Melancong ke Melbourne (Part 4)

Great Ocean Road
Pagi-pagi lagi kami dah check-out dari hotel Bayview on the Park. Plan utama hari ini ialah untuk drive melalui Great Ocean Road dan bermalam di Port Cambell. Kata orang tak sah kalau melawat ke Melbourne tapi tak pergi ke Great Ocean Road.

Great Ocean Road ini dikatakan salah satu jalan atau laluan darat yang mempunyai pemandangan paling menarik didunia. Perjalanan dari bandar Melbourne ke Port Cambell adalah sejauh 240km. Sebelum perjalanan ke Great Ocean Road, kami isi dulu minyak penuh-penuh. Lebh baik isi minyak di bandar sebab harganya lebih murah berbanding di luar bandar. Nak isi minyak disini berlainan sedikit berbanding di Malaysia. Disini kena angkat pam dan isi minyak dulu, kemudian barulah pergi bayar dikaunter dengan memberitahu nombor pam.

Kami juga singgah dibeberapa pekan di dalam perjalanan dari Melbourne ke Port Cambell. Sebab itu saya membuat plan untuk bermalam di Port Cambell sahaja untuk lebih selesa dan enjoy. Ramai yang buat perjalanan balik hari dari Melbourne ke Port Cambell, tetapi saya rasa agak tergesa-gesa kalau buat macam ni. Tambahan lagi kalau datang berkeluarga dengan budak-budak kecil, pasti lebih banyak masa diperlukan untuk melakukan perjalanan ini.

Torquay
Selepas memandu sejauh 100km dari Melbourne, kami singgah di tempat yang bernama Torquay. Torquay terkenal dengan sukan surfing. Ketika musim panas, Torquay memang penuh dengan peminat sukan surf. Pernah dengar jenama Rip Curl dan Quicksilver? Keduanya berasal dari tempat ini.

14022236_10210157613126596_3935301247264511628_n

dsc_0628dsc_0633dsc_0641

Anglesea
Lebih kurang 20km dari Torquay, kami singgah pula ke sebuah pekan kecil yang dinamakan Anglesea. Sempatlah ambil-ambil gambar dikawasan sekitar.

dsc_0658dsc_0666dsc_0673dsc_0686

Aireys Inlet
Dari Torquay, kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu rumah api Split Point Lighthouse di Aireys Inlet.

dsc_0735

dsc_0712dsc_0701dsc_0700dsc_0697

Dibina pada tahun 1891 dan rumah api ini terletak di atas tebing 70 meter di atas paras laut. Boleh lihat panaroma yang menarik dari tebing Split Point Lighthouse.dsc_0719dsc_0718dsc_0695dsc_0692

Memorial Arch at Eastern View
Disinilah bermulanya jalan Great Ocean Road yang terkenal tu. The Great Ocean Road ialah jalan sepanjang 243 kilometer yang terletak di pinggir-pinggir pantai di tenggara Australia.

dsc_0042dsc_0035dsc_0024

Mengikut sejarah, ianya dibina di antara tahun 1919 dan 1932 oleh tentera yang kembali dari Perang Dunia I sebagai tanda peringatan perang kepada rakan mereka yang terkorban.dsc_0020dsc_0012-2dsc_0010-2

Pemandangan melalui the Great Ocean Road memang cantik dan memukau. Susah nak digambarkan dengan perkataan, kena datang sendiri baru boleh tahu. Kalau drive sendiri lagi baik sebab kita boleh berhenti ditempat-tempat yang kita rasa menarik.

dsc_0049

the-great-ocean-road-victoria-australia

Kalau ikut tour, mungkin tidak begitu bebas dan agak rushing sebab kena ikut jadual yang disediakan. Disebabkan jalan ini melalui bukit, tebing dan pesisir pantai, pemanduan memang agak mencabar sebab mempunyai banyak selekoh dan jalannya bengkang bengkok. Jadi kena pandu secara perlahan dan berhati-hati.

Lorne
Lorne adalah sebuah bandar tepi pantai di Louttit Bay. Bandar Lorne ini juga merupakan destinasi yang agak popular di laluan Great Ocean Road. Saya lihat ramai juga pelancong yang singgah disini. Kami singgah sekejap sahaja sebab masa terlalu suntuk.

