Jurutera Profesional @ Ir. – Part 4

**Perhatian**
Saya mendapati bahawa baru-baru ini IEM telah memperkenalkan Enhanced Professional Interview Process dimana proses exam yang diperkenalkan lebih details dan sememangnya berlainan dari apa yang saya lalui sebelum ini. Jadi sebahagian maklumat yang saya ceritakan dalam blog saya ini mungkin tidak lagi relevan dengan proses terbaru di IEM. Sila rujuk website IEM atau hubungi terus dengan seketariat IEM untuk maklumat terbaru. Informasi di dalam blog ini hanya untuk rujukan sahaja. Saya tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kesulitan diatas penggunaan maklumat dari blog ini. Harap maklum..
**Perhatian**

8. Professional Interview
Kalau tak ada bantahan dari ahli IEM yang lain, seketariat akan melantik seorang penemuduga (principal interviewer) yang sama bidang dengan anda. Principal interviewer pula akan melantik penemuduga yang kedua. Kemudian principal interviewer akan menghubungi anda dan memberitahu tentang tarikh dan tempat PI yang akan dijalankan. Kedua-kedua penemuduga ini juga akan meneliti borang permohonan dan laporan-laporan yang dihantar.

Ada 2 sesi untuk professional interview ini:-
a. Temuduga – Selalunya berlangsung selama 1 jam. Ketika sesi ini, kedua-dua penemuduga akan bertanyakan soalan-soalan tentang pengalaman kita dan juga laporan yang kita sediakan. Tahap kesusahan adalah berbeza bergantung kepada siapa yang menemuduga. Tapi apa yang saya dengar kalau telah menghabiskan logbook dan mentorship program dengan IEM, agak mudah untuk lulus sebab pengalaman kita memang diendorse oleh IEM setiap tahun. Kita juga ada rekod rasmi melalui logbook yang mengesahkan bahawa kerja kita diselia oleh jurutera profesional. Jadi pengalaman kita tu memang well documented lah kalau ikut route logbook and mentorship program dengan IEM. Kalau penemuduga nak failkan pun, mereka perlu memberi alasan yang cukup munasabah di dalam report mereka kenapa calon ini tidak lulus.

b. Soala Bertulis – Ada 2 soalan esei yang perlu kita jawab iaitu soalan kod etika dan juga solan teknikal. Bagi soalan kod etika, yang ini agak mudah dan boleh buat persediaan sebelum datang ke temuduga. Didalam website IEM (disini: code of ethic questions), ada 13 soalan yang disenaraikan mengenai kod etika kejuruteraan. Semasa sesi PI, penemuduga akan memilih 2 dari 13 soalan ini, dan calon perlu menjawab salah satunya. Bagi soalan teknikal pula, penemuduga akan memberi soalan esei yang selalunya berkaitan dengan laporan teknikal yang kita sediakan atau berkenaan bidang kejuruteraan yang kita ceburi. Setiap soalan diperuntukan selama 1.5 jam. Sebagai nasihat untuk soalan esei ini, kalau boleh tulis esei dalam 3-4 mukasurat minimum. kalau tulis sedikit sangat, memang agak susah untuk lulus. Soalan esei juga adalah peluang kita untuk naikkan balik markah kalau-kalau masa interview tak berapa nak perform.

static1.squarespace.com

9. Upgrade menjadi ahli korporat dengan IEM
Bila dah habis exam, kena sabarlah menunggu untuk keputusan PI sama ada lulus atau tidak. Ianya mengambil masa dalam 3-4 bulan sebab kena melalui proses commitee dan council meeting di IEM. Bolehlah follow up dengan seketariat IEM lepas 2 bulan bila agaknya keputusan akan dikeluarkan. Kalau dah lulus, seketariat IEM akan menghubungi kita dan hantar surat yang kita dah lulus dalam interview. So sekarang keahlian dalam IEM dah upgrade dari dari ahli siswazah kepada ahli korporat. Lepas dapat surat, boleh ambil sijil ahli korporat dengan IEM. Ini merupakan pencapaian terbesar sebabnya dengan adanya sijil keahlian corporate member IEM, ia merupakan tiket dan keperluan terpenting untuk mendaftar diri dengan BEM sebagai jurutera profesional.

