Hari Sukan Sekolah 2017

Saya pun tak pasti kenapa sekolah-sekolah kat Hong Kong ni buat hari sukan time hari bekerja. Selalunya kalau di Malaysia, pihak sekolah akan menganjurkan temasya sukan pada hari Sabtu. Sudah tentu kalau buat pada hujung minggu mungkin ramai ibubapa yang boleh datang untuk bagi sokongan kat anak-anak. Tahun lepas ketika Eiman berada di Primary 1, saya tak sempat nak hadir sebab hari sukan diadakan pada hari bekerja dan saya fully occupied dengan tugas. Tapi pada tahun ini iaitu pada Jumaat lepas saya berkesempatan untuk ambil cuti dan datang untuk bagi sokongan untuk Eiman pada hari sukan sekolahnya.

17103323_10212209948873707_8117499334451084066_nDSC_0005DSC_0013-2DSC_0001

Pagi-pagi lagi kami dah keluar untuk ke venue sukan yang ditetapkan. Sebenarnya jauh jugalah tempat berlangsungnya event ni iaitu Hammer Hill Road Sports Ground yang terletak berdekatan di Choi Hung MTR. Kalau dari Tung Chung tempat kami tinggal, kena 3 kali jugalah tukar train MTR dan hampir sejam baru sampai ke destinasi. Tambahan pula pagi-pagi train MTR memang sesak sebab ramai yang rushing untuk ke pejabat.

DSC_0003DSC_0023

DSC_0014

Untuk temasya sukan ni, Eiman di dalam clan rumah sukan Dolphin iaitu rumah yang bertemakan warna biru. Ada beberapa clan rumah sukan yang lain seperti Buddy (kuning dan coklat), Chilli (Hijau), Eagle (Kuning dan Putih) dan Apollo (Merah dan Ungu). Masa saya sekolah dulu kalau dah masuk satu rumah sukan, tak boleh tukar-tukar sampailah habis sekolah. Tapi di sekolah Eiman sedikit berbeza, contohnya tahun lepas dia masuk clan lain iaitu Eagle, tapi tahun dimasukkan ke clan Dolphin pula.

DSC_0018

Untuk tahun ini Eiman bertanding dalam acara lompat jauh bagi pelajar Primary 2. Nasib baik kami sampai awal dan boleh tengok Eiman beraksi. Saya juga sempat ambil video masa dia tengah melompat jauh hari tu. Boleh tengok kat bawah ni:

Masa keputusan diumumkan, tak sangka Eiman boleh dapat medal untuk cara ni, walaupun sekadar 2nd runner up sahaja. Ok lah tu, sekurang-lurangnya boleh naik atas podium dan terima pingat. Bak kata cikgu sekolah saya dulu, yang penting penglibatan dan usaha..

IMG_6008IMG_6018IMG_6029IMG_6069 (2)

DSC_0043DSC_0039-2

Anyway, saya pun tumpang happy untuk Eiman sebab dapat pingat walaupun dia tidaklah menjalani sebarang proper training pun untuk persediaan sukan. Yang penting Eiman happy dan enjoy temasya hari sukan di sekolahnya dengan kawan-kawan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s