Bunyi Bising dan Pesawat

Industri penerbangan merupakan bidang yang dikawal ketat oleh peraturan dan undang-undang. Dari proses merekabentuk pesawat sehinggalah kepada operasi penerbangan, semuanya perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan. Salah satu perkara yang saya nak bincangkan pada kali ini ialah mengenai bunyi bising dari pesawat. Semestinya perkara ini penting untuk kepentingan orang awam. Bayangkan kalau pencemaran bunyi ini tidak terkawal, pastilah mereka yang tinggal berhampiran dengan lapangan terbang akan mengalami masalah kesihatan dan kehidupan seharian mereka juga akan terganggu.

1413195552904_wps_4_Air_France_Airbus_A330_pl

Bunyi bising daripada pesawat boleh datang daripada beberapa sumber, tetapi sebahagian besar adalah daripada enjin pesawat itu sendiri. Sebab itulah pihak berkuasa penerbangan seperti Federal Aviation Administration (FAA) daripada Amerika Syarikat mempunyai peraturan tentang tahap bunyi bising bagi pesawat. Contohnya mengikut klasifikasi FAA, kelayakan bunyi bising untuk pesawat mempunyai empat tahap dari Stage 1 hinggalah Stage 4. Kelayakan Noise Certificate Stage 4 adalah untuk pesawat yang paling senyap manakala Stage 1 adalah yang paling bising. Agensi Penerbangan Eropah (EASA) juga mempunyai peraturan mengenai bunyi bising pesawat mereka yang tersendiri.

uriserv-oj-l_-2007-088-01-0040-01-eng-xhtml-l_2007088en-01004202-tif-jpg-jpg

Kenapa kelayakan dan pensijilan bunyi bising adalah penting untuk airlines? Sebabnya kerana untuk mendarat dan berlepas di airport negara tertentu, sesebuah pesawat wajib mempunyai sijil kelayakan bunyi bising (aircraft noise certificate). Saya masih ingat lagi ketika bekerja di syarikat penerbangan cargo di KLIA dimana salah satu pesawat adalah pesawat lama Boeing 727-200. Pesawat ini hanya mempunyai kelayakan Stage 2 Noise sahaja. Terdapat beberapa airport (termasuk HK) yang memerlukan pesawat mempunyai tahap minimum Stage 3 Noise dan ke atas untuk masuk ke negara mereka. Jadi pesawat Boeing 727-200 ini tidak dibenarkan mendarat di airport sebegini. Untuk upgrade ke Stage 3 Noise juga boleh, tetapi ia memerlukan pesawat diubahsuai dan semestinya memerlukan kos yang tinggi. Untuk itu, kami terpaksa menggunakan pesawat yang lebih baru bagi beroperasi ke airport tersebut.

727_hero_crop_1280x436

Jadi bagaimana bunyi bising enjin pesawat dikurangkan? Jawapannya ada pada komponen yang dinamakan acoustic lining. Acoustic lining ini dipasang pada komponen yang dipanggil nacelle (“rumah” enjin pesawat). Seperti gambar dibawah, Inlet, Fan Cowl Thrust Reverser dan Exhaust Nozzle adalah komponen yang dinamakan nacelle.

wox40

Jika berpeluang melihat bahagian nacelle ini secara dekat, kita akan lihat terdapat permukaan yang  poros/berlubang-lubang pada bahagian dalaman. Permukaan inilah yang akan membantu menyerap bunyi bising pada enjin pesawat.

main-qimg-5bc28d652e93921f07a0312081e39834

noise3

Selain itu, salah satu teknologi terbaru yang dapat mengurangkan bunyi bising adalah pada bahagian exhaust nozzle. Komponen ini yang dipasang pada bahagian belakang enjin merupakan tempat udara panas dan udara sejuk bercampur. Pertembungan udara sejuk dan panas di dalam nozzle menyebabkan pergolakan udara dan ini menghasilkan bunyi bising. Sama konsep seperti guruh, bunyi bising dihasilkan oleh udara panas oleh kilat yang bertembung dengan udara yang sejuk disekelilingnya akan mengeluarkan bunyi kuat yang dipanggil guruh.

8eb12b89b90876a81e11ab06ade8c30e

Rekabentuk terbaru nozzle yang dinamakan chevron mampu untuk membantu masalah ini. Nampak tak chevron ini mempunyai bentuk yang bergerigi? Memang nampak design chevron yang bergerigi ini lebih menarik tetapi ada sebab tersendiri kenapa bentuknya begini. Tujuan sebenar bentuk bergerigi pada nozzle ini adalah untuk mengurangkan pergolakan udara bila berlaku pertembungan udara panas dan sejuk dan seterusnya menghasilkan bunyi enjin yang lebih perlahan. Kalau anda perasan chevron ini dipasang pada pesawat yang lebih baru seperti Boeing 787 dan Boeing 747-8.

image

Sememangnya pengeluar enjin dan pesawat sentiasa meneroka teknologi dan rekabentuk baru untuk mengurangkan bunyi bising pada kapal terbang. Ia bukan sahaja mampu mengatasi pencemaran bunyi, malah penumpang juga rasa lebih selesa dengan kabin pesawat yang lebih senyap. Kalau tak percaya, cubalah rasa pengalaman menaiki pesawat baru Boieng 787 berbanding pesawat lama seperti Boeing 767.

Sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation untuk semua artikel berkaitan kejuruteraan dan penerbangan.

2 responses to “Bunyi Bising dan Pesawat

  1. Nice tuan. Saya selalu baca mengenai aviation dari blog ini. Sangat berminat dgn teknologinya akan tetapi xmampu nak belajar

    • Thanks Nazrul sebab bertandang ke blog saya. Saya ni pun bukanlah pakar pun, just share sikit-sikit apa yang saya tahu. Saya pun suka membaca tentang teknologi dalam bidang lain, especially melibatkan material and process. Saja-saja untuk tambah pengetahuan. Tak salah pun ambil tahu walaupun bukan belajar secara formal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s