Melancong ke Vienna (1)

Dari Prague Main Station (Hlavni Nadrazi), kami menaiki train OBB Railjet ke Vienna. Tiket train saya beli secara online di http://www.oebb.at/en/leistungen-und-services/railjet dengan harga EUR 60 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Nampaknya train OBB Realjet lebih moden dan selesa berbanding train yang kami naik untuk ke Prague. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam ini tidak terasa. Disepanjang perjalanan menaiki train kami disaji dengan pemandangan indah bentuk muka bumi dan landskap Prague dan Austria.

ximage_jpg_pagespeed_ic_uUNo-CmbBz

Vienna merupakan capital city bagi negara Austria. Bandar ini juga merupakan UNESCO World Heritage Site dan juga terkenal sebagai City of Music. Pengemar musik klasik pasti kenal dengan Mozart dan Beethoven yang berasal dari Vienna.

DSC_0287

DSC_0285

Dalam jam 3 petang kami sampai di Vienna Main Station (Wien Hauptbanhof). Untuk ke hotel kami hanya mendapatkan teksi sahaja untuk lebih mudah. Berbaloi juga membayar EUR18 untuk teksi, pemandu yang membawa kami siap tunjukkan tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi sepanjang perjalanan ke pusat bandar. Tak usah risau ditipu, pemandu teksi di Austria ini selalunya jujur dan akan menggunakan meter.

Hauptbahnhof-Wien-003-Roman-Boensch

Di Vienna kami menginap di hotel Graf Stadion yang terletak tidak jauh dari bangunan parlimen Vienna dan Rathaus. Hotel ini memang klasik sebab bangunannya telah wujud sejak tahun 1857 lagi. Walaupun bangunannya lama, tetapi bilik didalamnya telah diubahsuai menjadi moden. Saya memilih hotel ini melalui booking.com sebab kedudukan hotel yang strategik, dekat tempat-tempat tumpuan pelancong dan hanya beberapa meter sahaja dari stesyen train Rathaus.

Seperti negara Germany, negara Austria juga mempunyai taraf dan kualiti hidup yang tinggi. Begitu juga dengan sistem pengangkutan awam di Vienna adalah amat efisyen dan teratur. Bagi yang menggunakan khidmat train, tiket boleh dibeli di stesyen metro. Manakala untuk train dan bas, tiket boleh dibeli di mesin yang disediakan didalam tram/bas itu sendiri.

DSC_0383

Daripada segi harga, tiket untuk sehala (single journey) adalah EUR 2.20. Tapi kalau tinggal lebih lama di Vienna, boleh juga beli tiket day pass untuk lebih jimat. Contohnya tiket 24 jam berharga EUR 7.60, 48 jam – EUR 13.30 dan 82 jam – EUR 16.50. Kanak-kanak dibawah umur 6 tahun adalah percuma dan tidak perlu membeli tiket. Bagi kanak-kanak 15 tahun dan kebawah, tiket pengangkutan awam juga percuma pada hari Ahad, cuti umum dan ketika cuti sekolah di Vienna.

DSC_0033DSC_0046

Banyak juga tempat-tempat menarik yang sempat kami singgah di Vienna. Kebanyakannya dekat sahaja antara satu sama lain, jadi boleh berjalan kaki ataupun menaiki tram sahaja.

Vienna Parliament
Bangunan ini dibina pada tahun 1874-1883 merupakan salah satu bangunan terpenting di Vienna. Ianya dibina dengan gaya Roman-Greek. Sebab tu dihadapan bangunan perlimen ini ada didirikan tugu Pallas Athene seperti ala-ala bangunan empayar Greek..

DSC_0004DSC_0008DSC_0016DSC_0018DSC_0022DSC_0026DSC_0027

Rathaus
Ini merupakan Vienna City Hall (Dewan bandaraya) bagi Vienna. Didirikan pada tahun 1883 dan dibina dengan gaya senibina

Gothic. Hari ini Rathaus menjadi ibu pejabat pentadbiran bagi bandar Vienna dengan lebih 2000 orang bekerja di dalam bangunan ini.

DSC_0055DSC_0072

Burgtheater
Pada asalnya dikenali sebagai K.K. Theater an der Burg dan kemudiannya sehingga tahun 1918 namanya ditukar kepada K.K. Hofburgtheater. Tempat ini adalah Panggung Teater Kebangsaan Austria di Vienna. Lupa nak bagitau bahasa Austria adalah sama seperti bahasa Jerman. Burgtheater ini pula merupakan pangggung teater bahasa Jerman yang terpenting di dunia.

DSC_0031DSC_0093

Karlskirche
Karlskirche (St. Charles Church) adalah sebuah gereja senibina Baroque yang terletak berhampiran Karlsplatz. Ia dianggap gereja Baroque yang paling menonjol di Vienna. Dibina sempena mengingati Saint Charles Borromeo iaitu seorang reformis pada abad keenam belas.

DSC_0134

DSC_0125

DSC_0130DSC_0135DSC_0144DSC_0152

Bersambung di sini: Melancong ke Vienna (2)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s