43_croplorne-005

Apollo Bay
Dari Lorne, kami bergerak menuju ke Apollo Bay. Plan awal ialah untuk makan tengah hari di restoran Illuka yang ada menyediakan makanan halal. Malangnya ketika sampai, jam sudah pukul 4 lebih. Jadi bila sampai, restoran ini sudah ditutup untuk makan tengah hari. Nampaknya terpaksa teruskan perjalanan sahaja ke Port Cambell dan makan snack yang ada didalam kereta sahaja.

img_20160910_195950img_20160910_195933

Port Cambell
Kami sampai di Port Cambell hampir jam 6 petang. Matahari hampir terbenam ketika kami sampai di 12 Apostle.

12 Apostle
Apa istimewanya 12 Apostles ni? Ia sebenarnya adalah batu kapur yang dicipta oleh hakisan berterusan terhadap tebing batu kapur. Mula-mula tempat ini bermula dari tebing batu kapur, kemudian menjadi gua, terhakis lagi menjadi gerbang batu kapur ditengah lautan dan kemudian barulah menjadi apa yang ada sekarang. Tapi memang lama prosesnya, ambil masa sehingga 10 – 20 juta tahun.

dsc_0089dsc_0073 Waktu paling best untuk melihat 12 apostles ini ialah ketika matahari terbenam. Cantik pemandangan batu kapur 12 apostle berlatar belakangkan warna langit pada waktu senja.

dsc_0063dsc_0057dsc_0054

dsc_0092

Disebabkan hari telah lewat, kami terus ke hotel untuk check-in. Tempat penginapan di Port Cambell ini banyak terdiri dari hostel/motel persendirian sahaja. Hasil pencarian di internet, saya memilih untuk menginap di Port Cambell hostel. Saya mengambil bilik family room yang ada 1 katil double size dan 2 katil bunk bed 2 tingkat. Memang luas dan lebih dari cukup untuk family saya.

port-campbell-hostel-2port-campbell-hostel-photos-exterior-hotel-information

Besok paginya, kami checkout dari hostel ini. Kami menuju semula ke 12 apostles semula sebab semalam macam sekejap sangat berada disana.

dsc_0104

dsc_0145dsc_0154

Malangnya hari ini cuaca tidak begitu baik, hujan sahaja.

dsc_0161dsc_0115dsc_0118dsc_0125dsc_0133

Selepas puas mengambil gambar, kami menuju ke Loch Ard Gorge pula.

Loch Ard Gorge.
Loch Ard Gorge tidak jauh, lebih kurang 4 km sahaja dari 12 Apostle. Ada cerita sejarah menarik selain pemandangan yang menarik disini. Loch Ard Gorge adalah tapak salah satu tragedi laut paling terkenal di Australia.

dsc_0162dsc_0165dsc_0168dsc_0178

Disinilah bangkai kapal Loch Ard yang rosak tahun 1878 apabila terlanggar pulau Mutton Bird yang terletak hanya luar pesisir pantai disini. Tragedi kapal karam Loch Ard Gorge mengorbankan 54 penumpang kapal dan hanya 2 sahaja yang terselamat.

dsc_0170dsc_0173dsc_0175

Disini juga ada tangga untuk turun ke bawah dan boleh bersiar-siar dipersisir pantai.

dsc_0184dsc_0206dsc_0213dsc_0222

Habis bersiar-siar di Loch Ard Gorge, kami pun bergerak pulang ke bandar Melbourne. Masa check-out dari hostel, saya sempat tanya dikaunter jalan shortcut untuk balik ke bandar Melbourne. Untuk perjalanan balik, kami tidak melalui Great Ocean Road untuk cepat sampai dan elakkan jalan yang bengkang-bengkok. Kalau guna GPS, boleh setkan destinasi GPS untuk ke Colac dari Port Cambell. Kemudian dari Colac, terus menuju ke Geelong dan seterusnya balik ke Melbourne. Kalau ikut route ni memang jalan lurus dan straight sahaja. Route ini membawa kita melalui kawasan kampung-kampung dan ladang-ladang ternakan di kawasan wilayah Victoria.

DSC_0239.jpg

Kalau nak tangkap gambar dengan biri-biri dan lembu-lembu pun boleh, just berhenti tepi jalan sekejap. Memang luas saujana pemandangan ladang ternakan di AUstralia dengan rumput hijau yang subur. Tak hairanlah kenapa susah sangat nak bawa makanan dari luar masuk ke Australia, sebab mereka memang nak jaga bidang pertanian dan ternakan disini.

Dengan melalui jalan shorcut, dalam 3 jam lebih perjalanan kami dah sampai ke Melbourne.

Bersambung di: Winter @ Melbourne (Part 5)

2 responses to “Melancong ke Melbourne (Part 4)

  1. Pingback: Winter @ Melbourne (Part 3) | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s