Melancong ke Melbourne (Part 1)

Kita kembara lagi..kali ini destinasi yang dituju ialah Melbourne, Australia. Sebenarnya saya pernah ke Melbourne sebelum ini (7 tahun lepas) atas urusan kerja. Masa tu saya masih kerja di Malaysia dan ditugaskan untuk ke Melbourne bagi melakukan aircraft survey. Company yang saya bekerja ketika itu nak beli pesawat Boeing 727 second hand dari syarikat yang berpengkalan di Melbourne. Jadi sebelum buat keputusan nak beli, kenalah hantar orang buat pemeriksaan dulu yang kapal tersebut ok ke tidak untuk dibeli.

dsc_0460

Anyway, pada tahun ini ada rezeki lagi saya boleh datang lagi ke Melbourne dan yang paling penting saya datang ke sini dengan keluarga. Sebelum ini pada tahun 2014 saya pernah ke Sydney, tetapi masa itu Qaleesya masih terlalu kecil. Tak sampai setahun pun umur Qaleesya ketika itu, jadi memang tak tahu apa-apa bila kita tunjukkan kanggaru, koala dan binatang-binatang lain. Tapi kali ini bila ke Melbourne Qaleesya dah berusia 3 tahun, semakin banyak bercakap dan banyak bertanya soalan. Kali ini pasti lebih seronok bagi Qaleesya. Perjalanan dari Hong Kong ke Melbourne menaiki pesawat Cathay Pacific CX105 berangkat pada jam 12 tgh malam dan mengambil masa 9 jam.

Visa Dan Immigration

14021533_10210127602616352_410906937414012650_n

Ketika ke Sydney dulu, saya menggunakan perkhidmatan memohon secara online directly dengan Electronic Travel Authority. Tapi kali ini ke Melbourne, saya dapat tahu cara yang murah untuk memohon visa melalui travel agent. Kalau guna secara terus melalui aplikasi online, harga untuk visa ialah AUD20 (RM61) seorang. Tapi kalau melalui travel agent ni, harga visa cumalah RM20 seorang. Murah kan?

Kalau berminat, boleh email ke eta.australia@yahoo.com untuk memohon visa melalui mereka. Memang boleh dipercayai sebab saya dah cuba sendiri. Dalam 2 hari dah boleh dapat visa yang dihantar melalui email. Boleh hantar email kepada mereka berserta maklumat berikut untuk memohon:

1. Flight detail,
2. Alamat
3. Scan passport
4. Nombor telefon

Perlu juga diingatkan bahawa:
1. Pemegang passport yang tempoh sah lakunya kurang dari 6 bulan dilarang dari memasuki Australia. Maka sebaiknya renew passport dahulu kalau perlu sebelum memohon ETA.
2. ETA tak boleh dipindah milik. Kalau passport lama dah expired tapi ETA still valid (masih dalam tempoh 12 bulan sah laku), maka kena re-apply ETA untuk passport baru.

incoming-pax-card-illegal-p1

Mungkin juga ramai merungut tentang immigration yang agak ketat di Australia. Begitu juga dengan kastam terutama makanan yang memang susah di bawa masuk ke Australia. Jadi berhati-hatilah ketika berhadapan di pintu masuk mereka. Declare saja apa makanan yang anda bawa dalam borang immigration yang diberi. Lebih bagus kalau senaraikan ubat-ubatan dan makanan dalam satu list khas yang dibawa sendiri. Jika di tanya, beritahu dan explain saja secara jujur apa yang dibawa. Insyaallah, setakat ni pengalaman saya memang boleh lepas.

