Melancong ke Prague (1)

Awal-awal lagi kami dah check out dari hotel untuk menuju ke Berlin Main Station (Hauptbanhof). Tiket train ke Prague saya beli sebelum datang ke Europe lagi secara online. Harganya ialah EUR100 (last minute price) untuk kami sekeluarga iaitu 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Boleh refer ke website dibawah ini untuk tempahan tiket secara terus dengan syarikat train: https://www.bahn.de/en/view/index.shtml ataupun https://www.cd.cz/default.htm. Please compare harga tiket di dua-dua website ini sebab kadang-kadang harga yang ditawarkan adalah berbeza untuk train yang sama.

DSC_0306DSC_0310DSC_0312

Saya juga nasihatkan kalau boleh beli awal-awal tiket train untuk dapatkan harga diskaun. Tempahan tiket boleh dibuat seawal 90 hari sebelum tarikh perjalanan. Elakkan juga memilih tarikh perjalanan ketika waktu sibuk, contohnya pada cuti umum sebab ketika ini harga tiket memang mahal. Lagi satu jangan beli tiket dengan third party website seperti raileurope.com atau goeuro.com sebab mereka akan bagi harga tiket yang mahal dari harga sebenar.

IMG_20170409_113722

Perjalanan ke Prague menaiki train yang mengambil masa 4 jam 30 minit terasa agak panjang. Mungkin kerana train ICE yang kami naiki agak berusia dan sedikit perlahan. Kami tiba di stesyen Hlavni Nadrazi di Prague pada jam 1:30 petang. Jika nak dibandingkan dengan stesyen train di Germany, tidak dinafikan Prague agak jauh ketinggalan. First impression saya bila tiba di stesyen keretapi Hlavni Nadrazi ialah tempat itu nampak seperti stesyen keretapi tahun 80-an. Sudahlah lift pun tak boleh guna, escalator pun tak ada. Bayangkan membawa bagasi yang berat dengan menuruni tangga memang melecehkan. Berbeza dengan stesyen Berlin Hauptbanhof yang memang moden dan fasiliti yang ada disitu memudahkan urusan pengguna.

2227030-img-hlavni-nadrazi-praha

Untuk pergi ke tempat penginapan, kami perlu menaiki metro dari stesyen Hlavni Nadrazi ke stesyen Narodni Trida. Cumanya saya tidak mempunyai matawang Czech Crown didalam tangan untuk membeli tiket metro. Walaupun Czech Republic merupakan salah satu negara dalam Kesatuan Eropah (EU), namun mereka tidak menggunakan matawang Euro. Czech menggunakan matawang sendiri iaitu Koruna/Crown. Bukannya saya tak cari sebelum datang ke Europe, tapi saya tak jumpa money changer yang jual matawang Koruna/Crown.

CzechKoruna

Perlu juga diingatkan di Prague memang terkenal dengan masalah penipuan oleh money changer. Boleh dikatakan hampir semua tempat money changer di bandar Prague akan menipu kadar matawang. Contohnya kalau ikut pasaran 1 Euro boleh dapat 27 Crown, tetapi mereka akan bagi 15 Crown sahaja kepada pelancong. Bagi sesiapa yang tak tahu kadar sebenar, mereka  memang akan rugi besarlah. Dapat sikit saja, hampir separuh nilai pasaran.  Jadi ketika di Prague, cara terbaik untuk menukar duit ialah dengan mengeluarkan duit di mesin ATM. So kalau boleh aktifkan kad ATM untuk digunakan di luar negara. Ada juga beberapa tempat money changer yang jujur, salah satunya berdekatan di Old Town Square dimana saya juga menukar duit disini. Untuk lebih lanjut mengenai tempat yang selamat menukar duit Czech Crown, boleh check video dibawah:

Di Prague mereka menggunakan satu jenis tiket sahaja untuk semua pengangkutan awam termasuk metro, tram dan bas. Dari segi harga, ada beberapa tiket yang boleh dibeli bergantung kepada masa dan keperluan. Contohnya  tiket 90 min berharga 32 CZK dan boleh guna tiket ini untuk naik metro, tram atau bas asalkkan tidak melebihi tempoh 90 minit. Ada juga short term tiket yang berharga 24 CZK untuk 30 minit. Selain itu, 1 day pass dijual dengan harga CZK 110 dan 3 days pass pula berharga CZK 110. Kanak-kanak (6-9) boleh dapat diskaun dengan separuh harga manakala bawah 6 tahun adalah percuma. Tiket boleh dibeli di mesin yang ada di stesyen-stesyen train metro.

prague-pt-fare-chart

Selain itu, jangan lupa validate tiket yang dibeli. Kalau di metro, kena validate tiket sebelum masuk ke stesyen metro. Bagi tram dan bas pula boleh validate didalam tram/bas itu sendiri.

jizdenky_oznacovac

Di Prague saya memilih untuk menyewa tempat penginapan jenis apartment yang ditempah di Booking.com. Residence Pinkas Prague yang saya pilih terletak tidak jauh dengan Old Town Prague. Kalau berjalan dalam 15 minit dah boleh sampai ke Old Town Square. Apartment ini juga amat besar, ada master bedroom dan dua katil single. Memang fasiliti yang ada mencukupi dan selesa untuk kami sekeluarga. Ada meja makan, peti sejuk dan dapur untuk memasak disediakan di dalam apartment.

2013-06-30-788__jpg_1920x810_default

2bedroom_950x400

Czech Republic merupakan sebuah negara ditengah benua Eropah. Kalau zaman dahulu, Prague merupakan pusat pemerintahan kerajaan Bohemia ketika zaman medieval. Walaupun kini sudah moden, namun kota dan banguna lama di Prague masih kekal dipelihara.

20170411_131045

Bagi saya Prague memang cantik dan menarik. Bersiar-siar di Old Town Prague membuatkan kita terasa seperti berada dalam kota fairy taleseperti cerita Beauty and the Beast.

Wenceslas Square
Terletak di tengah bandar Prague, dataran ini terkenal dengan pesta, perhimpunan awam dan tempat membeli belah. Wenceslas Square terletak hanya beberapa minit berjalan kaki dari Old Town Square.

1DSC_0014-2

Old Town Square
Tempat ini merupakan dataran kota lama Prague. Masa kami datang kesini, Old Town Square memang meriah disebabkan pesta menyambut hari Easter. Banyak gerai-gerai dan hiasan yang dipasang di Old Town Square.

DSC_0334DSC_0350

DSC_0338

The Astronomical Clock
Menara jam yang menjadi simbol kota Prague dibina seawal tahun 1410. Ia merupakan menara jam astronomical tertua didunia. Pada jam tersebut ada beberapa simbol yang merujuk kepada fasa-fasa bulan, musim dan juga cuti umum bagi masyarakat Kristian.

DSC_0356

DSC_0356

Bersambung di sini: Melancong ke Prague (2)

One response to “Melancong ke Prague (1)

  1. Pingback: Melancong ke Prague (2) | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s