Urat Keting Koyak

Know your limit….mungkin itulah perkataan yang paling sesuai terhadap apa yang terjadi kepada saya pada minggu lepas. Rutin kehidupan saya pada hari Isnin minggu lepas bermula seperti biasa sahaja. Pagi ke office dan tengahari waktu lunch saya ke gymnasium di tempat kerja seperti biasa. Tak ada yang extra pun aktiviti gym pada hari tersebut, cuma berlari di atas treadmill setengah jam dan kemudian angkat berat sikit-sikit saja. Ini rutin harian saya and nothing much..just exercising to keep myself fit..itu sahaja. Selain exercise di gym ketika waktu lunch, saya juga bermain badminton seminggu sekali bersama rakan-rakan rakyat Malaysia yang tinggal di Tung Chung ni. Actually bermain dengan rakan-rakan dari Malaysia lebih enjoy berbanding kalau join dengan orang local HK. Saya pernah bermain dengan join kelab badminton di office, tetapi kebanyakan orang lokal HK mereka ni terlalu serius dan grumpy. Tapi sejak geng-geng Malaysia mula berkumpul dan aktif bermain badminton, saya rasa lebih relax dan enjoy. Mungkin sebab orang malaysia lebih tolerate dan kita berkongsi budaya yang sama,jadi kami lebih memahami dan enjoy the games.

img_20150313_100701

Nak dijadikan cerita, hari tu tak ramai sangat pemain yang datang. Ada dalam 6 orang sahaja, mungkin ramai yang terbang agaknya. Gelanggang di clubhouse pula ditempah selama 2 jam. Disebabkan tak ramai, memang kena main secara berterusan…kalau rehat pun sekejap saja. Selepas lebih kurang sejam bermain, saya dapat rasakan bahagian belakang pergelangan kaki saya mula sengal-sengal. Sebelum ini pun ada juga saya rasa sengal dibahagian tersebut terutama selepas jogging atau berlari di atas treadmill. Jadi saya assume itu hanya perkara biasa saja. Lagipun memang biasa muscle rasa sakit bila lepas exercise di gym.

Saya teruskan juga bermain di gelanggang. Saya masih ingat lagi kejadian tersebut yang berlaku lebih kurang jam 8.30 malam. Ketika itu saya melompat untuk smash bola badminton dan kemudian kaki saya jatuh ke lantai. Actually saya melompat takdelah tinggi sangat, tetapi kaki sebelah kiri saya sedikit terpusing ketika jatuh di gelanggang. Tiba-tiba saya dapat rasakan ada sesuatu yang “snap” pada kaki saya. Seriously, memang saya dapat rasa sesuatu yang putus pada kaki saya. Kemudiannya saya jatuh terlentang dan pergelangan kaki kiri saya pada bahagian belakang rasa sakit. Bila saya pegang bahagian tersebut, saya dapat rasakan permukaan kaki di tempat tersebut tersebut macam dah kedalam. Bila bandingkan dengan kaki kanan, memang bentuk dah lain.

Agak panik juga saya pada masa tu. Saya memang mula ingat tulang kaki dah patah. Bila cuba berdiri dan berjalan, kaki memang rasa sakit. Rakan-rakan saya terus panggil 999. Dalam 20 minit, ambulan pun datang. Nasib baik hospital North Lantau tak jauh sangat dari tempat kediaman saya. Saya diangkat naik ke atas katil ambulan. Semua orang yang ada di clubhouse terpandang-pandang kat saya nak tahu apa yang berlaku. Malu juga rasanya time tu. Ada juga yang sempat ambil gambar. Sebelum itu staff di clubhouse pun dah ambil gambar juga dan interview saya kenapa boleh jadi macam ni. Mungkin ini prosedur biasa untuk rekod sebarang kemalangan yang berlaku di tempat mereka.

Sampai di North Lantau Hospital, doktor yang merawat saya melakukan physical check pada kaki saya. Untuk pastikan kedaaan pada bahagian dalaman, doktor suruh saya buat pemeriksaan x-ray. Saya pun pergi ke bilik x-ray dengan kerusi roda sambil ditolak oleh nurse. Tak sangka saya berpeluang untuk naik kerusi roda macam ni. Hu hu..Bila habis buat x-ray, saya masuk semula ke bilik doktor tadi. Bila doktor tu belek-belek hasil x-ray, dia kata mengikut pemeriksaan awal nampak tak ada apa-apa yang berlaku pada tulang. Fuhh..memang lega dengar tulang tak patah. Masa saja jatuh tadi, memang saya ingat tulang kaki dah patah. Doktor tu kata “ Most likely your tendon has been ruptured”.

pwh-wiki-net

Berderau juga darah saya dengar perkataan “ruptured”. Teruk sangat ke sampai bahagian tendon tu boleh koyak? Doktor tu kata lagi, sebab kat sini merupakan hospital baru, malangnya tak ada specialist orthopedic ditempatkan disini. So kena pindah ke hospital lain iaitu Princess Margaret Hospital di Kowloon. Saya juga perlu dimasukkan ke wad. Jadi kena naik ambulan kecemasan sekali lagi. Lebih kurang setengah jam jugalah perjalanan dari Tung Chung ke Kowloon. Bila sampai di hospital Princess Margaret, jam pun dah dekat 2 pagi. Memang tak ada specialist time tgh malam, jadi terpaksa tidur di wad sahaja dan tunggu besok pagi. Tapi tak lena tidur pun…nurse kat sini setiap 2 jam datang ambil blood pressure dan body temperature.