Mobile Data
Saya mendarat di Terminal T2 yang merupakan terminal untuk penerbangan antarabangsa. Lepas saja ambil bagasi, saya terus mencari kedai yang menjual simkad untuk digunakan selama seminggu. Terdapat beberapa kaunter yang menjual simkad pelbagai jenama. Selepas survey, saya memilih untuk membeli simkad jenama Telstra berharga AUD30 untuk 2GB data. Saya rasa cukuplah digunakan selama seminggu. Pendaftaran juga dilakukan sendiri secara online dengan dibantu oleh penjual dikaunter tersebut.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kereta

Saya juga menempah kereta untuk digunakan. Tempahan kereta ini saya buat awal-awal lagi sebelum datang kesini. Puas juga lah google di internet, tetapi akhirnya saya membuat keputusan untuk membuat tempahan di website Apex Car rental: http://www.apexrentacar.com.au. Sebenarnya agak sukar juga untuk memilih syarikat kereta sewa sebab setiap company ada charge dan fee yang tersembunyi. Kena baca betul-betul terma dan syarat yang tertera di laman website mereka. Tapi apa yang suka mengenai Apex Car ialah harga yang tertera di halaman website mereka adalah termasuk insurance dan fee yang lain. Ada 3 pilihan pakej yang ditawarkan ‘ City Surf”, “Carefree Coastal” dan “The Works”. Beza bagi bagi ketiga-tiga pakej ini ialah tentang insurance.

car

Setelah berfikir, saya memilih yang pakej ‘The Works” yag mempunyai perlindungan insurance zero excess. Maksudnya kalau terjadi apa-apa kemalangan saya tak perlu membayar apa-apa sebab dah termasuk dalam insurance. Stress free..tak perlu takut kalau kereta calar atau terlibat dengan kemalangan. Tambahan lagi kebanyakan caj seperti booking fee, extra driver fee (kalau nak namakan isteri atau kawan sebagai pemandu tambahan) dan fee-fee yang lain adalah percuma. Kalau company lain, fee-fee ini ada charge yang dikenakan. Untuk mengambil kereta sewa, ada van khas yang disediakan di airport untuk membawa kita ke pejabat mereka. Prosedur pun mudah…just isi borang, buat bayaran, ambil kunci, check kereta dan boleh terus drive. Di Australia mereka boleh terima lesen memandu Malaysia yang biasa kita gunakan, jadi just bawa lesen tersebut dan tak perlu nak buat lesen memandu antarabangsa.

img_20160910_163503

Saya juga sewa GPS untuk senang ke mana-mana. Boleh juga kalau nak guna aplikasi phone seperti Waze tetapi kalau nak pergi jauh dalam kawasan country site, saya tak pasti ada line telefon ke tidak. So nak selamat just sewa GPS sekali (AUD12 sehari), senang cerita. Kalau travel dengan anak-anak kecil wajib juga untuk sewa car seat khas untuk budak-budak. Ini memang wajib ikut undang-undang kat sana. Kanak-kanak sehingga 6 bulan perlu duduk di atas baby seat (yang mengadap ke belakang), 6 bulan sehingga 4 tahun wajib duduk atas child seat, dan dari 4 tahun ke 7 tahun perlu duduk atas booster seat. Sewa child seat/booster ni pun AUD12 untuk sehari.

13938396_10210157129634509_6933138422906046878_n

Untuk pengetahuan memandu di Australia ni memang kena berkhemah. Diorang ni memang strict mengenai peraturan jalan raya, so berhatilah-hatilah. Kalau memandu dilebuhraya kena peka dengan signboard had laju, ada yang had lajunya 80km/j dan paling laju pun hanya 100 km/j. Speed trap memang ada dimana-mana. Cuma kalau menggunakan GPS, alat ini akan alert tentang had laju kereta kalau dah over speeding. Alat GPS ini juga akan bagita ada speed trap kamera dihadapan dan dan perlahankan kereta mengikut had. Kalau tak guna GPS, memang susah juga sebenarnya. Dulu masa saya datang ke Melbourne untuk pertama kali 7 tahun lepas, saya memang pernah kena saman disebabkan terlebih had laju. Masa tu saya tak sewa GPS sebab hanya ulang alik dari airport ke Melbourne City. Tak laju sangat pun sebab masa tu memandu di highway, had laju 80km/j tapi saya memandu lebih sedikit 85 km/j. Bila balik ke KL baru tau ada saman speed trap yang dihantar melalui email dan mereka charge saman tersebut kepada kad kredit. So berhati-hatilah.

