Melancong ke Melbourne (Part 5)

Melbourne City

Untuk 2 hari terakhir, kami menghabiskan masa meneroka bandar Melbourne. Kami check-in di Hotel Miami selepas pulang dari Port Cambell. Kedudukan hotel agak strategik, tidak jauh dari tram stop. Kalau nak pergi ke Victoria Market, dalam 15 minit berjalan dah boleh sampai.

miami-hotel-melbourne-17

Untuk berjalan di bandar Melbourne, lebih baik menggunakan perkhidmatan tram sahaja berbanding dengan memandu kereta. Parking di pusat bandar Melbourne agak terhad dan kalau ada pun harga parking juga mahal. Tambahan di Melbourne ada beberapa peraturan jalan raya yang khas dipakai di bandaraya Melbourne sahaja, contohnya hook turn di lampu isyarat.

Hook turn ini dipakai terutamanya bila jalan tersebut dikongsi dengan laluan tram. Kalau jalan biasa di lampu isyarat, kita perlu menggunakan laluan sebelah kanan untuk membelok ke kanan. Tapi bila ada signboard hook turn ini di Melbourne, sebaliknya kita perlu menggunakan laluan sebelah kiri, berhenti ditengah-tengah lampu isyarat, dan bila lampu isyarat bertukar menjadi hijau di jalan yang kita nak masuk, barulah boleh belok. Boleh tengok video dibawah kalau nak faham. Bagi sesiapa yang tak familiar, mungkin sedikit keliru kalau berhadapan situasi macam ini.

Myki Card

Bagi menggunakan perkhidmatan tram, bus atau keretapi di Melbourne, penumpang hendaklah membeli kad tambang (Myki) terlebih dahulu. Kad Myki boleh didapati paling senang di kedai  7eleven berhampiran.

myki-frown

Sekeping kad ni berharga AUD6 dan selepas beli kad ni hendaklah di topup. Nak topup berapa pun boleh..asal cukup tambang pergi dan balik. Nak top up Myki ni boleh dibuat di 7 eleven juga. Kalau berjalan di pusat bandar Melbourne, ada kawasan yang dipanggil “free tram zone”. Jadi kalau hanya travel dalam zon ini, tak perlu touch myki card sebab ianya percuma. Tapi kalau kita pergi diluar zon free, kita perlu bayar tambang dengan sentuh myki kad di mesin didalam tram . Jadi perhatikan peta tram untuk pastikan perkara ini.

f109_5651e_class_tram

dsc_0251

Namun begitu, tambang dihadkan AUD$7.80 (RM23.40) sehari. Kalau hujung minggu, ianya dihadkan hanya AUD6 (RM18) sehari. So kalau banyak pakai tram diluar free zon pun, ianya takkan caj lebih dari had maksimum sehari.

dsc_0310dsc_0117dsc_0105

Ada satu lagi perkhidmatan disediakan bagi pelancong iaitu Tram- City Circle Tram. Tram ini juga akan pergi ke tempat-tempat tumpuan pelancong. Yang penting perkhidmatan tran City Circle ini adalah percuma.

Flinder Station

Stesyen train utama di Melbourne City. Kebanyakan train dan tram akan lalu di Flinder Street. Dari Flinder Street juga boleh berjalan ke tempat shopping dan tempat tumpuan pelancong yang lain.

dsc_0447dsc_0413

St. Paul Cathedral

Sebuah gereja bagi mazhab Anglican yang terletak tidak jauh dari Flinder Station

dsc_0443dsc_0452

Yarra River

Disepanjang Yarra River inilah kotaraya Melbourne dibina. Pada waktu malam, boleh lihat pemandangan skyline bandar Melbourne dari sini.

dsc_0422dsc_0424dsc_0254dsc_0259dsc_0264

Fitzroy Garden

Di Melbourne memang banyak taman. Salah satunya ialah Fitzroy Garden yang seluas 26 hektar.

dsc_0015dsc_0017

dsc_0062

Cooks Cottage

Di taman ini juga terletaknya pondok Cooks Cottage. Disinilah Captain James Cook tinggal suatu ketika dahulu. Captain Cook ini merupakan pengembara British yang terkenal. Dialah orang yang merekod peta kawasan New Zealand dan persisiran Australia melalui pengembaraannya.

dsc_0020-2dsc_0026dsc_0029dsc_0030

Sinclair Cottage

dsc_0035-2dsc_0044

Queen Victoria Market

The Queen Victoria Market  adalah lokasi wajib singgah jika anda melancong ke Melbourne. Pasar Queen Victoria Market ini sendiri mempunyai sejarah kepesatan Melbourne itu sendiri di samping dengan pelbagai jualan barangan menarik oleh masyarakat tempatan di Melbourne.

dsc_0292dsc_0288

Kalau nak cari barangan cenderamata untuk dibawa pulang, boleh cari disini.

dsc_0283dsc_0280dsc_0279

dsc_0268

Selain cenderamata, pasar Victoria Market juga menjual barangan pasar seperti buah, sayur, ayam, daging dan sebagainya.

