Eiman Sudah 8 Tahun

Semalam 19 Mar 2017 genaplah 8 tahun umur Eiman. Tahun ni kami sambut birthday Eiman secara kecil-kecilan sahaja di rumah kami di Hong Kong ni. Mungkin kalau birthday Eiman jatuh ketika kami balik ke Malaysia, bolehlah ajak ramai sikit sanak saudara terdekat untuk buat party yang lebih meriah.

DSC_0022DSC_0045

Bila ditanya tentang jenis kek yang dia nak untuk birthday, dia jawab nak beli kek berperisa mangga. Tahun-tahun lepas pun sama, nak kek perisa mangga juga. Pernah sekali kami belikan kek flavour lain sebelum ini, tapi Eiman tak suka sangat dengan kek tersebut. Disebabkan itu jadi kami belikan saja kek aiskrim perisa mangga pilihan hati.

DSC_0055DSC_0083

Untuk birthday tahun ni, Mama masakkan makanan Itali iaitu lasagna bolognese untuk Eiman. Dia sedikit cerewet dalam makanan. Tetapi lasagna ni salah satu makanan yang Eiman suka makan. Saya juga ada tolong sikit-sikit didapur, memang leceh juga nak buat lasagna ni sebenarnya. Mula-mula kena masak asing-asing kuah bolognese, sos krim putih dan kepingan lasagna. Kemudian kena susun layer by layer dalam bekas, dicampur dengan cheese sebelum boleh dibakar. Selain lasagna, Mama juga sediakan ayam panggang dan ada juga tortilla chips and dip sebagai snack.

Walaupun persiapan simple sahaja untuk party ni, tapi saya nampak Eiman happy dapat sambut birthday dan potong kek bersama adiknya Qaleesya. Sebagai parent memang feeling sedikit sentimental time sambut birthday anak-anak. Teringat memori 8 tahun lepas bila Eiman baru saja lahir dan ketika dia masih kecil. Cepat sungguh dia membesar.

DSC_0057DSC_0072DSC_0071DSC_0049

Anyway, Mama dan Papa ucapkan happy birthday untuk Eiman Naufal. May Allah bless and protect you always. Please remember that we will always be there for you, not just for the good but for the worst. We love you forever from world till jannah.

Insya Allah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s