Melancong ke Prague (2)

Sambungan dari: Melancong ke Prague (1)

Týn Church
Gereja ini juga dikenali sebagai Church of Our Lady Before Tyn yang terletak di Old Town Square. Kalau perhati betul-betul gereja ini mempunyai 2 menara yang mempunyai saiz yang tidak sama size dan simetri. Menara yang lebih besar menjadi simbol kepada lelaki dan yang lebih kecil adalah simbol untuk wanita. Dikatakan gereja Tyn Church yang mempunyai senibina gaya Gothic ini menjadi inspirasi kepada istana Sleeping Beauty dalam animasi Walt Disney.

DSC_0353

DSC_0340DSC_0351

Prague Castle
Prague Castle merupakan tarikan utama pelancong untuk melawati bandar Prague. Sebenarnya dari Charles Bridge kita boleh berjalan kaki untuk naik ke Prague Castle. Tetapi kalau tak larat, boleh juga naik tram no. 22 dan berhenti di perhentian Prazský Hrad untuk ke Prague Castle.

DSC_0200

Sebelum masuk ke Prague Castle ada taman yang agak besar terletak diluar.

DSC_0212DSC_0223DSC_0231

Di pintu masuk Prague castle ada tentera yang mengawal dan kena melalui pemeriksaan keselamatan sebelum boleh masuk kedalam. Ini kerana Prague Castle ini juga adalah kediaman rasmi bagi Presiden Czech Republic, so kena check dululah takut-takut kalau ada orang bawa bom.

20170411_12143720170411_12244220170411_12252620170411_12274920170411_124032

20170411_13103920170411_131117

Dari Prague Castle ini, kita boleh melihat pemandangan kesuluruhan bandar Prague. Memang cantik view dari sini, boleh nampak bangunan-bangunan lama dan menara yang bumbungnya berwarna merah disepanjang Sungai Vitava. Tak hairanlah kalau Prague terkenal dengan nama ‘City of the 100 Spires” – kota 100 menara.

20170411_13112120170411_13165620170411_13181120170411_13302420170411_133527

St. Vitus Cathedral
Sebenarnya Prague Castle ini merupakan kompleks yang besar terdiri daripada kediaman raja, bangunan kerajaan dan gereja. Antara gereja yang paling besar di dalam kompleks Prague Castle ialah St. Vitus Cathedral.

20170411_121701

20170411_122000

Charles Bridge
Prague Castle dan Old Town Square dihubungkan dengan Charles Bridge. Dinamakan sempena nama King Charles IV yang memulakan pembinaan jambatan ini, Dari Charles Bridge ita boleh nampak Prague Castle dari sini.

DSC_0037DSC_0038DSC_0044DSC_0048

Mengikut lagenda disebabkan Charles Bridge selalu runtuh pada zaman dahulu, jadi mereka menggunakan kuning telur dan dicampurkan dengan bahan simen/tar bagi menguatkan struktur jambatan. Tak tahulah betul atau tidak cerita ini, tapi Charles Bridge mampu bertahan dan kekal sehingga kini hampir 500 tahun lamanya.

DSC_0052DSC_0070

DSC_0087DSC_0095-2DSC_0102-2

Petrin Hill & Observation Tower
Kami juga sempat untuk manaiki cabel car untuk naik ke atas bukit Petrin Hill dimana terletaknya Observation Tower.  Menara yang seakan-akan mini Eiffel Tower mempunyai ketinggian 318m. Ketika cuaca baik, kita boleh tengok keseluruhan bandar Prague dari menara tinjau di sini.

20170411_15511720170411_15534920170411_155437

Selain boleh naik ke menara tinjau, ada juga gereja, muzium hall of mirror dan juga  disekelilingnya ada taman yang luas .

20170411_15141820170411_15402520170411_16294520170411_164921

Powder Tower
Powder Tower setinggi 65m ini adalah pintu masuk ke Prague ketika zaman medieval. Ia sebahagian laluan diraja dari Prague Old Town merentasi Charles Bridge hingga ke istana besar di atas bukit. Laluan ini digunakan oleh Raja Bohemian pada zaman dahulu ketika pertabalan mereka di gereja St. Vitus Cathedral di Istana Prague.

