC_0608

Bersambung ke: Kembara ke Lyon (2)

 

 

 

One response to “Kembara ke Lyon (1)

  1. Pingback: Kembara ke Lyon (2) | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s