Melancong ke Frankfurt 2017

Train ICE yang kami naiki dari Munich sampai ke Frankfurt HBF sekitar jam 2 petang. Di Frankfurt saya menyewa di hotel yang bersebelahan dengan stesyen Frankfurt HBF (Main Train Station). So senanglah, tak perlu jauh nak mengheret beg sambil mencari kedudukan hotel.

FRA HBF

Di Grand Hotel Empire Frankfurt ini saya menempah bilik Family Room. Bila check in, saya dapati family room ini sebenarnya adalah 2 bilik double room yang bersambung melalui pintu ditengah-tengah. So satu bilik untuk saya dan wife, manakala bilik yang satu lagi untuk Qaleesya dan Eiman. Cukup selesa. Tambahan pula tempat-tempat menarik di Frankfurt terletak tidak jauh dari stesyen train Frankfurt dan juga hotel yang saya duduki. Dari sini kita boleh berjalan kaki ke tempat-tempat menarik.

DSC_0556

Kalau perhatikan terdapat lebih banyak golongan gelandangan dan peminta sedekah di bandarFrankfurt. Kalau di Berlin atau Munich memang ada, tetapi agak susah nak jumpa. Berlainan sekali di Frankfurt ni kita boleh tengok mereka ada merata-rata. Memang tak selesalah terutama kalau nak berjalan-jalan hingga lewat malam. Namun begitu di Frankfurt adalah lebih mudah untuk berjumpa dengan makanan halal. Kebanyakan restoran halal berada di jalan Munchener Strasse yang tidak jauh dari Frankfurt Main Station. Di sini banyak boleh jumpa restoran makanan Turki, Indian/Pakistan dan juga Middle East.

biryani-625_625x350_41467197200

Saya pernah ke Frankfurt sebelum ini pada tahun lepas 2016. Boleh refer di post ini: Kembara ke Frankfurt 2016. Jadi pada kali ini saya menjadi pemandu pelancong kepada wife dan anak-anak.

Big Euro Sign
Negara Jerman merupakan salah satu negara yang mempunyai ekonomi paling maju dalam European Union. Sebab itu European Central Bank diletakkan di Frankfurt yang merupakan pusat ekonomi bagi negara Jerman. Diluar European Central Bank terdapat signboard matawang Euro yang besar dan ianya menjadi salah satu mercu tanda Frankfurt.

DSC_0451DSC_0469DSC_0485DSC_0499

Romeberg
Romeberg bermaksud Gunung Rome dalam bahasa Jerman. Di Romeberg ini terdapat bangunan yang dipanggil Romer yang merupakan dewan bandaraya lama bagi Frankfurt. Suatu masa dahulu Romeberg pernah menjadi tempat perdagangan yang besar. Di tengah-tengah dataran Romeberg ini juga terletak Grechtigkeitsbrunnen (Fountain of Justice). Ia dibina pada 1543 dan air pancut/tugu ini menggambarkan seorang dewi memegang neraca timbangan yang adil. Bersebelahan dengan Romer, ada sebuah gereja kecil Old St. Catherine Church.

DSC_0503DSC_0504DSC_0504bDSC_0523DSC_0531DSC_0533

Iron Bridge
Jambatan besi yang terkenal di Frankfurt, Eiserner Steg (Iron Bridge) terletak di sungai Frankfurt Am. Dibina pada tahun 1868, jambatan ini mempunyai panjang lebih kurang 170 meter dan menghubungkan pusat bandar Frankfurt dengan daerah Sachsenhausen. Disini ada juga orang meletakkan kunci sebagai tanda cinta, mengingatkan saya dengan jambatan di atas Sungai Seine di Paris. Tak hairanlah Eiserner Steg juga dikenali sebagai Padlock Bridge atau Frankfurt  Love Bridge. Antara lain dari atas jambatan ini kita boleh lihat pemandangan indah bandar Frankfurt.

DSC_0566DSC_0566bDSC_0578DSC_0579

Dreikonigskirche
Dreikönigskirche” atau “The Church of Three Kings” merupakan gereja bermazhab Lutheran di Frankfurt. Mengikut rekod, gereja ini siap dibina pada tahun 1340. Namun ramai yang percaya ianya telah lama dibina lebih lama dari itu. Dari jambatan besi Iron Bridge, kita boleh lihat gereja ini dari sini yang terletak di tebing sungai Main.

DSC_0570DSC_0576DSC_0579c

St. Paul’s Church
Gereja Paulskirche (St. Paul Church) ini dibina antara tahun 1789 dan 1833. Semasa Perang Dunia II, gereja ini bersama-sama dengan banyak bangunan bersejarah yang lain, telah musnah dibom oleh tentera bersekutu. Kerana kepentingan sejarah kepada penduduk bandar Frankfurt, ia menjadi salah satu bangunan pertama yang dibina semula selepas tamat perang oleh kerajaan. Presiden Amerika John F. Kennedy pernah memberi ucapan di dalam gereja ini semasa lawatan beliau ke Frankfurt pada tahun 1963. Sekarang gereja St. Paul tidak lagi digunakan untuk upacara keagamaan tetapi berfungsi sebagai tempat pameran, acara dan majlis di bandar Frankfurt.

DSC_0581

St. Bartholomew’s Cathedral
Gereja besar ini mempunyai 2 menara setinggi 95 meter dan merupakan gereja yang terbesar di Frankfurt. Bangunan yang sekarang ini adalah gereja ketiga yang akan dibina di plot tanah yang sama. Pertama kali gereja ini siap dibina pada tahun 1793, kemudian terbakar pada tahun 1867 dan ianya dibina semula. Selepas itu ketika perang dunia ke-2, gereja ini musnah kembali disebabkan pengeboman pada tahun 1944 dan dibina lagi sekali selepas tamat perang.

St_bartholomew_frankfurt_hesse_germany

Hauptwache
Hauptwache dianggap sebagai salah satu tempat membeli belah utama da paling sibuk di bandar Frankfurt. Tapi kebetulan bila kami sampai di Frankfurt, hari tersebut merupakan cuti umum di sini. Jadi kebanyakan kedai tutup dan agak sunyi. Hanya beberapa kedai sahaja seperti restoran dan cafe sahaja yang buka.

DSC_0589IMG_20170417_191657DSC_0610DSC_0612DSC_0613

Frankfurt merupakan destinasi terkahir kami untuk trip ke Europe pada tahun 2017. Puaslah juga mengembara dan turun naik train selama 2 minggu, bermula dari Dusseldorf, Berlin, Prague, Vienna, Munich dan berakhir disini. banyak lagi tempat yang kami nak pergi sebenarnya, tetapi kekangan masa dan jadual memang tak mengizinkan. Kami terbang pulang ke Hong Kong dengan pesawat CX288 yang mengambil masa 11 jam. Lepas sampai HK, memang ambil masa 3,4 hari jugalah nak recover balik dari jet lag…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s