Melancong ke Berlin (1)

Trip kembara saya pada tahun ini melalui 5 buah bandar di 3 buah negara. Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya akan plan percutian yang panjang ketika cuti Easter holiday pada bulan 4. Ini kerana saya nak ambil kesempatan cuti sekolah di HK yang panjang bagi Eiman dan Qaleesya yang jatuh pada Easter holiday. So tak perlulah nak ponteng sekolah semata-mata nak bercuti. Route perjalanan saya pada kali ini adalah seperti berikut: Hong Kong – Dusseldorf – Berlin – Prague – Vienna – Munich – Frankfurt – Hong Kong.

Mula-mula ikut pelan asal kami ingin menyewa kereta untuk Europe trip pada kali ini. Bolehlah rasa bawa kereta atas auto bahn, iaitu highway tanpa had laju di Jerman. Namun atas sebab-sebab yang tertentu, pelan tersebut saya terpaksa batalkan. Jadi ketika trip ini, saya hanya menggunakan flight dan train sebagai mode pengangkutan.

DSC_0273

Dusseldorf merupakan entry point yang kami gunakan untuk kembara ke Europe. Flight dari Hong Kong ke Dusseldorf mengambil masa 12 jam dan mendarat pukul 7 pagi. Tidak ada masalah di pemeriksaan immigration, cuma pegawai yang memeriksa passport kami hanya meminta bukti tempahan hotel dan juga bertanya berapa banyak duit cash/kredit kad yang dibawa. Mungkin banyak kes pendatang haram yang datang dan tinggal terus di Jerman agaknya. Dari Dusseldorf kami terus ambil flight ke Berlin dengan menaiki pesawat Eurowing.

novotel

Suite Novotel Berlin Potsdamer Platz

Di Berlin kami menginap di Hotel Novotel Suites Berlin City. Sebab utama saya memilih hotel ini ialah kerana ia dekat dengan stesyen tren ( S Alhalter Bahnhof) dan ada bilik suite untuk family. Lagipun hotel ini dekat dengan tempat tumpuan pelancong. Boleh jalan kaki ke Checkpoint Charlie dari sini.

1

Di Germany memang sistem pengangkutan awam adalah cekap dan efisyen. Jadi ketika di Berlin, kami menggunakan train sahaja untuk kemana-mana. Sistem train di Berlin terdiri daripada tram, U-bahn dan juga S-bahn. Apa beza antara S-bahn dan U-bahn? U bahn adalah metro/subway manakala S-bahn adalah regional train seperti komuter di Malaysia.  Kalau banyak menggunakan train, bolehlah beli daypass yang berharga EUR 7 sehari. Ataupun kalau travel dalam kumpulan, boleh juga beli small group ticket (maksimum 5 orang) yang berharga EUR 19.90 sehari.  Kanak-kanak bawah 6 tahun adalah percuma dan ada diskaun untuk harga tiket bagi kanak-kanak 6 – 14 tahun.

tegel_airport_txl_bus_validate_tickets_machine

Tiket ni boleh dipakai untuk naik bas, tram, U-bahn dan juga S-bahn. Cuma nak ingatkan lepas beli tiket, jangan lupa validate tiket tersebut di mesin yang disediakan untuk cetakan masa dan tarikh. Nanti kalau tak validate, takut-takut ada inspektor yang check dan kita boleh kena denda yang agak mahal. Untuk mengetahui maklumat tentang dengan lebih lanjut, boleh refer kat website ni: https://www.berlin.de

DSC_0173

Kerajaan Nazi pimpinan Adolf Hitler yang terlibat dalam perang dunia ke 2 berpusat di Berlin. Selepas perang dunia ke 2, Jerman dipisahkan kepada 2 blok, Jerman Barat dan Jerman Timur. Jerman Timur yang dikuasai oleh Soviet Union mempunyai ideologi komunis ketika era Perang Dingin. Berbeza pula dengan kerajaan Jerman Barat yang ketika itu disokong oleh Western Allies  seperti USA, British, France, dsb.. Jadi kota Berlin memang menarik untuk dilawati untuk melihat kesan dan tinggalan sejarah kerajaan Nazi dan perang dingin.

DSC_0068DSC_0080

Bersambung di sini: Melancong ke Berlin (2)

One response to “Melancong ke Berlin (1)

  1. Pingback: Melancong ke Berlin (2) | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s