Aborted Landing @ Go-Around

Anda berada didalam penerbangan dan pesawat kini berada dalam fasa akhir untuk mendarat di airport. Cuaca pula hari ini cerah dan keadaan semuanya nampak seperti biasa sahaja. Pesawat makin turun ke bawah dan ke bawah. Dengan ketinggian hanya tinggal lima ratus kaki, pesawat ini cuma beberapa saat sahaja lagi untuk mendarat. Kemudian tanpa amaran, terdengar enjin tiba-tiba mengaum dengan kuat. Pesawat itu kemudiannya mendongak ke atas dan mula terbang tinggi. Daratan yang tadinya nampak dekat kini mula semakin jauh. Tayar pendaratan yang tadi dikeluarkan kini dimasukkan kembali kedalam badan pesawat. Anda mencengkam tempat letak tangan dan mula risau. Apa sebenarnya yang sedang berlaku?

go-around_566x220

Pergerakan pesawat seperti ini dinamakan ‘aborted landing” atau “Go-Around” yang merupakan perkara biasa dalam penerbangan. Secara umumnya, ada 2 sebab kenapa juruterbang terpaksa melakukan “go-around” samada diberikan arahan oleh pengawal trafik udara; ataupun kerana keputusan juruterbang disebabkan keadaan tidak cukup selamat untuk mendarat.

08-11%20air%20traffic%20controller

Ada banyak sebab kenapa pengawal udara mengarahkan pesawat untuk melakukan “go-around”, tetapi selalunya adalah disebabkan kedaan trafik contohnya:
– pengawal udara tak boleh nak mengekalkan jarak selamat diantara pesawat-pesawat dalam jagaannya
– pesawat yang berada dihadapan terlalu lambat untuk clearkan landasan selepas mendarat dan menghalang pesawat yang berada dibelakang
– ada objek lain atau kenderaan berada dalam landasan yang menghalang pendaratan kapal terbang

… dan lain-lain sebab lagi

370084_v1

Manakala kalau pergerakan “go-around” ini disebabkan oleh keputusan juruterbang, ianya mungkin disebabkan oleh:-
– juruterbang tak nampak landasan disebabkan jarak penglihatan jatuh dibawah tahap yang ditetapkan
– roda pendaratan tak dapat dikeluarkan dengan betul
– tak dapat clearance dari pengawal udara untuk mendarat
– angin lintang
– cuaca buruk
– konfigurasi pesawat (kelajuan,power setting, rate of descent, etc..) yang tak sesuai

dan ada banyak lagi sebab yang mana keadaan masa tu tak cukup selamat untuk mendarat.

Boleh tengok contoh video bagaimana pesawat melakukan “go-around ni” di bawah (walaupun nampak sedikit extreme):

 

Selepas melakukan “go-around” dan terbang ke ketinggian yang selamat, selalunya Kapten akan membuat pengumuman untuk menjelaskan apa yang terjadi. Pesawat kemudiannya akan berpusing semula untuk melakukan percubaan kedua untuk mendarat. Alhamdulillah… setakat ini saya belum pernah mengalami keadaan sebegini sepanjang pengalaman saya menaiki pesawat. Setakat bumpy landing tuh biasalah kena. Tapi kalaulah anda bernasib baik berada dalam pesawat yang melakukan “go-around” ataupun ‘aborted landing”, silalah bertenang sebab ini adalah perkara biasa dalam penerbangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s