DSC_0125DSC_0184DSC_0188-2DSC_0195-2

Saya juga nak ingatkan bahawa Prague mempunyai reputasi yang tidak beberapa baik dikalangan pelancong. Selain penipuan tukaran matawang yang saya sebut sebelum ini, kita perlu juga beri perhatian kepada penyeluk saku. Saya sendiri hampir-hampir menjadi mangsa. Kejadian ini berlaku ketika kami pulang menaiki train untuk ke apartment. Bila sampai ke stesyen metro yang dituju dan bersedia untuk keluar, tiba-tiba pintu train ditahan oleh seorang lelaki yang ada dekat dengan pintu. Pintu tersebut terbuka separuh dan saya sangka ianya stuck. Saya cuba membantu menolak pintu tersebut supaya isteri dan anak-anak saya boleh keluar.

map-of-metro-xl

Kemudian ada seorang lelaki lain yang datang dari belakang seperti ingin membantu saya memegang pintu train. Dalam suasana kelam kabut tersebut, tiba-tiba saya terasa ada tangan cuba menyeluk saku saya. Secara spontan saya menolak lelaki yang dibelakang dengan badan dan dia hampir terjatuh. Saya kemudiannya cepat-cepat menyelit untuk keluar dari pintu dan wallet saya selamat. Kejadian itu berlaku dalam beberapa saat sahaja. Bila saya berjaya keluar barulah perasan yang situasi tadi memang dirancang. Lelaki pertama yang dekat dengan pintu sengaja menahan pintu train dari terbuka seolah-olah ianya stuck. Lelaki kedua yang dibelakang akan datang seolah-olah cuba untuk membantu. Dia akan menyeluk poket saya ketika suasana kelam kabut tersebut. Walaupun ketika itu saya meletakkan wallet dipoket hadapan seluar tapi masih hampir menjadi mangsa mereka. Selain pengalaman hampir menjadi mangsa penyeluk saku ,  yang lain semua ok dan menarik sahaja pengalaman di Prague.

DSC_0319DSC_0322

Antara makanan unik yang ada di Prague adalah doughnut cone ice cream . Saiznya besar dan unik. Boleh lah cuba rasa.

Prague merupakan salah sebuah bandar yang penuh sejarah dan tercantik di Eropah. Tak hairanlah Prague juga termasuk di dalam senarai UNESCO World Heritage. Kami menghabiskan 3 hari 2 malam di Prague. Kalau boleh nak dating lagi lain kali. Kami menerusakn perjalann ke destinasi seterusnya iaitu Vienna, Austria…

4 responses to “Melancong ke Prague (2)

  1. Pingback: Melancong ke Prague (1) | MudaBahaya·

  2. Salam Edie, saya mula follow entry ke Eropah ini memandangkan saya akan ke negera seperti anda dalam bulan 10.

    Soalan saya,

    1. Sejauhmanakah keselamatan anak-anak ketika di Prague, erutama menggunakan public transport?

    2. Mengenai tukaran matawang, ada kemungkinan mata wang berbentuk palsu?

    • Salam nazrul

      1. Secara general Prague adalah selamat untuk nak bawa anak-anak melancong ke sana. Yang ada mungkin petty crime seperti pickpocket dengan tipu tukaran matawang seperti yang saya ceritakan dalam blog. Cuma kena beringat dan berhat-hati simpan wallet dalam poket berzip. Hari tu saya hampir jadi mangsa mungkin sebab diorang ternampak wallet simpan kat poket depan. Kalau boleh sorokkan wallet atau barang berharga dan jangan terlalu menonjol. Yang lain-lain bagi saya ok saja…

      2.Kalau ada orang approach dekat jalan/street offer untuk tukar duit, kemungkinan besar mereka akan bagi duit palsu. Kalau nak selamat, bolehlah keluar duit di mesin ATM. Kalau tukar dengan money changer diorang akan bagi duit betul, cuma kebanyakan mereka akan tipu kadar tukaran. Kebanyakan money changer di Prague memang tak jujur. Ada beberapa tempat saja yang jujur, salah satunya di visitor center berdekatan Old Town Square. Boleh tengkok video yang saya share dalam blog untuk tahu lokasi.

  3. Asalamualaikum Ir. saya minat berbaca artikel2 saudara. Mohon hubungi saya Roslan Abd Rahman 012 6760439

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s