Besok pagi-pagi, nurse cakap saya kena buat beberapa test lagi. Saya ditolak menggunakan kerusi roda untuk ke beberapa bilik ujian. Saya kena ambil x-ray sekali lagi termasuk scan bahagian dada dan juga ambil darah. Saya juga ditanya mengenai medical history dan alahan jika ada. Masa tu saya pun keliru, kaki saya yang sakit tapi kenapa perlu buat semua pemeriksaan yang tak berkaitan dengan kaki? Dalam lebih kurang 10 pagi, baru doktor orthopedic surgeon datang ke katil saya. Memang confirm achilles tendon bahagian kaki dah koyak. So dia kata, kena buat pembedahan kat kaki kalau nak baik cepat. Ada juga cara lain dengan pakai casting (orang kita panggil simen) tapi cara ini lambat dan mungkin tak baik sepenuhnya. Kalau hanya pakai casting tapi masih tak pulih secara natural, kena juga buat pembedahan dikemudian hari. Barulah saya tahu yang ujian-ujian yang saya buat tadi tu untuk pastikan saya sihat dan fit untuk pembedahan.

Nak tahu ke bahagian mana achilles tendon atau nama lain dalam bahasa melayunya urat keting? Archilles tendon ni sebenarnya sekumpulan tisu besar dibelakang pergelangan kaki yang menghubungkan otot betis ke tulang tumit. Tendon ni penting untuk kita berjalan, berlari dan melompat. Sebenarnya tendon ni yang menampung bebanan pergerakan kita sepanjang hari dalam kehidupan normal. Doktor tu kata kecederaan tendon ni memang biasanya berlaku kepada atlit. Dato Lee Chong Wei pun pernah kena operate pasal kecederaan tendon achilles ni. Yang bezanya Dato LCW tu pemain professional, saya hanya pemain badminton picisan. Ha ha…

Bila doktor tu tanya keputusan saya sama ada nak buat surgery atau tak, saya memang tak fikir panjang dan terus setuju. Better buat serentak sekarang, kalau just pakai casting tapi tak baik-baik, nanti kena buat surgery juga. Tapi untuk surgery saya kena tunggu sehari lagi sebab doktor orthopedic kena berbincang dengan pakar-pakar lain untuk setup surgery ni. Terpaksalah duduk wad lagi untuk menunggu. Sabar je lah…

img_20161003_124049

Keesokan harinya masa untuk operate pun tiba. Saya disuruh mandi, buang air dan tukar dengan baju khas untuk operation. Kemudian saya disuruh berbaring di atas katil beroda dan ditolak ke meja pembedahan. Memang ini pengalaman pertama saya ke operation theater dan menjalanni surgery, so tak dinafikan memang cuaklah. Selalu tengok scene pesakit ditolak atas katil ke bilik pembedahan dalam TV sahaja, tak sangka jadi kat diri sendiri. Hati saya tak habis-habis mengucap dan beristighfar. Bila sampai di bilik pembedahan, badan saya dipasang dengan wayar-wayar untuk monitor kadar degupan jantung. Tangan saya dipasang alat untuk monitor tekanan darah dan pergelangan tangan saya juga dimasukkan tiub. Untuk pembedahan ini, saya akan diberi ubat bius “general anesthesia” iaitu bius keseluruhan badan. Dengan general anesthesia ni, Memang saya akan tidur sepanjang pembedahan ini.

Saya disuruh pakai topeng gas oleh doktor pakar bius. Sempat juga doktor bius tersebut bertanya dan bersembang dengan saya serba sedikit. Tak sangka doktor wanita tersebut merupakan orang Malaysia juga. Siap bersembang dalam bahasa Melayu lagi. Bila saya start sedut gas dari topeng tersebut, kepala jadi pening dan beberapa saat kemudian saya meamng tak sedar apa-apa lagi. Bila saya sedar sahaja, saya dapat rasakan kaki saya berbalut dan rasa sakit. Kepala masih berpusing tapi saya dapat dengar doktor bius tu kata “ Jangan risau, operation dah habis..”.