dsc_0655dsc_0654

Selepas mendapatkan kereta, destinasi pertama ialah untuk ke hotel. Alat GPS yang disewa agak mudah digunakan, hanya taip nama hotel Bayview on the Park dan terus keluar route. jarak dan masa untuk kesana. Selain itu alat GPS ini juga ada option untuk pilih route yang ada tol atau jalan yang tidak menggunakan tol. Di Melbourne ada lebuhraya yang free (freeway) dan ada yang berbayar. Apa yang menarik di sini highway disini tak ada toll booth. Ada alat khas yang dipasang di dalam kereta untuk bayaran tol. Kalau kita lalu jalan yang bertol, mereka akan detect melalui alat tersebut dan bayaran akan dicaj terus kepada kredit kad. Tambahan pula kalau kita lalu lalu jalan yang bertol, ada caj (AUD12) tambahan sehari dikenakan oleh syarikat sewa sebab kita gunakan mesin tol ini. Jadi tanya habis-habis dan fahamkan betul-betul terma syarat dan penjelasan yang diberikan semasa mengambil kunci kereta.

SkyBus

Bagi mereka yang tidak memandu kereta, boleh naik perkhidmatan Sky Bus untuk ke Melbourne City dari airport. Tambang untuk dewasa ialah AUD19 dan untuk kanak-kanak (4-16 tahun) ialah AUD9 untuk sehala. Kalau datang dengan family, ada kadar tambang istimewa AUD38 sehala untuk 2 dewasa dan 4 orang kanak-kanak. Bas pun selesa, ada ruang menyimpan beg dan juga wi-fi percuma. Dari airport, Sky Bus ini akan berhenti di Southern Cross Station. Di Southern Corss Station ini juga, pihak Sky Bus ada menyediakan shuttle bus percuma ke hotel-hotel tertentu. Boleh check di website Sky Bus untuk dapatkan list hotel-hotel yang terlibat.

f107_7883_595

Hotel Bayview on the Park
Kami sampai di Hotel Bayview on the Park agak awal dalam 11 pagi. Nasib baiklah bilik kami sudah sedia ketika kami sampai. Hotel yang terletak di Queen’s Road ini terletak diantara Melbourne’s City dan St Kilda Beach. Tempat perhentian tram juga tidak jauh dari hotel dan kalau naik tram hanya dalam 20 minit untuk Melbourne City. Saya tempah Premier Twin Room di hotel ini yang mempunyai 2 katil bersaiz Queen, cukup untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.


Bersambung di: Winter @ Melbourne (Part 2)

4 responses to “Melancong ke Melbourne (Part 1)

  1. Hi,I would like ask regarding a trip to Melbourne due I never travel to another control,the most far also Brunei and Indonesia.so I just worried about the immigration seems I just taking two weeks holiday in end of July,could you help explain to me what should I prepare for the trip.thank you

    • Just couple of tips, please print out your hotel reservation and return flight tickets and have them with you. Just in case the immigration want to see the evidence that you have no intention to overstay and your purpose is truly for vacation. Mak sure you know the details where your hotel is, how many days you’ll be in Melbourne and your itinerary. They might ask you that and be confident. Should be ok and nothing to worry about..

  2. saya melacong kemelbourne dgn thtravel agensi dari malaysia pada 28.nov 17-2 dis 17.semua penginapan.transport.tempat melancong diurusnya.kali pertama keaustralia.saya ada membawa ubat kecing manis,kolestrol,vitamin,cair darah,darah tinggi,sopd dari spital kerajaan dan ubat gout dari farmasi swasta,minyak angin.Perlu ditanda apa pada passenger incoming card Yes ke NO. Nasihat bersama adalah perlu.
    Mana tempat shoping menarik disana,kalau nak beli tshirt,sehelai dua..
    tk

    • Ye perlu declare dlm landing card yg kita ada bawa ubat. Bila tanya explain saja secara jujur tentang masalah kesihatan, memang dia akan lepaskan ajer. Kalau nak shopping tshirt atau souvenirs, boleh pergi ke Queen Victoria Market..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s