Maintenance Control Center

Kerjaya di dalam penyelenggaraan pesawat merupakan kerjaya belakang tabir. Kerjaya ini tidaklah glamour seperti juruterbang atau cabin crew yang mana penumpang boleh boleh melihat mereka dalam pesawat atau di lapangan terbang. Namun begitu mungkin ramai yang tidak sedar bahawa banyak kerja dan usaha di belakang tabir untuk memastikan penerbangan lancar serta pesawat dapat tiba ke destinasi dengan selamat.

maxresdefault.jpg

Minggu ini adalah giliran saya untuk standby duty di Maintenance Control Center (MCC). Bagi saya bertugas di bilik operasi MCC memang lebih mencabar dan berat tanggungjawabnya. Untuk pengetahuan, Maintenance Control Center (MCC) merupakan bilik operasi bagi airlines dimana jurutera-jurutera akan memantau kesemua operasi pesawat dan menyelaras aktiviti-aktiviti penyelenggaraan sama ada di home base (negara sendiri) ataupun airport di luar negara.

MissionControl

Segala jenis masalah teknikal yang “luar biasa” akan melalui MCC untuk diuruskan. Masalah seperti pesawat hard landing, lightning strike, kapal terlibat dengan accident atau kerosakan yang menyebabkan Aircraft on Ground (AOG) semuanya akan dipantau oleh MCC. Memang ada jurutera (line engineer) dan mekanik di setiap airport luar negara untuk memeriksa pesawat, tetapi mereka juga akan menghubungi MCC jika ada masalah besar atau memerlukan bantuan dan khidmat teknikal terutama tentang trouble shooting. Jadi sebagai MCC controller memang memerlukan pengetahuan teknikal yang mendalam tentang pesawat dan well versed dengan segala jenis technical manuals yang ada.

15091701402065

Begitu juga kadang-kadang bila pilot ingin bertanyakan sesuatu soalan teknikal ketika dalam flight, orang yang pilot akan hubungi dari dalam cockpit ialah MCC controller. Setiap percakapan dan panggilan telefon di MCC juga akan dirakam, tujuannya ialah sebagai bukti dan rujukan bagi siasatan jika berlaku sesuatu insiden ke atas pesawat. Sebab tu saya kata bertugas di MCC memang mencabar sebab kena buat keputusan dengan bijak dan berhati-hati.

VMU1

Tapi selalunya akan ditugaskan 4-5 orang jurutera serentak di MCC bagi setiap shift, jadi mereka boleh berbincang dan bekerjasama ketika menguruskan sesuatu masalah. Memang sibuk kalau kena bertugas di MCC, maklumlah nak kena monitor 200 biji pesawat dalam sesuatu masa. Mula-mula bila saya ditugaskan untuk duty di MCC memang stress juga, tapi bila dah lama-lama orang kata dah immune sebab tahu apa nak kena buat bila handle sesuatu masalah. Anyway, at the end kita hanya penuhi tanggungjawab sebaik mungkin dan buat yang terbaik. Itu sahaja..

Sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation untuk semua artikel berkaitan kejuruteraan dan penerbangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s