Tail Strike

Insiden tail strike boleh dikatakan sangat jarang berlaku. Sepanjang 7 tahun kerjaya saya di syarikat penerbangan, saya ingat ini first time berlaku. Insiden terbaru ini berlaku di airport luar negara dan rakan sejawat saya ditugaskan kesana. Selalunya kalau ada kes AOG diluar negara, semua kat engineering office ni rasa keberatan untuk pergi. Salah satu sebab ialah kita tak pasti berapa lama perlu berada diluar negara. Tambahan pula tugasan tersebut takkan habis sehinggalah pesawat dapat beroperasi semula. Selagi kapal tak okay, tunggulah kat situ sampai semuanya selesai. Nampaknya tugas berat menanti rakan saya menjadi team leader untuk rescue pesawat jenis Airbus A321 ini.

9367270055_ff4b42dd2a_b

Sebenarnya nak rescue pesawat yang terlibat dalam kerosakan major yang sebegini bukanlah tugas yang mudah. Selain tugas utama menyelia kerja pembaikan, banyak tanggungjawab dan perkara lain nak kena handle. Terutama sekali jika berlaku diluar negara, semestinya sumber alatan, tenaga kerja dan juga sokongan memang sangat terhad. Seseorang jurutera tersebut perlu mengendalikan semua perkara yang melibatkan pesawat walaupun sebahagiannya tidak berkaitan dengan tugas utama beliau. Antaranya kena berurusan dengan local aviation authority, pihak berkuasa airport serta syarikat ground services tempatan. Perlu juga ambil tahu tentang keseluruhan pesawat termasuk kerja-kerja technical trade lain . Contohnya saya dalam pengkhususan airframe trade, perlu juga ambil tahu tentang keseluruhan kerja trade yang lain termasuk avionic, electrical, radio, pneumatic, hydraulic, etc…

A12Q0161-photo-02

Berbalik kepada tajuk utama, mungkin saya boleh ceritakan sedikit apa yang dimaksudkan tail strike ini. Untuk pengetahuan, kejadian tail strike berlaku apabila bahagian belakang ekor pesawat bergeser dengan landasan. Tail strike boleh berlaku semasa pesawat berlepas atau mendarat. Saya difahamkan insiden tail strike bagi pesawat Airbus A321 yang saya sebutkan diatas berlaku ketika fasa mendarat.

A12Q0161-figure-04

Ketika fasa terakhir pendaratan, pesawat akan melakukan pergerakan yang dinamakan “flare”. Ketika dalam keadaan flare,  kepala pesawat mendongak sedikit keatas dan kuasa enjin akan dikurangkan. Tujuan utamanya ialah untuk mebolehkan roda belakang menyentuh landasan terlebih dahulu, dengan halaju pesawat dan kadar penurunan seminima yang mungkin. Kesemua ini perlu dilakukan dengan kadar dan setting yang betul oleh juruterbang untuk mengelakkan insiden berlaku. Tapi jika kepala pesawat  diangkat keatas scara berlebihan ketika flare,  ia akan menyebabkan bahagian ekor bergeser dengan landasan ketika touch down dan terjadilah insiden tail strike. Boleh tengok video dibawah mengenai contoh tail strike yang berlaku:

Kalau tail strike berlaku, ianya mungkin menyebabkan kerosakan yang agak teruk pada bahagian belakang pesawat. Rakan sejawat saya perlu mengambil masa hampir 3 minggu di luar negara bagi memberi khidmat teknikal untuk membaiki pesawat tersebut. Itupun selepas kerja pembaikan sementara yang dilakukan, pesawat itu hanya dibenarkan terbang tanpa penumpang (ferry flight) untuk balik ke Hong Kong sahaja. Selepas itu, ianya perlu masuk ke hangar untuk kerja pembaikan yang lebih intensif termasuk menukar kesemua panel struktur pesawat yang rosak.

Sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation untuk semua artikel berkaitan kejuruteraan dan penerbanga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s