Neus Museum
Terdiri kepada Museum of Prehistory and Early History dan juga Egyptian Museum.
East Side Gallery
Nak lihat tinggalan Berlin Wall yang masih ada boleh pergi ke East Side Gallery. Banyak yang sudah diruntuhkan, hanya lebih kurang 1 km sahaja yang tinggal. Tembok ini dulunya memisahkan Jerman Barat dan Timur. Banyak kisah-kisah sedih tentang bagaimana penduduk Jerman Timur cuba untuk melepasi Tembok Berlin dari Timur ke Barat dengan pelbagai cara.
Checkpoint Charlie
Ada beberapa kawasan pintu masuk untuk melintasi Jerman Barat dan Timur semasa Perang Dingin, tapi tempat ini yang paling famous..Checkpoint Charlie. Boleh bergambar dihadapan pintu masuk bersama guard disitu, tapi kena bayar EUR10 seorang. Saya ada ambil gambar dengan mereka, tapi nampaknya orang yang ambil gambar tersebut just snap ikut suka dia. Maybe sebab ramai sangat orang dan nak cepat, so gambar jadi tak berapa cantik. Boleh skip lah kalau tak mahu bazir duit.
Ritter Sport Chocolate Factory
Sempat saya pegi tempat ni untuk beli coklat yang famous dari negara Jerman. Selain beli yang dah siap, boleh juga pilih sendiri flavour yang kita suka dan buat coklat on the spot. Diorang akan campurkan bahan-bahan yang kita pilih, kemudian kena tungguh setengah jam untuk siap.
Holocaust Memorial
Ketika zaman Hitler dulu, antara tindakan beliau yang paling kontroversi adalah peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Yahudi. Entah kenapa Hitler sangat membenci orang Yahudi, sampai sekarang pakar masih mencari dan ada pelbagai teori mengenainya. Holocaust Memorial ini dibina untuk memperingati peristiwa kejam Holocaust. Selain batu memorial, disini juga ada galeri mengenai keluarga-keluarga Yahudi yang dibunuh oleh Hitler. Boleh masuk secara percuma.
Brandenburger Tor
Antara tempat paling dikunjungi di Berlin..dahulunya sebelum dipisahkan kepada Jerman Timur dan barat, Brandenburger Tor digunakan sebagai pintu utama untuk masuk ke kota Berlin.
Reichstag
Ini merupakan bangunan Parlimen negara Jerman yang dibona dibina sejak tahun 1894.
Kalau dah berada di Jerman, jangan lupa try makan hot dog atau sosej disini. Terdapat kedai-kedai halal yang kebanyakan kedai Turki disekitar bandar Berlin. Sosej memang salah satu makanan popular yang berasal dari Jerman.
Selain sosej makanan popular yang berasal dari Jerman ialah bagel. Ada yang dijual plain tanpa perisa dan ada juga flavour-flavour lain seperti kacang, cinnamon, dsb..
Saya menghabiskan 3 hari 2 malam untuk menjelajah bumi Berlin. Kemudian kami menuju ke destinasi seterusnya menaiki train iaitu Prague yang terletak di negara Czech Republic.
Pingback: Melancong ke Berlin (2) | MudaBahaya·