Melancong ke Vienna (2)

St. Stephan’s Cathedral
St. Stephan’s Cathedral merupakan gereja Roman Katolik paling utama di Vienna. Senibina Gothic yang ada pada gereja ini mengingatkan saya kepada Notre Dame yang terletak di Paris. Memang besar saiz gereja St. Stephan’s Cathedral ini.

IMG_20170413_114736

DSC_0162

Stephenplatz
Stephenplatz adalah dataran di tengah-tengah bandar Vienna. Disebabkan kedudukan Stephenplatz berada di tengah-tengah bandar, tempat ini ditandakan dengan “kilometer zero” dan jarak tempat lain di bandar Vienna adalah diukur dari Stephenplatz. Selain dataran, Stephenplatz juga merupakan stesyen pertukaran utama bagi perkhidmatan train dan juga pusat membeli belah. Banyak kedai-kedai mewah dan restoran berada di Stephenplatz.

DSC_0188DSC_0189DSC_0195IMG_20170413_114654IMG_20170413_123034

Hofburg Palace
Pada kurun ke 13 hingga ke tahun 1918, Hofburg Palace merupakan istana dan pusat pentadbiran bagi empayar Habsburg. Namun kini, Hofburg Palace ini menjadi kediaman rasmi bagi Presiden Austria.

DSC_0208DSC_0215DSC_0217DSC_0223DSC_0228DSC_0241DSC_0246DSC_0250

Nationalbibliothek
Nationalbibliothek (Austrian National Library) adalah perpustakaan terbesar di Austria dengan 7.4 juta barangan dalam pelbagai koleksi. Perpustakaan ini terletak di kompleks Istana Hofburg Vienna.

DSC_0264DSC_0266

Naturhistorisches Museum Museum & Kunsthistorisches Museum
Kedua-dua muzium ini terletak bertentangan antara satu sama lain. Kunsthistorisches merupakan sebuah muzium seni, so kalau sesiapa yang minat kepada lukisan dan potret bolehlah melawat. Manakala Naturhistorisches Museum pula adalah muzium sejarah nasional. Ada 30 juta barangan dipamerkan didalam muzium ini termasuk artifak, rangka dinosur dan sebagainya.

DSC_0305DSC_0308DSC_0311DSC_0315DSC_0321

Vienna State Opera
Salah satu lagi rumah opera di Vienna. Pada asalnya dipanggil Vienna Court Opera (Wiener Hofoper) ketika zaman empayar monarki Habsurg. Tapi selepas tahun 1920 Austria menjadi negara republik, ia telah dinamakan sebagai Vienna State Opera.

DSC_0420

Naschmarkt
Nachmarkt adalah pasar yang paling besar dan terkenal di Vienna. Selalunya pelancong datang ke sini untuk mencuba makanan tempatan orang Austria. Selain restoran-restoran, disini ada kedai menjual buah-buahan dan sayur-sayuran, keju, roti dan juga cenderamata.

DSC_0280DSC_0281DSC_0282

Belvedere Palace
The Belvedere Palace adalah salah satu contoh terbaik seni bina baroque di Eropah. Antara yang paling senang nak kenal contoh senibina Baroque ini ialah kubah-kubah berwarna hijau.

DSC_0322DSC_0327DSC_0329DSC_0348DSC_0351DSC_0352DSC_0366DSC_0377

Secession
Seperti namanya, maksud secession ialah berpisah. Bangunan ini dibina khas untuk menyimpan dan mempamerkan hasil seni golongan seni yang telah meninggalkan Association of Austrian Artists kerana ingin mencipta dan memperjuangkan hasil seni yang baru dan bebas dari pengaruh sejarah. Bangunan ini dibina pada tahun 1897. Kalau perasan dekat pintu bangunan ini ditulis ‘Der Zeit Ihre Kunst. Der Kunst Ihre Freiheit’. yang bermaksud ‘Time your art. The art of your freedom’.

DSC_0276

Bagi saya Vienna memang sebuah bandar yang cantik dan elegan. Terutama kepada mereka yang minat kepada seni, pastinya teruja untuk menghayati lukisan, muzik dan teater di muzium-muzium dan rumah opera yang ada disini.

Pada hari terakhir, kami menaiki teksi sekali lagi untuk ke Wien Hauptbanhof untuk menaiki train. Dari Vienna, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya Munich.

3 responses to “Melancong ke Vienna (2)

  1. Pingback: Melancong ke Vienna (1) | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s