9. Mendaftar sebagai jurutera profesional dengan BEM
Bila dah dapat sijil ahli korporat IEM, maka kita dah boleh buat permohonan dengan BEM sebagai jurutera profesional. Boleh download borang A4 dari BEM website dan isi. Selain borang A4, kita juga kena hantar salinan sijil ahli korporat IEM, sijil-sijil kehadiran untuk kursus wajib dan PDP (sila rujuk langkah 4 dan 5) dan juga surat latihan praktikal (tidak kurang dari 3 tahun ). Selain itu kena juga bayar sebanyak RM350 sebagai yuran permohonan. Boleh bayar menggunakan cheque atau menggunakan money order di pejabat pos.

Untuk surat latihan praktikal ini memang ada yang sedikit keliru. Begini, kalau ada P.Eng dalam organisasi tempat kita bekerja yang juga menyelia tugas kita directly, kita boleh buat satu surat menggunakan company leter head dan nyatakan mengenai nama jawatan yang kita pegang, tempoh bekerja dan juga summary mengenai tanggungjawab sebagai jurutera. Surat tersebut perlu ditandatangani dan dichop oleh penyelia/P.Eng tersebut.

Construction worker

Tapi bagaimana pula kalau tak ada Ir. dalam syarikat dan kita terpaksa melalui mentorship/logbook dengan IEM? Kalau ikut program sebegini, mentor yang supervise logbook sepanjang 3 tahun sebenarnya orang luar dan tidak bekerja di organisasi yang sama dengan kita. Kalau kes macam ni, apa yang kita boleh buat ialah suruh HR department di tempat kita bekerja buatkan surat rasmi menggunakan company letterhead tentang nama jawatan, tempoh dan rumusan tanggungjawab kita sepanjang 3 tahun. Kemudian buat satu lagi surat (yang ini tak perlu letter head) untuk mentor kita counter endorsekan (tandatangan dan chop) pengalaman kita berdasarkan surat dari HR tadi. Kalau dalam tempoh 3 tahun kita bekerja di beberapa organisasi, jadi kena buat perkara yang sama untuk syarikat-syarikat yang lain juga. Suruh HR department di syarikat-syarikat tersebut buatkan surat yang sama dan kemudian tulis satu surat lain untuk dicounter ensorsekan oleh mentor. Jadi nasihat saya, kalau pindah kerja keluarlah dengan cara yang baik dan berkhemah. Kalau keluar dengan cara yang tak elok, mungkin sukar untuk minta pertolongan dari syarikat yang pernah kita bekerja dalam kes macam ni.

Bila dah habis submit, kena tunggu dalam 3-4 bulan untuk tahu keputusan. Kita hanya boleh follow up dengan BEM selepas 2 bulan dari tarikh permohonan. Kalau kurang dari 2 bulan, baik tak payah tanya sebab mereka tak akan layan. Di BEM, setiap permohonan perlu melalui review oleh seketariat, committee dan seterusnya mesyuarat oleh lembaga. Selepas mesyuarat lembaga, barulah nama kita akan diluskan sebagai seorang jurutera profesional secara rasmi. BEM akan menghubungi kita untuk ambil sijil pendaftaran dan nama kita akan dipaparkan dalam website BEM beserta nombor pendaftaran.

