Melancong ke Munich (1)

Dari Vienna, kami sampai di Munchen Hauptbanhof (Munich Main Station) melalui train Realjet lewat petang sekitar jam 5 pm. Dari Munchen HBF kami transfer pula menaiki S-bahn train untuk ke hotel. Kali ini hotel yang ditempah bukanlah berada di pusat bandar Munich. Maklumlah saya melakukan tempahan secara last minutes, susah nak dapat tempat penginapan betul-betul di bandar. Bilik yang saya tempah ini mempunyai satu katil bersaiz queen dan juga sofa bed, memang cukup untuk kami sekeluarga. Walaupun hotel yang diuruskan oleh rangkaian hotel Radisson ini terletak di kawasan yang agak sunyi namun lokasinya dekat dengan train S-bahn Johanneskirchen. Jadi agak mudah untuk ke pusat bandar dari sini.

Seperti di bandar-bandar Jerman yang lain, perkhidmatan pengangkutan awam disini adalah efisyen dan menepati masa. Saya membeli tiket day pass untuk lebih jimat ketika berada di Munich. Tiket ini boleh digunakan untuk menaiki S-bahn (komuter), U-bahn (subway) dan juga tram. Harga tiket dijual mengikut zone. Oleh itu, pastikan tiket yang dibeli adalah betul dan boleh cover destinasi dan hotel yang kita tinggal. Beberapa kali saya lihat dalam train pemeriksa tiket menyaman mereka yang tidak mempunyai tiket atau tidak membeli tiket zon yang betul. Yang saya pasti, denda yang dikenakan adalah agak mahal.

DSC_0005DSC_0008

Boleh refer disini untuk mengetahui harga tiket dan zone-zone kawasan: http://www.munich-touristinfo.de/Munich-Public-Transportation.htm

DSC_0035

Munich pula merupakan ibu negeri bagi Bavaria. Saya sebelum ini pernah dengar  perkataan Bavaria, tapi tak tahu dengan jelas ia berkaitan dengan apa. Sama seperti system di Malaysia, sebenarnya Bavaria ialah salah sebuah negeri di Jerman. Disini terdapat 16 buah negeri dan Bavaria yang terletak di selatan merupakan negeri yang terbesar. Orang Jerman sangat berbangga dengan Bavaria sebab disinilah kita boleh jumpa adat, tradisi asal, makanan tempatan dan perayaan penduduk asal Jerman.

DSC_0105

Ketika saya dating kesini pada bulan April adalah musim bunga. Boleh lihat banyak bunga-bunga yang ditanam di tepi jalan dah start berkembang.

DSC_0116DSC_0119

Banyak juga tempat menarik yang sempat saya singgah di Munich. Kebanyakan tempat tumpuan pelancong adalah disekitar kawasab Marienplatz yang merupakan Old Town bagi Bandar Munich.

Marienplatz
Tempat ini merupakan sebuah dataran awam terletak di tengah-tengah Munich. Didirikan semenjak zaman medieval lagi, Marienplatz telah menjadi tapak
pertandingan, hukuman mati, pasar (sebelum iaya berpindah ke Viktualienmarkt) dan acara-acara awam.

DSC_0009

DSC_0037

DSC_0059

Nama asal dataran ini ialah Schrannen tetapi telah ditukar kepada St. Mary Square (Marienplatz). Orang dulu-dulu berharap dengan menukar nama dataran ini Virgin Mary dapat melindungi bandar daripada wabak taun yang melanda Bandar Munich.

Viktualienmarkt
Pasar yang menjual produk segar terletak tidak jauh dari Marienplatz. Viktualienmarkt dibuka telah lama sejak tahun 1807 lagi. Sebelum itu kedudukan pasar adalah di Marienplatz, tetapi kemudian tempat itu menjadi terlalu sesak dan ramai. Jadi King Maximilian mengarahkan kedudukan pasar berpindah beberapa meter dari Marienplatz ke sebuah dataran lain yang tidak jauh dari situ.

DSC_0188DSC_0192DSC_0196DSC_0197

Di sekitar kawasan Viktualienmarkt ada restoran Nordsee yang menjual makanan seafood. Boleh santai diluar dengan bersama penduduk tempatan lain untuk minum dan makan.

DSC_0204

DSC_0233

Nama pasar ini berasal dari “victualia” yang dalam bahasa Jerman bermaksud barangan runcit. Pasar ini dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 8 pagi – 6 pm/8pm dan Sabtu 10 pagi-3 pm.

DSC_0245DSC_0251DSC_0267DSC_0270

Neues Rathaus
Dalam bahasa Inggeris Neues Rathaus bermaksud New Town Hall. Neues Rathaus terletak ditaran Marienplatz dan telah dibina pada abad ke 19. Ketika itu Munich telah mengalami pertumbuhan yang pesat dan mereka memerlukan dewan perbandaran baru dengan lebih banyak ruang pejabat.

DSC_0038

DSC_0037

DSC_0054

Antara yang paling menarik mengenai Neues Rathaus ialah Glockenspiel iaitu jam yang ada pada bangunan ini. Ia merupakan salah satu jam yang terbesar di Eropah dan ada 32 patung menghiasi jam ini. Setiap hari tepat pukul 11 ​​pagi, 12 tengah hari dan 5 petang, jam loceng Glockenspiel akan berbunyi dan patung-patung ini akan bergerak. Ada patung yang pegang trompet, pegang tombak dan sebagainya seolah-olah melakukan persembahan.

Frauenkirche
Bangunan ini adalah gereja rasmi bagi bandar Munich, yang terletak tidak jauh dari Marienplatz. Ia adalah mercu tanda dan dianggap sebagai simbol ibu kota Bavaria. Terdapat dua menara ini yang setinggi 99 meter pada gereja ini. Untuk pengetahuan adalah menyalahi undang-undang bagi mana-mana bangunan di kawasan berhampiran Frauenkirche untuk dibina lebih tinggi daripada menara Frauenkirche.

DSC_0040DSC_0057DSC_0064

DSC_0066

Bersambung disini: Melancong ke Munich (2)

One response to “Melancong ke Munich (1)

  1. Pingback: Melancong ke Munich (2) | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s