Melancong ke Melbourne (Part 3)

Puffing Billy

Plan utama pada hari ketiga ialah untuk naik train Puffing Billy. Apa yang istimewa mengenai keretapi ini ialah ia merupakan train lama yang menggunakan enjin stim. Kalau bergerak, keretapi enjin stim ini akan mengeluarkan asap berkepul-kepul. Dah tak banyak lagi keretapi stim yang ada di dunia sebab train moden kebanyakkannya menggunakan tenaga elektrik. Dikatakan bahawa Puffing Billy yang ada di Melbourne ini merupakan keretapi enjin stim yang paling terpelihara didunia.

dsc_0540dsc_0541dsc_0389dsc_0402dsc_0413

Kalau menaiki kereta, perjalanan dari bandar Melbourne ke Puffing Billy (Belgrave Station) mengambil masa hampir sejam sejauh 48 km. Saya setkan GPS untuk melalui jalan yang tidak bertol, jadi perjalanan ke Belgrave membawa kami melalui kawasan-kawasan pekan kecil di luar bandar Melbourne.

dsc_0544

dsc_0439dsc_0442dsc_0429dsc_0425

Kalau ikut sejarah, perkhidmatan train di Puffing Billy pernah ditutup kerana kerugian operasi. Namun ianya dibuka semula atas gesaan orang awam kerana mahu melihat keretapi stim yang mempunyai nilai sejarah ini dikekalkan. Kini mereka yang bertugas di train Puffing Billy adalah terdiri dari sukarelawan Puffing Billy Preservation Society. Jadi duit hasil dari penjualan tiket ini digunakan sepenuhnya untuk menampung operasi dan menyelenggarakan train Puffing Billy.

dsc_0450dsc_0527dsc_0531dsc_0502

Harga tiket pergi-balik (Belgrave – Lakeside) bagi dewasa ialah AUD54 seorang dan AUD28 bagi kanak-kanak. Kalau datang dengan family, ada harga khas yang ditawarkan iaitu AUD108 untuk 2 dewasa dan maksimum 4 kanak-kanak. Perkara lain yang menarik tentang Puffing Billy ialah tentang gerabaknya. Tidak seperti keretapi moden, gerabak Puffing Billy adalah jenis lama yang diperbuat daripada kayu dan ianya adalah terbuka.

dsc_0493dsc_0498dsc_0447

Perjalanan dari Belgrave ke Lakeside mengambil masa hampir sejam. Bagi siapa yang berani, boleh letakkan kaki ke atas tepi gerabak ketika train sedang berjalan. Boleh tengok video kat bawah ni perjalanan menaiki train Puffing Billy. Eiman pun berani letak kaki kat luar ketika train melintas jambatan.

Di Lakeside terdapat sebuah tasik, jadi sesuailah untuk berkelah atau berehat bersama keluarga. Kalau boleh bawalah makanan sendiri sendiri sebelum menaiki Puffing Billy sebab di Lakeside hanya ada satu café kecil sahaja. Tak ada makanan halal di café ini, setakat nak beli kopi bolehlah. Kami meluangkan masa lebih kurang sejam di Lakeside sebelum ambil train untuk pulang ke Belgrave.

dsc_0476dsc_0467dsc_0477dsc_0487dsc_0489

dsc_0548

Dalam perjalanan dari Belgrave ke bandar Melbourne, kami singgah di pekan kecil bernama Hallam untuk makan tengah hari. Disini ada sebuah restoran Hungry jack (nama lain bagi Burger King di sini) yang menyediakan makanan halal. Dapatlah mengalas perut sambil merasa burger daging dari Australia. Burger kat sini pun besar saiznya, puas jugalah nak habiskan. Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Brighton Beach.

Brighton Beach
Kami sampai di Brighton Beach sudah agak petang. Disebabkan bulan Augus merupakan musim winter, jadi siang memang pendek dan hari cepat gelap. Dalam pukul 5 lebih matahari sudah mula terbenam.

dsc_0561dsc_0565dsc_0599

Apa yang menarik di Brighton Beach ialah di sini terdapat pondok berwarna-warni. Sebenarnya pondok ini adalah kosong dan saiznya kecil sahaja. Tak ada orang duduk pun didalam. Ianya digunakan hanya untuk menukar pakaian mandi atau menyimpan barang persendirian.

dsc_0579dsc_0592dsc_0599

Mereka yang membeli pondok kecil di Brighton Beach ini terdiri kelas atasan yang menyukai hobi sukan air seperti surfing dan sebagainya. Untuk pengetahuan, harga untuk satu pondok di Brighton Beach ini memang mahal. Mengikut rekod harga paling mahal untuk sebuah pondok kecil ini mencecah AUD 285, 000 (RM 900, 000) sebuah. Kalau di Malaysia harga macam ni dah boleh sebiji rumah. Disebabkan keunikan dan warnanya yang colourful, ianya menjadi satu keunikan di Melbourne. Ramai juga pelancong datang ke sini untuk mengambil gambar bersama rumah kecil yang berwarna-warni ini.

Bersambung di: Winter @ Melbourne (Part 4)

 

One response to “Melancong ke Melbourne (Part 3)

  1. Pingback: Winter @ Melbourne (Part 2) | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s