Apa kelebihan kalau dah dapat kelulusan sebagai seorang P.Eng dengan BEM?
– Boleh mendapatkan pekerjaan yang memerlukan beliau untuk menjalankan atau melaksanakan perkhidmatan kejuruteraan profesional
– Berhak menggunakan istilah “Jurutera Profesional” untuk dirinya
– Berhak menggunakan gelaran Ir. di pangakal nama (Contoh: Ir. Edie Noreffendi)
– Berhak menggunakan singkatan P. Eng di belakang nama (Contoh: Ir. Edie Noreffendi, P.Eng)
– Menggunakan stamp atau chop jurutera profesional yang ditentukan oleh BEM

What-is-Aerospace-Engineering-9

10. Kesimpulan
Sebenarnya untuk mencapai status sebagai seorang jurutera profesional bukanlah sesuatu yang sangat susah. Cumanya perlu rajin dan kalau ada rintangan, kena tabah dan jangan give up. Lagi satu seseorang itu kena istiqamah, ramai yang saya dengar bila dah start buat logbook tapi hanya sempat bertahan selama 2,3 bulan. Lepas tu dah tak dengar berita atau dah tak berminat. Itu cerita yang saya dengar rakan-rakan P.Eng yang lain di IEM. Semoga post saya ini bermanfaat kepada mereka yang ingin mengejar status sebagai seorang jurutera professional @ Ir. Kalau ada sebarang soalan, bolehlah tinggalkan pertanyaan diruangan komen. Saya akan cuba menjawab sebaik mungkin…Insya Allah.

Trust me.. I am an engineer!!

24 responses to “Jurutera Profesional @ Ir. – Part 4

  1. Pingback: Jurutera Profesional @ Ir. – Part 3 | MudaBahaya·

  2. Assalamualaikum tuan.sy syawal telah bekerja dengan satu syarikat selama 8 tahun lebih dan telah daftar dengan bem pada tahun 2008 dalam bidang elektronik. Namun pada tahun 2012 saya telah daftar dengan bem dalam elektrik kuasa.kalau diikutkan tarikh pendaftaran kedua, ia telah melebihi 4 tahun. Adakah saya perlu daftar iem untuk graduate member ataupun boleh terus memohon untuk jadi coporate member?
    Untuk Laporan pertama ialah mengenai pengalaman dan laporan kedua mengenai teknikal project, kedua-dua perlu dihantar serentak atau hantar laporan pengalaman dahulu?

    Terima kasih atas pengalaman dan ilmu yang dikongsi bersama.

    • Salam En. Syawal. Dekat tempat kerja ada Ir. yang boleh endorsekan pengalaman tak? Boleh saja apply untuk terus jadi corporate member IEM, tetapi dengan syarat ada Ir. yang boleh sokong permohonan. Bila nak isi borang kena minta 2 tandatangan dari 2 org Ir. sebagai pencadang dan penyokong. So kalau tempat En. Syawal ada Ir. yang memang kenal in person, bolehlah terus apply corporate member terus. Tentang report, masa submit borang untuk apply sebagai corporate member, kita hanya kena hantar report pengalaman saja dulu. Nanti bila IEM dah apppoint interviewer, report tentang teknikal/project boleh hantar direct ke penemuduga. Tapi masa saya dulu hantar dua dua report bila submit borang sbb dah siap awal2. Tapi kalau tak ada masa technical report tu boleh hantar kemudian.

      • Salam tuan. Di tempat kerja saya ada 3 orang yg dah ada ir dan sy dh telah berjumpa 2 daripadanya. Saya sedang buat laporan pengalaman tp saya rasa utk satu pengalaman yg ditulis oleh sy macam terlalu panjang. Tuan ada contoh yg boleh dibuat rujukan agar saya tidak kluar landasan.

        Untuk project / pengalaman, saya tidak terlibat dengan design sebab kerja saya hanya maintenance power plant..adakah saya perlu cari juga pengalaman kerja berkaitan dengan design?

        Terima kasih tuan

      • En. Syawal.. sila contact saya personally. Saya akan bagi contoh report untuk rujukan tuan. Berkenaan project, kalau tak terlibat dengan design, boleh cerita tentang apa2 projek yang tunjuk penambahbaikan yang kita introduce kepada sistem yang sedia ada. Report saya juga berkenaan maintenance and operation. Sy akan bagi contoh bila dah dapat email nanti.

