Melancong ke Munich (2)

Sambungan dari: Melancong ke Munich (1)

Karlsplatz
Sebuah lagi dataran di Munich ialah Karlplatz. Ia dinamakan Karlsplatz pada tahun 1797 sempena nama seorang pemerintah Bavaria, Karl Theodore. Namun penduduk Munich yang tidak suka dengan Karl Theodor jarang memanggil tempat ini sebagai Karlsplatz. Sebaliknya mereka memanggil dataran ini Stachus, sempena nama sebuah pub Beim Stachus yang dulunya terletak di kawasan ini.

DSC_0285DSC_0298DSC_0311IMG_20170415_201016IMG_20170415_201623

Odeonplatz
Dataran di pusat bandar Munich yang dibangunkan pada abad ke-19 awal oleh Leo von Klenze. Dia ini merupakan seorang arkitek terkenal ketika zaman Raja Bavaria King Ludwig.

DSC_0139DSC_0145

DSC09664-002

Hofgarten
Hofgarten (Court Garden) terletak diantara Residenz dan berdekatan dengan Odeonplatz. Mula dibina pada tahun 1613 dibawah pemerintahan Maximilian I. Taman ini berkonsepkan renaissance garden.

DSC_0148DSC_0169DSC_0178

Residenz
Bangunan ini merupakan pejabat dan kediaman rasmi Duke Bavarian dari tahun 1508 ke 1918. Kebanyakan struktur Residenz telah dimusnahkan semasa Perang Dunia Kedua. Namun bermula dari 1945 ia secara beransur-ansur dibina semula. Hari ini ia dijadikan muzium dan merupakan kompleks muzium terbesar di Bavaria.

DSC_0122

brunnenhof

Allianz Arena
Allianz Arena merupakan tempat tuan rumah bagi 2 pasukan bola sepak terkenal di Jerman iaitu TSV 1860 Munich dan juga Bayern Munich. Stadium ini boleh memuatkan sehingga 75,000 orang pada satu masa. Bumbung lura stadium Allianz Arena ini diperbuat daripada plastik ETFE dan ianya boleh bertukar-tukar warna. Saya tak pergi pun tengok perlawanan bola disini, hanya melawat kawasan luar sahaja.

DSC_0333DSC_0345

Deustch Museum
Muzium ini berkonsepkan sains dan teknologi. Dikunjungi hamper 1.5 juta pengunjung setiap tahun dengan lebih 28, 000 barangan pameran. Menarik juga tengok evolusi teknologi-teknologi lama dari dulu hingga sekarang.

DSC_0375DSC_0378DSC_0387

Deustch Museum dibuka pada jam 09:00 pagi hingga 5 petang. Bayaran masuk ialah EUR11 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah 6 tahun adalah percuma. Kalau datang berkeluarga bolehlah beli tiket family EUR23 untuk 2 dewasa dan  kanak-kanak dibawah 15 tahun.

DSC_0392

DSC_0424

Pameran mengenai aviation juga merupakan salah satu highlight di muzium ini.

DSC_0435DSC_0439DSC_0440

Salah satu lagi yang menarik ialah kita boleh pergi ke tingkat 6  untuk melihat pemandangan indah dari atas ni.

582060f06b021.jpg

IMG_20170416_165601IMG_20170416_165627IMG_20170416_170640IMG_20170416_170807IMG_20170416_171253

Pada hari terakhir kami menaiki teksi untuk ke Munchen Hauptbanhof. Sekali lagi kami perlu menaiki train untuk ke destinasi terakhir percutian ke Europe pada tahun ini sebelum pulang. Frankfurt!!

One response to “Melancong ke Munich (2)

  1. Pingback: Melancong ke Munich | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s