Jurutera Profesional @ Ir. – Part 3

**Perhatian**
Saya mendapati bahawa baru-baru ini IEM telah memperkenalkan Enhanced Professional Interview Process dimana proses exam yang diperkenalkan lebih details dan sememangnya berlainan dari apa yang saya lalui sebelum ini. Jadi sebahagian maklumat yang saya ceritakan dalam blog saya ini mungkin tidak lagi relevan dengan proses terbaru di IEM. Sila rujuk website IEM atau hubungi terus dengan seketariat IEM untuk maklumat terbaru. Informasi di dalam blog ini hanya untuk rujukan sahaja. Saya tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kesulitan diatas penggunaan maklumat dari blog ini. Harap maklum..
**Perhatian**

3. Bekerja sebagai jurutera dibawah pengawasan P. Eng (Ir.)
Selepas mendaftar sebagai jurutera siswazah, keperluan seterusnya ialah bekerja di bawah pengawasan seorang jurutera profesional. Kalau di tempat kerja anda ada seorang P. Eng (Ir.), maka bolehlah minta tolong beliau untuk menjadi penyelia tentang kerja anda. Tapi kalau tidak ada jurutera profesional di tempat kerja anda, ada satu lagi pilihan melalui IEM. IEM mempunyai program yang dipanggil Log Book Training Scheme (LBTS) khusus bagi mereka yang mempunyai situasi sebegini. Boleh apply untuk join program ini sebaik sahaja lulus menjadi ahli siswazah dengan IEM. Melalui program ini, IEM akan bagi senarai ahli korporat (juga seorang Ir.) yang sukarela untuk menjadi mentor. Jadi bila dapai senarai tersebut, bolehlah contact mereka untuk berbincang sama ada mereka boleh menjadi mentor anda. Sebabnya kalau ikut peraturan, seseorang mentor tak boleh menyelia lebih dari 3 orang jurutera serentak. Jadi kena discuss and check dulu dengan mereka.

Juga perlu diingatkan, kena dapatkan Ir. yang sama bidang dengan anda untuk menjadi penyelia atau mentor. Kalau mendaftar dalam bidang kejuruteraan awam, kena pilih mentor yang mendaftar sebagai jurutera profesional dalam bidang awam juga, tak oleh ambil Ir dalam mekanikal sebagai mentor. Bila dah dapat mentor, bolehlah beli buku logbook dengan IEM (RM10 sahaja).

Setiap 3 bulan kena tulis report mengenai kerja yang dilakukan sepanjang tempoh tersebut dan kemudian boleh jumpa mentor untuk berbincang dan endorsekan (chop) report tersebut. Dalam waktu perjumpaan, selalunya mentor yang baik akan bagi nasihat dan panduan bagaimana untuk bersedia menghadapi exam/temuduga sebagai jurutera profesional. Setiap 12 bulan (selepas 4 kali report disahkan oleh mentor), hantar logbook ini ke IEM untuk pengesahan tahunan oleh seketariat IEM pula. Di IEM ada committee yang akan check dan endorsekan logbook tersebut. Selepas IEM endorsekan, mereka akan keluarkan surat bahawa logbook tersebut telah diendorsekan oleh IEM pada tahun tersebut dan mereka akan bagi due date berikutnya (tahun kedua) untuk yearly endorsement seterusnya. Buat perkara yang sama dan maintain logbook ini untuk minimum 3 tahun. Bila IEM dah endorsekan logbook untuk tahun ketiga, mereka akan keluarkan surat dan memberi pilihan kepada kita untuk attend exam dan interview. Kalau mentor atau penyelia bersetuju yang kita dah bersedia, kemudian bolehlah teruskan untuk attend professional interview dan exam dengan IEM.

1-1728x800_c

4. Lengkapkan 60 jam kursus wajib
Selain maintain logbook, perkara lain yang kita wajib penuhi ialah melengkapkan keperluan kursus 60 jam. Kursus tersebut adalah:-
– Code of Ethics – 12 jam (dianjurkan oleh IEM)
– Health & Safety -12 jam (dianjurkan oleh IEM)
– Engineering Management Practices -12 jam (dianjurkan oleh IEM)
– Kursus yang berkaitan dengan bidang kejuruteraan – 24 jam. Yang ini selalunya dihantar oleh syarikat tempat kita bekerja. Contohnya saya dalam bidang aeronautikal, saya boleh collect jam kursus bila syarikat hantar saya pergi training dengan Airbus, Boeing atau tempat-tempat lain. Agak mudah sebenarnya sebab kalau pergi kursus selama seminggu ( 5 hari x 6 jam = 30 jam), maka dah boleh penuhi syarat ini.