    • Salam Naz…Professional Engineer (PE) sekarang dah ada 2 level. PE biasa dan juga PE dengan perakuan amalan/practising certificate (PC). Keduanya boleh menggunakan title Ir, tetapi yang bezanya hanya PE yang ada sijil akuan amalan sahaja yang boleh submit plan/drawing kepada badan kerajaan. PE biasa tanpa sijil akuan amalan hanya boleh prepare document, tetapi untuk chop pada plan/drawing/dcoument dan buat submission kepada government agency, kena cari PE yang ada sijil perakuan amalan. Practising Certificate lebih kepada industry pembinaan, sebab hanya PE with sijil amalan sahaja yang boleh jadi submission person, i.e sign dan chop document/plan/drawing untuk submit kepada government agency. Sebab itu BEM perkenalkan practising certificate sebab nak pastikan hanya PE yang benar2 faham tentang procedure sahaja boleh luluskan plan. So lepas lulus jadi PE biasa, kena buat satu step lagi iaitu ambil exam lain (competency exam) dengan BEM untuk dapatkan sijil akuan amalan ini. Tapi yang sy kata tadi, ia bergantung kepada keperluan. Kalau kerja En Naz perlukan sijil amalan, then it is worth to proceed. Tapi kalau dalam bidang lain seperti saya, saya tak nampak ianya keperluan, so jadi PE biasa pun cukuplah. Lagi satu, chop untuk PE biasa bentuknya hexagon manakala PE with PC bentuknya bulat.

  3. Terima kasih tuan, sharing exp yang cukup detail untuk jadi PE. Saya suda menulis buku log supaya senang buat technical report kemudian untuk submit ke BEM. Company saya ada PEPC yang sahkan report saya dan as my supervisor. Saya kerja dalam industri perkilangan sawit (Operation & Maintenance) 2 years. Nak minta advise,

    Adakah Route BEM lebih susah dari IEM ?

    Thank you,
    regards,
    qs

    • Salam QS,

      Pada pendapat saya tentang tahap kesusahan keduanya sama sahaja. Walaupun melalui route BEM, penemuduga yang dilantik adalah dari kalangan ahli IEM juga. BEM selalunya akan delegate PAE exam kepada Ir. yang juga ahli IEM untuk menemuduga calon yang memohon melalui route BEM. Format interview dan exam juga sama untuk keduanya.

      • assalamualaikum tuan Ir. Edie Fendie, saya berminat membaca blog daripada tuan. penjelasan yang cukup terperinci..mohon sekiranya tuan jika tidak keberatan untuk sharing contoh report/logbook untuk panduan saya menyiapkan laporan saya..

      • Maaf Nordin. Dukacita saya tak dapat lagi nak kongsi contoh logbook dan report yang saya sediakan sebelum ini. Ini kerana saya telah mendapat teguran bahawa terdapat banyak data peribadi dan maklumat sensitif mengenai pesawat dalam dokumen tersebut yang tak patut saya kongsi kepada orang awam. Setakat ini saya hanya kongsi kepada mereka yang saya kenali secara peribadi sahaja. Harap Cik nordin memahami

        Harap Cik Norayati memahami. tetapi kalau ada sebarang soalan lain saya mungkin boleh tolong jawab sebaik mungkin.

  4. aslm Ir.Edie Fendie.
    Borang permohonan untuk menduduki temuduga perlukan 2 tandatangan:
    a) Penyokong -Mentor (dalam bidang yang sama dengan pemohon)
    b) Pencadang – Adakah perlu bagi bidang yang sama atau mana2 disiplin lain?
    Harap dapat membantu.Terima kasih

    • Salam Nazrah,

      Untuk memohon jadi Corporate member IEM, kita perlukan 2 tandatangan/chop:
      1) Pencadang/Proposer: Perlu MIEM/Ir. dalam bidang yang sama dengan calon
      2) Penyokong/Seconder: Boleh MIEM/Ir. dalam apa-apa bidang

