Latihan Teknikal di Colorado

Salam semua pembaca. Bulan puasa dah berlalu dan Syawal dah sampai ke penghujung. Jadual saya memang sangat sibuk, langsung tak mempunyai masa untuk menjengah dan update blog saya ini. Ramai yang bertanyakan soalan kepada saya sama ada melalui blog, email atau facebook. Namun begitu ada pertanyaan yang saya tak sempat jawab disebabkan tak ada keizinan masa dan sibuk dengan tugas dan keluarga. Maafkanlah saya kerana kelemahan saya itu.

18836662_10213027887241655_4098124255083090744_o

Anyway ketika di awal bulan puasa tempoh hari, saya dihantar oleh syarikat untuk menjalani latihan di Amerika Syarikat selama seminggu. Ini merupakan first time saya pergi ke Amerika Syarikat. Secara jujurnya, saya tidaklah berminat sangat untuk pergi  ke negara Uncle SAM ini. Mungkin kerana negara-negara lain seperti Eropah dan Asia mempunyai lebih banyak tempat bersejarah dan adat resam yang unik untuk dihayati. Lagi satu ialah rasa sedikit leceh kena melalui urusan memohon visa untuk ke US. Malas betul saya nak beratur panjang dan attend interview dengan kedutaan. Tapi disebabkan syarikat dah suruh pergi untuk training, nak tak nak terpaksalah jugalah saya memohon visa melalui Kedutaan US di Hong Kong. Dapatlah saya visa B1 & B2 (Business & Tourist) bagi tempoh 10 tahun.

18839024_10213042690091717_7092727060338369583_n

Sejujurnya saya rasa tak seronok sangat untuk menghadiri kurus ini. Maklumlah kursus ini diadakan ketika bulan Ramadhan, memang spoil moodlah nak berpuasa sorang-sorang. Tambahan pula perjalan ke Colorodao memang panjang. Dari Hong Kong saya menaiki pesawat selama 13 jam ke Los Angeles (LAX). Bila sampai di LAX, saya perlu  menunggu selama 4 jam lagi sebelum boleh menaiki pesawat seterusnya ke Denver, Colorado. Memenatkan dan jet lag tak usah nak cerita. Memang terasa sangat jet lag sebab perbezaan waktu yang ketara, 12 jam antara HK dengan Colorado. Namun begitu saya tak boleh mengelak disebabkan kursus ini hanya dijalankan setahun sekali oleh pihak University of Kansas.

18955009_10213077321637484_5792971973576293891_o18954827_10213077329477680_1599719234399414602_o18921184_10213077320477455_8550039696308544701_o

Hanya saya seorang sahaja wakil daripada syarikat penerbangan yang hadir di kursus Aircraft Structures Design and Analysis. Kebanyakan peserta yang lain adalah dari syarikat pengeluar komponen kapal terbang. Peserta yang lain juga semuanya datang dari US dan Kanada. Hanya saya dari benua Asia. Di kursus ini saya lebih banyak belajar teori mengenai design and analysis bahagian struktur pesawat.  Banyak betul calculation dan mathematic. Pening lah juga. Ada yang sudah saya diajar ketika di universiti, tapi apa yang diajar dalam kursus ini lebih detail dan contoh-contoh yang diberikan juga merupakan “real problem” tentang bahagian struktur pesawat.

18954809_10213077326637609_7091396921645538851_o18953355_10213077328197648_9031405217319163319_o18922815_10213077326477605_2472487540281344451_o

Semasa di Denver, hotel tempat saya menginap betul-betul di tengah pusat bandar. Dari hotel saya boleh berjalan kaki ke 16th Street Mall yang merupakan laluan pejalan kaki dan dikelilingi dengan kedai-kedai membeli belah. Di Denver juga ada juga landmarks yang boleh dilawati seperti Colorado State Capital, Botanic Garden dan juga Union Station. Namun bagi saya secara keseluruhan Denver Colorado bukanlah tempat yang menarik sangat untuk dilawati.

18954969_10213077329557682_6436125141672413479_o

18922728_10213077326837614_5720438621478205990_o18922513_10213077358998418_349530218332420878_o18920955_10213077324717561_7890812758903779431_o

Terasa agak lama berada di Denver walaupun hanya seminggu sahaja saya berada di sini. Namun begitu, sedikit sebanyak dapatlah saya mengambil ilmu dari pensyarah yang berpengalaman di Universiti Kansas ini. Bila company dah hantar pergi kursus kenalah ada improvement bila dah balik ye tak. Kalu tak sia-sial jelah company hantar pergi training. Semoga saya menjadi seorang jurutera yang lebih baik dalam membuat keputusan selepas ini. Bak kata Plato ahli falsafah greek terkenal,”A good decision is based on knowledge and not on numbers ..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s