Pertanyaan Penumpang Yang Tak Munasabah

Setiap cabin crew dan anak kapal pastinya akan cuba memenuhi sebarang permintaan pelanggan dan memberikan khidmat yg terbaik. Namun kadangkala ada juga permintaan yang dikemukakan tidak munasabah dan tak masuk akal. Kalau ada rakan-rakan yang berkerja sebagai cabin crew, pasti banyak cerita yang boleh mereka kongsikan.

Memang ada banyak contoh-contoh permintaan yang tidak masuk akal oleh penumpang pesawat seperti yang saya senarakan dibawah. Contoh ini hasil maklumat  dari cabin crew yang diambil dari website seperti Emirates247, Quora, Cabincrew.com dan Virgin Atlantic.

aaeaaqaaaaaaaalqaaaajdrkymyynthmlwrhyzitndg5mc1intk1lwuyzgjmywixzgu3mw

Antara soalan dan permintaan yang pelik daripada penumpang yang pernah ditanya kepada cabin crew:

– Semasa pesawat dalam perjalanan ke Nice, di selatan Perancis, seorang penumpang bertanya kepada pramugari sama ada pesawat boleh “terbang jauh sedikit supaya kita dapat jenguk Monaco.”

– Penumpang bertanya di manakah mesen ATM dalam pesawat.

– Mengapa anda tidak boleh buka tingkap dan berikan kita sedikit udara nyaman? Tempat ini agak panas.

c44j_7ldovsb1nbmq3g-3dl72ejkfbmt4t8yenimkbvvk0ktmf0xjctabnaljim9

– Jika kapten pesawat dalam tandas, siapa yang tengah mengemudi pesawat?

– Anak-anak saya bosan. Ada sesiapa di kalangan anak kapal yang boleh lakukan permainan silap mata?

– Seorang lelaki mengadu sakit kepala, dan bertanya bunyi deruan apa yang didengarnya itu. Apabila diberitahu ia bunyi enjin pesawat, beliau berkata: “Tolong beritahu kapten supaya matikannya, kepala saya amat sakit.” Beliau kemudian mengugut untuk membuat aduan rasmi.

– Seorang penumpang dalam perjalanan ke London risau kerana lapangan terbang Heathrow begitu berhampiran dengan Istana Windsor. Beliau bertanya anak kapal jika lain kali mereka boleh mengelak agar pesawat-pesawat tidak terbang begitu dekat dengan Istana Windsor, kerana risau Queen Elizabeth akan diganggu.

ggggggg

– Seorang penumpang lelaki tua kecewa kerana para pramugari dalam pesawat tidak cukup menarik. “Pramugari-pramugari dalam iklan jauh lebih cantik, jadi penerbangan ini tidak memenuhi jangkaan saya,” katanya.

– “Saya mahu lihat Grand Canyon tetapi awan-awan ini menyekat pemandangan saya. Tolong minta juruterbang agar kemudi pesawat pada ketinggian lebih rendah?”

Kalau perhatikan memang macam-macam perangai penumpang didalam flight ni. Contoh lain yang biasa berlaku adalah tak menghiraukan arahan memakai talipinggang keledar. Puas bagitahu supaya duduk, masih tetap berdegil dan ada juga yang marah-marah. Lagi satu lepas kapal dah touchdown di landasan, tak sabar-sabar nak ambil beg di overhead compartment walaupun pesawat masih bergerak menuju ke terminal.  Memang kesian jugalah kepada cabin crew, dahlah kadang-kadang penat sebab jadual padat, lepas tu kena pula layan macam-macam karenah penumpang yang macam-macam jenis. Bersyukurlah kerjaya saya hanya memerlukan bertugas dibelakang tabir sahaja..

2 responses to “Pertanyaan Penumpang Yang Tak Munasabah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s