Melancong ke Melbourne (Part 2)

Plan pada hari kedua kami ialah untuk menuju ke Philip Island. Philip Island ni jauhnya adalah 140 km dari bandar Melbourne. Kalau nak melawat ke sini kena spend satu harilah untuk explore, kalau tak memang tak sempat. Antara tempat yang sempat kami singgah di Philip Island ialah Maru Kola and Animal Park, Penny’s Philip Island Chocolate Factory, the Nobbies dan Penguin Parade.

Maru Koala and Animal Park
Maru Koala & Animal Park adalah taman haiwan yang telah memenangi pelbagai anugerah di Australia yang terletak di lebuh raya Grantville selatan Victoria, hanya 15 minit dari Phillip Island dan Penguin Parade. Harga tiket masuk ke Maru Koala & Animal Park ialah Dewasa AUD20 dan Kanak-kanak AUD11. Namun pihak Maru menyediakan pakej istimewa kepada keluarga hanya AUD54 untuk 2 Dewasa + 2 Kanak-kanak.

dsc_0127dsc_0123dsc_0131dsc_0110

dsc_0098

Apa yang menarik di zoo ini ialah kita boleh berada dekat dengan haiwan-haiwan yang ada. Contohnya memegang koala, memberi makan kanggaru albino, berjalan dengan dingoes, bercakap dengan burung kakak tua dan lain-lain.

dsc_0062dsc_0059dsc_0033dsc_0027

Nampak sahaja kecil, tetapi di dalam Maru Koala & Animal Park ini memang luas dan punyai pelbagai haiwan yang boleh anda lihat dan dekati tidak seperti zoo lain.

dsc_0005dsc_0084dsc_0092dsc_0114dsc_0119

Boleh dikatakan, hampir semua haiwan di Maru Koala & Animal Park ini agak jinak dan boleh anda sentuh dan bermain-main. Untuk anak-anak kecil seperti Qaleesya, mereka akan teruja dan sangat gembira bermain dengan Koala, Possum, Burung Unta, Kanggaru, Wallabies, Wombat dan banyak lagi. Boleh tengok video Qaleesya tengah main dengan kangaroo:

Panny’s Phillip Island Chocolate Factory
Dari Maru Koala and Animal Park kami bertolak ke Penny’s Phillip Island Chocolate Factory pula. Tak jauh hanya 22 km iaitu lebih kurang 15 minit sahaja menaiki kereta dari Maru Animal Park. Cafe disini ada menyediakan makanan halal, jadi bila sampai kami makan dulu di cafe ni sebelum masuk ke dalam.

dsc_0237dsc_0235

dsc_0132dsc_0136

Nama pengasas kilang coklat ini ialah Panny dan kalau nak tahu  yang pengasas kilang coklat ni sebenarnya merupakan orang Malaysia. Panny yang berketurunan India sebelum ini pernah bekerja sebagai jurutera/pengurus ladang koko di Malaysia. Beliau kemudiannya berpindah ke Papua New Guinea pada tahun 1986 dan bekerja untuk membekalkan biji koko ke syarikat di USA. Pada tahun 2000, beliau kemudian berpindah ke Australia dan memulakan perniagaan kilang coklat.

dsc_0145dsc_0146dsc_0149

Didalam ruang pameran disini, ada juga dipamerkan hasil seni yang menggunakan coklat sebagai bahan.Contohnya patung Greek dan gambar muka orang. Kreatif..

dsc_0151

dsc_0154

Permainan interaktif untuk kanak-kanak pun ada. Semuanya dibuat daripada coklat.

dsc_0156dsc_0160dsc_0165dsc_0168dsc_0170

Encik Panny dan pekerja-pekarjanya gigih membuat coklat dikilang.

dsc_0171dsc_0176dsc_0179

Boleh belajar cara nak buat coklat. Malah ada juga disediakan mesin untuk buat coklat sendiri. Lepas coklat siap, boleh makan. Menarik ..

dsc_0186dsc_0181dsc_0202dsc_0220

The Nobbies
Destinasi selepas melawat kilang coklat ialah The Nobbies. Nobbies Centre Phillip Island adalah satu lokasi yang terletak di tanjung yang menghala ke laut. Kawasan ini dipenuhi dengan pokok renek serta semak rumput yang biasa tumbuh di Australia. Lokasi Nobbies Centre ini sebenarnya adalah syurga kehidupan Wallabies (Kangaru Kecil), burung dan juga Penguin di Phillip Island. Sebab itu, Nobbies Centre adalah lokasi yang terkenal di Philip Island.