Saya kemudiannya dihantar kembali ke wad. Kesan ubat bius ni memang melemahkan badan kita. Ubat bius ini akan buatkan badan kita rasa letih dan mengantuk, memang terasa nak tidur jerlah lepas operation. Selain itu ubat bius ini akan menganggu fungsi normal badan kita. Selepas 6 jam pembedahan saya terasa nak buang air kecil. Tapi bila sampai di toilet, for some reason saya tak dapat keluarkan air kencing. Stress gila…dekat sejam saya duduk dalam toilet. Meneran sekuat hati pun masih tak keluar. Kemudian saya mengalah dan keluar. Bila saya tanya nurse dia kata ini memang biasa. Tunggu lagi 2,3 jam. Kalau tak boleh kencing seperti biasa dan pundi kencing dah penuh, kena masukkan tiub kat saluran kencing. Lagilah stress saya dengar dia cakap macam tu. So saya decide untuk tunggu dulu dan cuba lagi 2 jam kemudian.

Sempat saya google kat internet melalui telefon tentang kesan ubat bius. Memang ini perkara biasa selepas pembedahan. Ubat bius akan menyekat signal dari otak ke otot-otot badan untuk mengelakkan pesakit rasa sakit ketika surgery. Tapi otot-otot lain yang tak berkaitan seperti pundi kencing turut terkesan sama. Jadi kena tunggu sampai ubat bius habis keluar daripada badan baru boleh kembali kepada normal. Lepas 2 jam saya cuba semula untuk buang air kecil. Walaupun susah, tapi akhirnya boleh keluar juga walaupun sikit-sikit. Sejam berikutnya, saya dapat buang air kecil seperti biasa. Fuh lega…tak perlu masukkan tiub ke saluran kencing..ngeri beb.

This slideshow requires JavaScript.

Keesokan harinya, doktor orthopedic datang melawat saya. Dia periksa luka dan dia kata nampak okay. Kalau besok tak ada masalah pada luka, saya dah boleh keluar hospital. Kaki saya juga perlu di casting (simen) dan perlu memakai tongkat empat kaki untuk berjalan. Kaki yang tercedera juga tak boleh digunakan setakat ini, so kalau guna tongkat empat kaki tu perlu/melompat guna kaki kanan sahaja. Actually sekarang ni doktor tak gunakan simen lagi. Mereka gunakan bahan komposit sahaja. Saya nampak nurse balutkan kaki saya dengan bahan yang nampak seperti kain. Tapi bila lepas balut, dia letakkan air dan barulah bahan tersebut mengeras. Nampaknya konsep bahan komposit dalam aerospace juga digunakan dalam bidang medical.

img_20161003_123738

Eiman dan Qaleesya datang nak tengok Papanya kat hospital

Di Princess Margaret Hospital ini memang ada disediakan makanan halal. Saya ni sebenarnya bukanlah seorang yang cerewet dalam makanan, tapi cara makanan dimasak disini memang saya tak boleh telan. Lauknya yang popular ialah ikan rebus dimasak dimasak dengan kacang hazelnut serta sayur labu rebus, tawar dan  tak ada rasa. Memang saya paksa diri saya untuk hadam. Nasib baiklah bila wife saya datang dia bawakkan juga makanan lain untuk saya. Kalau tak, memang kebulur lah saya.

img_20161003_123910

Keesokan harinya saya dibenarkan pulang. Appointment seterusnya dalam 2 minggu dan doktor juga bagi MC kepada saya. So sekarang ni saya hanya duduk dirumah sajalah untuk berehat. Harap-harap kaki saya dapat pulih secepat mungkin dan boleh berjalan seperti biasa. Untuk pembaca-pembaca blog ini, sebagai peringatan bahawa bersukan itu bagus tapi jangan terlebih-lebih sangat sampai dapat kecederaan. Do not overdo it. The sky has no limit, but homo sapien does…

12 responses to “Urat Keting Koyak

  1. salam..kite senasib en ir.edie fendie..sya buat operation pd 26/11..skrg still xbole pijak lg kaki ni..mgkn mggu dpn bru start buat fisio..Dr yg merawat sya pelik dgn kecederaan sya hya ahli sukan atau org yg aktif sukan saja sllunya dpt kecederaan mcm sya..urat kaki sya putus 2..alhamdulillah skrg dh beransur2 baik cuma blm pulih sepenuhnya..

    • Salam…senasib lah kita. Saya baru saja boleh berjalan, selepas 3 bulan kaki kiri dalam casting. Sekarang ni masih dlm fisioterapi, dah boleh berjalan dlm 80% tetapi pergelangan kaki akan bengkak kalau berjalan lama sangat. Bertabahlah…doctor sy kata ambil 8-12 minggu selepas operation baru boleh start berjalan, dan ambil masa dlm 6 bulan untuk pulih 100%. Yang paling kena attend dan ikut fisioterapi untuk kuatkan balik otot bahagian yang cedera selepas operation…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s