Yang 3 kursus wajib yang lain (ethic, health.safety dan engineering management) bolehlah contact IEM training center untuk dapatkan jadual dan borang. Satu kursus kena bayar dalam RM350 seorang.

9995

5. Lengkapkan 30 jam PDP
Selain kursus-kursus yang disebutkan di atas, kita juga kena penuhi syarat 30 jam professional development point (PDP). Macam mana nak dapatkan 30 jam PDP ni? Kena pergi ke seminar, ceramah, lawatan teknikal dan sebagainya. Jadi sebab tu saya kata seeloknya join IEM sebab mereka banyak anjurkan program-program sebegini. Setiap bulan ahli-ahli IEM akan diberi majalah buletin “Jurutera” disamping jadual-jadual ceramah/talk/kursus/lawatan teknikal yang dianjurkan oleh IEM. Selalunya kalau ceramah/talk/lawatan teknikal adalah percuma…kalau ada yuran pun sekadar admin fee sahaja.

Technical Report - Page 1 - 31

6. Sediakan laporan pengalaman dan laporan teknikal
Ketika tahun ketiga, dah boleh start fikir untuk siapkan laporan. Untuk menduduki exam dan interview, kita perlu menyediakan 2 laporan. Laporan pertama ialah mengenai pengalaman kita sebagai seorang jurutera dari tamat universiti hingga sekarang. Dalam laporan tersebut, kita perlu perincikan tentang tanggungjawab yang kita kendalikan sepanjang kerjaya dan juga masalah-masalah yang dihadapi serta cara bagaimana kita mengatasinya. Laporan kedua pula ialah mengenai laporan teknikal projek yang kita pernah jalankan. Boleh pilih satu projek yang kita rasa bagus dan dalam laporan tersebut kita perlu perincikan mengenai asas kejuruteraan yang kita aplikasikan untuk menyelesaikan masalah. Kalau terlibat dengan design, boleh masukkan calculation dan penilaian kejuruteraan yang kita gunakan semasa terlibat dalam projek tersebut . Bagus juga kalau kita masukkan sekali mengenai manfaat dan apa significantnya projek yang kita kendalikan kepada orang awam. Setiap laporan perlu mempunyai 2,000 to 4,000 patah perkataan. Kedua-dua laporan ini juga perlu disahkan oleh seorang P.Eng (Ir.)

Document

7.  Memohon untuk menduduki exam dan interview
Selepas memenuhi kesemua syarat-syarat, bolehlah mohon untuk menghadiri Professional Interveiw (PI) dengan IEM.  Boleh download borang IEM/PI (1) and IEM/PI (2) dan isi butiran yang dikehendaki. Untuk permohonan menghadiri PI, ianya memerlukan 2 tandatangan ahli korporat IEM sebagai pencadang dan juga penyokong. Jadi kalau buat logbook scheme dengan mentor, bolehlah suruh mentor tersebut kenalkan dengan seorang Ir. yang lain untuk menjadi penyokong. Selain borang, kena juga hantar logbook yang sudah diendorse oleh IEM selama 3 tahun, laporan pengalaman dan projek teknikal,  salinan surat perakuan sebagai ahli siswazah BEM dan juga salinan ijazah kejuruteraan. Kesemua salinan sijil perlu disahkan oleh seorang Ir. Bayaran permohonan adalah sebanyak RM159. Bila dah hantar tunggulah beberapa bulan untuk keputusan sama ada kita layak untuk menghadiri temuduga dan exam. Kalau layak, nama kita akan dimasukkan di dalam buletin IEM. Ini bertujuan untuk memberitahu semua ahli tentang senarai nama yang layak untuk ditemuduga menjadi ahli korporat IEM. Kalau ada bantahan, ahli-ahli IEM boleh mengemukakan bantahan secara bertulis dalam masa sebulan. Selalunya tak ada bantahan kecuali nama anda memang ada rekod jenayah.

Bersambung: Jurutera Profesional @ Ir. – Part 4

2 responses to “Jurutera Profesional @ Ir. – Part 3

  1. Pingback: Jurutera Profesional @ Ir. – Part 2 | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s