dsc_0276

dsc_0267

Kalau berada di QVM, boleh cuba beli donat yang ada dijual di van bergerak.

dsc_0271

Ada juga kedai halal Gozleme Turkish Cafe yang saya jumpa di pasar Queen Victoria Market.

dsc_0012

Sempat beli churros yang ada dijual. Boleh tahan sedap..lembut saja churros yang dijual disini.

dsc_0002

dsc_0009dsc_0007dsc_0005

Shrine of Remembrance

Shrine of Rememberance menempatkan tugu peringatan pejuang-pejuang yang dihantar berkhidmat ke negara-negara Komenwel pada perang dunia kedua dahulu.

dsc_0388dsc_0378dsc_0393dsc_0383dsc_0376

Hosier Lane

Dilorong ini kita boleh lihat seni graffiti yang dilukis oleh pelukis tempatan. Menarik dan boleh tahan kreatif juga mereka ini.

dsc_0312dsc_0345dsc_0342dsc_0341dsc_0316

Hamer Hall
Hamer Hall ialah dewan konsert yang besar, boleh menempatkan 2661 orang. Ianya digunakan untuk orkestra dan persembahan muzik kontemporari. Dibelakang bangunan ini terletak Spire of the Arts Centre yang berbentuk seperti Eiffel Tower.
dsc_0427dsc_0425

Makanan Halal di Melbourne City.

Susah ke nak cari makanan halal di Melbourne? Tak susah..memang banyak pilihan makanan halal di Melbourne. Restoran dari Malaysia pun banyak disini. Ada restoran Mamak, Papparich, Old Town White Coffee, Little Ipoh Restaurant dan banyak lagi.

Kalau nak makan western pun ada. Contohnya Lord of Fries yang ada jual burger, hotdog dan sebagainya. Boleh cuba kentang goreng Lord of Fries yang terkenal di Melbourne ni.

dsc_0461dsc_0080dsc_0077

Selain itu saya tengok ramai yang beli donut disatu kedai ni. Siap beratur lagi. Kedai tu namanya Doughnut Time.

dsc_0081dsc_0084dsc_0090dsc_0092-2dsc_0094

Kalau jalan-jalan tapi tak jumpa restoran yang dicari, just pergi ke Nandos’s sahaja. Restoran Nando’s di sini adalah halal.

600_437624002-jpege2b0bdc0930fe2c30df999ea04fc5435

Di Melbourne Airport, ada juga restoran makanan halal yang saya jumpa. Salah satunya ialah Noodle yang menyediakan makanan Malaysia. Lagi satu tempat yang kita boleh makan ialah Nando’s.

dsc_0247dsc_0246

Habis sudah percutian kami di Melbourne selama 7 hari. Bagi saya Melbourne memang best terutama pengalaman memandu ke Philip Island dan juga Great Ocean Road. Lagipun Australia ni pun laid back saja negaranya dan orang disini pun baik-baik belaka. Tak percaya bolehlah datang dan rasa sendiri pengalaman di Melbourne.

 

23 responses to “Melancong ke Melbourne (Part 5)

  1. Pingback: Winter @ Melbourne (Part 4) | MudaBahaya·

  2. Great readings, nak baca balik esok, coz nak pegi this coming raya, hopefully can copy your itinerary, terima kasih Tuan

  3. menarik dan sgt membantu..bnyk info..
    saya ada pertanyaan ..untuk ke philips island & GOR adakah jalan bertol?

    • Boleh pilih sama ada nak guna jalan tol atau tidak. Kalau sewa gps, boleh set route utk elak jalan tol. Kalau disana diorang panggil freeway utk highway yang x payah bayar tol. Masa pergi ke Philip Island dan GOR hari tu, saya tak perlu bayar tol pun..

  4. TQ..menarik dan banyak membantu.. Boleh bantu bagaimana nak ke Brighton Beach guna train? Trip awal sept 2017..masih sejuk ke?

  5. Assalamuaaikum. Thank you sbb info yg en share byk membantu. Cuma sy nk tanya berkenaan pemulangan kereta. Mcm mana prosedurnya ye?

    • Masa ambil kereta diorang akan tanda semua calar@kemik yg ada dalam borang dan kita boleh check sama-sama. Make sure semua masukkan dlm borang sebelum tandatangan borang tu. Masa hantar nanti diorang akan check balik condition kereta based on borang tadi, kalau2 ada kerosakan baru. Juga pastikan minyak isi full, kalau tak kena charge. Lepas hantar kunci dan habis check kereta, bolehlah pergi. Itu saja..

      • sy sekeluarga (2 dewasa, 2 kanak2, 1 toddler) akan sampai Melbourne pada awal pagi. Pd pendapat en, better sy ambil kereta sewa terus dari airport atau ambik kereta sewa lps check in hotel? Sy plan nk ikut itinerary en jer.

  6. Salam tuan,
    Semasa jalan2 di Melbourne City, Tuan parking kereta di mana ya? sy sekeluarga ada 10 orang jadi ingat nk parking di satu tempat yang sesuai dan mudah bagi kami. atau elok pergi ke setiap tempat menaiki kereta sahaja?
    terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s