14045976_10210142239342261_2522619344477148527_n1dsc_0288dsc_0277dsc_0279

The Nobbies (dinamakan kerana pembentukan batu yang unik) terletak di luar Point Grant di hujung barat Phillip Island. Kawasan ini ialah kawasan penting dalam pemuliharaan haiwan liar di Australia yang terdiri daripada wallabies, penguin dan burung laut.

dsc_0254dsc_0251dsc_0272

Angin agak kuat di Nobiies ni dan cuaca agak sejuk. Sampai terbalik stroller Qaleesya yang kami bawa. Mungkin dekat dengan laut, sebab tu sejuk dan berangin.

dsc_0240dsc_0282

Selain pemandangan pantai dan batu batu yang menarik, tanah disini juga berwarna hitam yang merupakan tanah dari gunung berapi. Cuba tengok air laut di the Nobbies divideo yang saya sempat rakam ni, biru dan cantik:

Penguin Parade
Habis menikmati pemandangan the Nobbies, kami menuju ke Penquin Parade yang hanya 5 minit dari sini. Untuk masuk ke Penguin Parade ada entrance fees dikenakan. Bagi tiket dewasa ialah AUD25.10 seorang, kanak-kanak (4-15 tahun) ialah AUD 12.50. Tetapi kalau datang dengan family (2 dewasa, 2 kanak-kanak) boleh jimat dengan beli tiket family dengan harga AUD62.70.

dsc_0341dsc_0345dsc_0350dsc_0388

Penguins disini hanya akan muncul sebaik matahari terbenam. Kalau ikut penerangan yang diberikan, penguin yang naik ke darat ini ada yang telah berminggu-minggu berada dilaut mencari makan.

dsc_0316

dsc_0331dsc_0361dsc_0365dsc_0381

Pengunjung hanya boleh lihat dan tidak dibenarkan mengambil gambar sebab takut akan merosakkan mata penguins ni yang sensitif pada flash camera. Tapi ada juga yang curi-curi ambil gambar, tapi saya nasihat janganlah buat macam tu. Selain menganggu dan membahayakan penguin, kalau nasib tak baik kena marah dengan pekerja yang menjaga disini. Memang diorang ni strict. Tapi kita kena faham, banyak usaha yang mereka lakukan untuk memelihara binatang yang kian terancam ini. Selain boleh tengok penguin naik ke darat, kita juga boleh juga melihat dengan jarak dekat bila mereka keluar dari sarang di waktu malam. Comel saja  tengok binatang ni terkedek-kedek berjalan.

Bersambung di: Winter @ Melbourne (Part 3)

5 responses to “Melancong ke Melbourne (Part 2)

  1. Pingback: Winter @ Melbourne (Part 1) | MudaBahaya·

  2. Assalamualaikum en.edie
    Im so inspired reading ur travelogue
    And some info sangat membantu
    Especially untuk pembaca seperti saya untuk mendapat serba sedikit gambaran tempat2 yg dikunjungi dan juga kos2 termasuk lah transportation, tempat tinggal dan juga harga2 tiket admission ke tempat2 tertentu.

    Satu perkara yang juga sangat suka tentang catatan en.edie adalah gambar2 yg sangat cantik.
    Jika tidak keberatan, bolehkah saya tau,kamera brand dan model apakah yg en.edie gunakan?
    Respons dari en.edie amat saya hargai dan diucapkan terima kasih.

    • Salam Hasmizan…thanks for stopping by and reading my humble blog. Sekurangnya pengalaman dan catatan sy ni dapat jadi guide kepada yg sudi membaca sedikit sebanyak. Berkenaan kamera, saya menggunakan kamera jenis DSLR jenama Nikon D90 dan lensa Tamron SP 24-70mm f/2.8 DI VC. Berbanding camera compat, kamera jenis DSLR lebih banyak kelebihan untuk mengambil gambar yang lebih cantik dan sharp. So kalau Hasmizan suka travel, boleh invest beli kamera DSLR yang bagus. Sy pun hanya hobbyist photographer, bukannya professional pun. Tapi sy suka ambil gambar untuk simpan kenangan dan memori. Hope this helps….

  3. Asslamualaikum. Im planning to go to Melbourne and I came across your blog. VERY INFORMATIVE! just a quick question. Did you drive to Philip Island? Is it easier to drive or take the public transportation. Im traveling with a toddler btw.

    • Salam Hana. Since you’ll bring you child as well, it makes more sense and convenient just to rent a car and drive to Philip Island by yourself. Not sure about public transport, but i think you need to join the tour group or something if you don’t drive. Believe it is more fun and enjoyable if you drive on your own..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s