      Salah seorang daripada MIEM/Ir. yag diatas pelu at least 10 tahun pengalaman menjadi ahli korporat IEM

  5. Assalamualaikum tuan,
    Saya zulhilmi dan bekerja sbg facilities maintenance engineer ,machine engineer dan energy manager di kilang tempat saya berkerja. Saya tidak terlibat untuk design electrical circuit untuk voltan tinggi.saya telah daftar bem. Saya nk tanya mcm mane nk buat report bagi kita yg tidak terlibat kerja dalam bidang design nie sbb saya bnyk kerja kepada bidang maintenance.
    Mohon jasa baik pihak tuan jika ada contoh report yang boleh saya rujuk untuk membuat laporan atau log book bagi memenuhi kriteria untuk memohon PE .
    Jasa tuan amat dihargai

    • Salam En Zulhilmi, maaf lambat reply sebab terlalu sibuk sampai tak terjenguk pun blog ni. Berkenaan soalan tentang design experience, berikut merupakan panduan daripada IEM:

      Design experience
      The candidate is expected to have sufficient experience in the design of mechanical components, equipment or a system. The design may include alterations, addition or modifications to existing plant and equipment. The design experience shall be a minimum of six months.

      Field Experience
      The candidate is expected to have sufficient workshop/site experience in the supervision, fabrication, installation, commissioning, operation and maintenance of mechanical engineering works and/or other related works and familiar with all regulations and codes governing safe practice. The field experience shall be a minimum of one year.

      Office/Management Experience
      The candidate is expected to have some experience in the office or the management of projects/works. This may include feasibility studies, costing, budgeting, tendering, contract administration etc.

      Walaupun En Zul tidak terlibat secara langsung dalam design, tetapi apa2 kerja/projek yang melibatkan penambahbaikan sistem atau proses saya rasa boleh juga dikategorikan dalam design. Contohnya En Zul ada kenalpasti proses kerja yang sebelum ini tak berapa bagus, then boleh perkenalkan atau ubahsuai sikit proses untuk jadi lebih bagus. Tak semestinya nak design circuit atau electrical system. kalau yang bekerja dikilang sebagai production engr pun tidak terlibat dengan design, tetapi mungkin boleh justify pengalaman design itu dengan cara menambahbaikan proses kerja dekat production line dan sebagainya. Itu pandangan sayalah.

      Berkenaan tentang contoh report, maaf saya tak dapat nak kongsi sebab banyak maklumat sensitif dalam tu especially berkenaan pesawat. Setakat ni saya hanya kongsi kepada mereka yang betul2 saya kenal secara personally. En Zul boleh approach IEM berkenaan contoh report ni, sebab saya pun dapat daripada mereka.

  6. tuan.. boleh saya dpt kan contoh untuk isi buku log? cara dan bagaimana nk isi buku log. daily? weekly? monthly? dan apa yg perlu diisi dlm buku log?

  7. Assalamualaikum tn,
    Saya bercadang menggunakan kaedah PAE melalui BEM berbanding PI melalui IEM.Ini kerana syarikat yg saya bekerja tiada seorang pun Superior yg ada title Ir./Professional Engineer dan saya bercadang menyediakan Laporan Pengalaman & Laporan Rekabentuk/Teknikal seterusnya mencari mana-mana Jurutera luar yg ada Ir/PE utk endorsed laporan saya.
    Bolehkah saya mengambil langkah di atas kerana jika melalui kaedah IEM, saya terpaksa isi log book selama 3 tahun dan ambil masa yg lama sedangkan saya dh 5tahun sbg Jurutera Siswazah BEM?
    Akhir sekali, mohon jasa baik tuan emailkan contoh2 report utk Civil kpd saya mazlan_mh@yahoo.com. Jasa baik tn amat dihargai. Terima kasih.

  8. Salam.nak tanya kalau bekerja sebagai jurutera dengan syarikat kerajaan macam mane? Bolehkah apply untuk jadi profesional engineer dapat title ir? Sebab dalam kerja kerajaan pengalaman design tidak ada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s