Sambungan dari: Melancong ke Berlin (1)
Disebabkan Berlin merupakan bandar di sempadan Jerman Barat dan Timur, banyak kesan sejarah tentang Perang Dunia ke-2 dan Cold War di tempat ini.
Topographie Des Terrors
Tempat ni dulu merupakan ibu pejabat Gestapo suatu ketika dahulu pada zaman Nazi. Gestapo merupakan polis rahsia bagi kerajaan Hitler. Gestapo inilah yang bertanggungjawab ke atas aktiviti perisikan dan bertanggungjawab melindungi kerajaan Nazi. Gestapo ini juga kebal dari undang-undang Nazi. So kalau polis Gestapo buat apa-apa tindakan di atas nama melindungi kerajaan Nazi, rakyat Jerman tak boleh dakwa dan salahkan ahli Gestapo di mahkamah. Tapi hari ni, tempat ini dijadikan muzium dan kita boleh lihat cerita dan paparan kekejaman Hitler di muzium ini. Di kawasan luar muzium ini, terdapat Berlin Wall Monument.
Alexanderplatz
Alexanderplatz ni merupakan sebuah dataran, diberi nama sempena Alexander the First iaitu salah seorang Maharaja (Tzar) Russia. Namun hari ini ianya merupakan tempat membeli belah dah juga transit bagi train di Berlin.
Fernsehturm
Menara TV di Berlin setinggi 360 meter. Kalau sempat bolehlah naik lif ke bahagian puncak menara. Dekat sana ada anjung peninjau yang mana kita boleh melihat pemandangan 360 darjah kota Berlin dari atas.
Rotes Rathaus
Kalau diterjemahkan Rotes Rathaus ialah Red City Hall. Ianya dinamakan begitu sebab warna batu-bata merah yang digunakan dan bangunan ini berfungsi sebagai city hall bagi kota Berlin.
Marienkirche
Gereja St. Mary yang dibina sejak abad ke 13. Diluar Marienkirche ini ada air pancut dan Statue of Marthin Luther.
Berliner Dom
Dibina pada tahun 1894 – 1905, gereja ini dibina dengan gaya senibina baroque. Terletak di sungai Spree di Berlin, bangunan Berlner Dom ini memang menjadi tarikan pelancong disebabkan keunikan seni binanya.
Altes Museum
Muzium ini dibina dari tahun 1823 – 1830 dan senibina bangunan ini berasaskan Greek kuno. Pintu hadapan muzium ini terdapat 18 tiang yang besar untuk menyokong bumbung yang setinggi 87 kaki, sama seperti bangunan Greek zaman dahulu.
Bersambung di sini: Melancong ke Berlin (3)
Pingback: Melancong ke Berlin (1) | MudaBahaya·