Hilang Beg di Kota Paris

Tak semua pengalaman ketika bercuti adalah indah-indah belaka. Dalam banyak pengalaman yang best, pasti ada juga terselit cerita-cerita yang tak enak. Begitu juga kisahnya tentang pengalaman saya dan family ketika trip kami ke France pada bulan October 2017 lepas. Tujuan utama perjalanan saya kali ini adalah untuk ke Toulouse atas urusan kerja dengan Airbus & Rolls-Royce, namun pada masa yang sama saya mengambil peluang untuk bawa keluarga jalan-jalan di France.

Paris1

Pesawat kami landing di Paris Charles de Gaulle (CDG) airport agak awal sekitar jam 7 pagi. Rancangan seterusnya adalah untuk ke Lyon dengan menaiki train pada jam 12:30 tengah hari dari stesyen keretapi Paris Gare de Lyon. Disebabkan sampai agak awal di stesyen ini, jadi kami singgah dahulu di sebuah kedai kopi yang ada di stesyen tersebut untuk menunggu train. Saya masih ingat lagi nama kedai tu Brioche Doree. Cuaca pagi di Paris agak dingin, so kami minum kopi untuk memanaskan badan  dan ambil kesempatan untuk lepak-lepak sementara menunggu train ke Lyon.  Bagasi-bagasi kami letakkan ditepi meja termasuk stroller Qaleesya. Wife saya juga membawa sebuah tote beg yang saiznya agak besar. Disebabkan meja dah penuh dengan minuman dan juga nak buat aktiviti untuk budak-budak, dia letakkan begnya didalam stroller disebelah tempat duduknya sahaja.

IMG_0436

Nak dijadikan cerita,  kejadian itu berlaku ketika wife saya tengah main aktiviti “hangman” bersama Eiman. Saya pula melayan Qaleesya mewarna colouring book. Ketika tengah asyik melayan aktiviti bersama budak-budak, kemudian datang seorang perempuan tua dan dia lalu disebelah meja kami. Pakaian perempuan tua itu nampak seperti orang homeless, dengan baju berlapis-lapis dan membawa bungkusan-bungkusan pakaian yang besar. Kemudian tiba-tiba ada botol air terjatuh di atas lantai dihadapan wife saya. Oleh sebab sikap orang Melayu yang suka menolong orang lain, wife saya bangun ambilkan botol air itu dan berikan pada perempuan tua tersebut. Perempuan tua itu kemudiannya duduk di hujung kedai.

DSC_0202

Tidak lama kemudian wife saya perasan yang begnya sudah hilang dari dalam stroller. Puas cari disekeliling, ingatkan terjatuh tetapi memang tak jumpa. Kami juga perasan yang perempuan tua tadi memandang kami dari jauh dengan muka takut-takut dan agak mencurigakan. Bukan nak menuduh, tetapi saya tak nampak orang lain dalam kedai itu yang mencurigakan selain dia. Sebabnya first, kami memang tak perasan ada orang lain yang lalu di tepi stroller kecuali perempuan tua tersebut. Kemudian saya juga syak yang perempuan itu jatuhkan botol air untuk pesongkan perhatian kami dan ambil kesempatan mengambil beg wife saya dalam stroller. Dia juga memakai pakain tebal yang berlapis-lapis dan bawa bungkusan-bungkusan besar bersamanya, sangat senang nak sorok beg tersebut. Sebelum perempuan tua itu datang ke kedai,  wife saya memang masih ingat beg masih ada di dalam stroller di sebelahnya.

DSC_0203

Masalahnya macam mana nak buktikan? Mustahil nak geledah bungkusan dan pakaian perempuan tua tersebut kecuali dengan bantuan polis. Jadi kami cuba tanya di kaunter kedai kopi dan  minta izin untuk tengok rakaman CCTV. Masalahnya seorang pun tak boleh berbahasa Inggeris. Selepas beberapa lama seperti bercakap ayam dengan itik, kemudian datang supervisor kedai tersebut. Dia pun boleh cakap English sikit-sikit sahaja. Dia kata kalau nak tengok CCTV, kena panggil polis dan suruh kami pergi report dahulu. Yang menjadi masalah, memang tak jumpa balai polis di stesyen train tersebut. Yang menjadi lebih kelam kabut, waktu tu dah hampir 12: 30 iaitu jadual train kami berlepas ke Lyon.

DSC_0201

Jadi kami mengambil keputusan untuk give-up sahaja dan buat laporan polis bila sampai ke Lyon nanti. Dalam beg wife saya tu ada macam-macam barang penting. Ada hangbag, wallet, kad kredit, kad ATM, IC dan juga duit. Jadi saya terpaksa buat panggilan ke bank untuk matikan transaksi kad ATM dan juga kad kredit. Memang spoil the mood, tambahan pula kejadian berlaku pada hari pertama kami di France. Tapi memang dah nak jadi, nak buat macam mana. Salah kami juga sebab terlalu leka dan lalai. Dah banyak kali travel tapi belum pernah jadi macam ni.

Travel-Chameleon-Stolen-Passport1

Namun begitu, nasib baik kebanyakan duit cash dan passport saya yang pegang. Kalau tak satu hal lagi nak pergi ke embassy untuk settlekan hal emergency passport. Saya dan keluarga memang ada travel insurance coverage yang disediakan oleh company. So kalau jadi perkara macam ni, boleh claim balik nilai barang-barang dan juga duit yang hilang. Dengan syarat buat laporan polis dalam masa 24 jam kejadian berlaku. Jadi bila sampai di Lyon, perkara pertama yang kami lakukan selepas check-in di hotel adalah buat report polis dan declare barang-barang yang dicuri dalam report tersebut.

paris 222

Termasuk kali ini, sudah  3 kali saya ke Paris (rujuk entry terdahulu Paris 2015 & Paris 2016 untuk tips melancong ). Jadi  saya memang sedia maklum tentang masalah-masalah petty crime yang memang kerap berlaku disini. Namun begitu tak sangka boleh jadi kat diri sendiri. So ladies and gents, please be vigilant all the time, don’t be so nice when traveling dan jangan lupa beli travel insurance kalau pergi travel. Penting untuk bersedia dalam kejadian macam ni. Anyway, untuk pengalaman saya ketika travel di France pada October lepas (Paris, Lyon, Annecy, Toulouse dan Bordeaux), saya akan ceritakan di entry-entry seterusnya. Harapnya saya ada mood nak menulis di blog semula dan habiskan entry-entry yang dah lama tertangguh… 🙂

7 responses to “Hilang Beg di Kota Paris

  1. Tn, Edie..mmg byk dengar cerita pasal scammer & petty crime di euro especially di France…mmg spoilt percutian kalau trkena…bersama sama lah kita berdoa semoga dijauhi….dan kena lebih berhati-hati & sentiasa berwaspada, advantage kalau kita bersama anak2.

  2. Wahh this is the first time aku baca blog hang.. tatau pulak hang suka menulis. Cuba dok paham padia MudaBahaya.. rupa2nya Young & Dangerous .. hahaha. Anyway, good info bro. Aku pon berminat nak tahu mcm mana nak buat especially kalu passport hilang abroad.

  3. Pingback: Kembara ke Lyon (1) | MudaBahaya·

  4. Pingback: Kembara ke Paris (2017) | MudaBahaya·

  5. Pingback: Tips Keselamatan Ketika Travel | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s