Airworthiness

Dulu ketika saya baru lepas graduate dari university, saya pernah dipanggil ke sesi temuduga dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia. Berbekalkan pengetahuan yang dipelajari di university, saya dengan konfiden datang untuk temuduga bagi jawatan Pemeriksa Kapal Terbang. Dipermulaan temuduga saya ditanya mengenai soalan pengetahuan umum dan polisi-polisi kerajaan. Tidak ada masalah untuk soalan-soalan itu kerana saya memang dah bersedia. Tapi bila beralih kepada penemuduga dari DCA, saya mula ditanya berkenaan dengan soalan teknikal berkenaan aviation. Sangat susah, satu soalan teknikal pun tak mampu saya jawab. Istilah-istilah yang digunakan dan ditanya sangat asing bagi saya.

maxresdefaultgg

Saya masih ingat lagi tentang soalan pertama, penemuduga tersebut meminta saya menceritakan apa yang saya tahu tentang C of A bagi civil aircraft. Jadi blurr sekejap bila ditanya tentang very specific question seperti. Memang saya tak tahu apa-apa langsung tentang topic ini sebab tak pernah diajar di university, walaupun saya menghabiskan 4 tahun belajar tentang aeronautic. Kesudahannya seperti yang diduga saya gagal dalam interview tersebut.

back-to-basics-airworthiness

Tetapi bila saya sudah mula bekerja dalam bidang aviation, barulah sedar kenapa saya ditanya soalan-soalan sebegitu. Semuanya berkaitan dengan airworthiness. Airworthiness merupakan elemen yang sangat penting dalam bidang penerbangan. Jika tak tahu mengenai airworthiness, tak perlulah nak cerita benda lain tentang pesawat kerana ianya merupakan perkara pokok dalam penyelenggaran pesawat. Dari segi maksud, airworthiness merujuk kepada kebolehan sesuatu pesawat itu untuk terbang tanpa membahayakan penumpang, kru penerbangan, pekerja dan juga orang awam. Dalam erti kata lain, airworthiness merujuk kepada pesawat itu selamat atau tidak untuk dinaiki. Jadi segala aktiviti penyelengaraan pesawat atau maintenance adalah bertujuan untuk memastikan kapal terbang dalam keadaan airworthy atau selamat untuk terbang.

airplane_window-e1458238386297

C of A pula merupakan singkatan kepada Certificate of Airworthiness. Dengan adanya sijil ini ia mengesahkan sesuatu pesawat itu adalah airowrthy, iaitu
selamat untuk terbang. Setiap pesawat mempunyai sijil C of A yang diberikan oleh agensi keselamatan penerbangan awam negara masing-masing. Contohnya kalau pesawat tersebut berdaftar di Malaysia, sijil C of A dikelurkan oleh DCA Malaysia, FAA bagi Amerika Syarikat atau EASA bagi negara Eropah. Pada sijil C of A tertera jenis pesawat, nombor pendaftaran (tail number), no siri pengeluaran (manufactruing serial number) serta tempoh sah. Disebabkan ianya merupakan dokumen yang sangat penting, salinan sijil ini akan dibawa setap kali flight dan selalunya disimpan di dalam cockpit.

Main_77

Sijil C of A ada tempoh sah (contohnya 1 tahun) dan perlu diperbaharui sebelum tarikh tamat. Sebelum sijil C of A boleh di renew, audit perlu dilakukan untuk pastikan semua penyelenggaraan, kerja pembaikan, pengubahsuaian, pemeriksaan dan perkara wajib bagi aspek teknikal pesawat semuanya telah dilakukan. Kemudian barulah sijil C of A yang baru akan dikeluarkan oleh agensi penerbangan awam.

9995

Sesuatu pesawat dianggap tidak lagi dalam keadaan “airworthy” jika terdapat sebarang kerosakan pada pesawat ataupun terdapat penyelenggaraan wajib yang masih tertungak. Ini kerana sijil C of A mempunyai syarat dimana ianya hanya sah jika sesuatu pesawat itu patuh melakukan penyelenggaraan yang telah ditetapkan oleh peraturan. Kalau pesawat tiba-tiba terdapat kerosakan, ianya perlu dibaiki sebelum boleh terbang semula. Begitu juga jika ada sebarang pemeriksaan wajib yang tertangguh (contohnya yang melibatkan Airworthiness Directives), C of A sesuatu pesawat dianggap “invalidated” dan tidak lagi airworthy sehinggalah pemeriksaan wajib tersebut dilakukan.

flight_delay_05

Kalau anda mengalami flight delay disebabkan isu teknikal, besar kemungkinan terdapat masalah yang yang menyebabkan pesawat tidak lagi airworthy. Masalah itu perlu diselesaikan dahulu sebelum boleh terbang semula. Pilot pun tak akan terima untuk menerbangkan pesawat tersebut jika ada masalah teknikal yang menyebabkan pesawat tidak menepati syarat airworthiness. Maka bertabahlah untuk tunggu sehingga kapal tersebut pulih semula…

Sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation untuk semua artikel berkaitan kejuruteraan dan penerbangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s