Jurutera Profesional @ Ir. – Part 2

**Perhatian**
Saya mendapati bahawa baru-baru ini IEM telah memperkenalkan Enhanced Professional Interview Process dimana proses exam yang diperkenalkan lebih details dan sememangnya berlainan dari apa yang saya lalui sebelum ini. Jadi sebahagian maklumat yang saya ceritakan dalam blog saya ini mungkin tidak lagi relevan dengan proses terbaru di IEM. Sila rujuk website IEM atau hubungi terus dengan seketariat IEM untuk maklumat terbaru. Informasi di dalam blog ini hanya untuk rujukan sahaja. Saya tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kesulitan diatas penggunaan maklumat dari blog ini. Harap maklum..
**Perhatian**

1. Mendaftar sebagai jurutera siswazah dengan BEM
First, kena pastikan yang ijazah kita diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM). Ini yang ramai terkena especially graduate dari luar negara. Macam mana nak check? Boleh check di laman web BEM: http://www.bem.org.my/v3/listofaccreditedprogrammes.html. Saya dengar agak ramai yang tak boleh register dengan BEM sebab masalah akreditasi. So kepada adik-adik yang baru nak pilih universiti, buatlah keputusan berhati-hati dan check dulu supaya kursus engineering yang ditawarkan mestilah diiktiraf oleh BEM. Kalau dah graduate tapi ijazah tak diiiktiraf oleh BEM, terpaksa buat 2 pilihan ini :-
– ambil kursus tambahan di universiti-universiti yang diiktiraf/disyorkan oleh BEM. Senarai kursus tambahan yang perlu diambil akan diberikan bile BEM habis menilai traksrip ijazah anda
– topup dengan ambil master dalam engineering yang diiktiraf oleh BEM

Kalau ijazah memang diiktiraf dan berada dalam senarai akreditasi BEM, so tak perlu bimbang. Untuk memohon sebagai jurutera siswazah, download borang Graduate Engineer Form A1 di website BEM. Isikan segala butiran di dalam borang tersebut. Kemudian sediakan salinan IC, salinan transkrip akademik dan salinan sijil ijazah. Kesemua salinan sijil ini perlu ditandatangani dan dicop oleh Jurutera Profesional. Hantarkan borang tersebut ke kaunter atau pos ke BEM bersama bayaran RM50 untuk pendaftaran. Anda akan mendapat Perakuan Pendaftaran sebagai Jurutera Siswazah dalam masa 2-3 bulan.

bem1

Bagi sesiapa yang dah graduate, amat penting untuk terus mendaftar dengan BEM. Sebabnya kalau ikut undang-undang, mana-mana individu yang mahu bekerja sebagai seorang jurutera adalah wajib mendaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan BEM. So bagi sesiapa yang bekerja sebagai jurutera tapi tak mendaftar itu dah kira melanggar undang-undang.

Lagi satu BEM mengiktiraf pengalaman yang diperoleh oleh graduan kejuruteraan hanya selepas dia telah mendaftar sebagai Jurutera Siswazah. Jadi kalau hanya mendaftar dalam umur 30 tahun tapi dah bekerja sejak umur 25 tahun lagi, yang pengalaman 5 tahun sebelum itu tak dikira. Rugilah macam tu. Oleh itu, ia adalah langkah bijak untuk para graduan kejuruteraan untuk mendaftar sebagai Jurutera Siswazah pada permulaan kerjaya kejuruteraannya.

8786546-Drawing-detail-and-drawing-tools-Stock-Photo-engineering-drawing-technical

2. Mendaftar sebagai ahli siswazah dengan IEM
Ramai yang keliru perbezaan di antara Board of Engineer Malaysia (BEM) dan juga Institution of Engineers Malaysia (IEM). Apakah bezanya dan yang mana satu wajib untuk mendaftar?

BEM: Diwujudkan selepas akta pendaftaran kejuruteraan dipekenalkan pada 1967. BEM adalah sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab untuk mengurus pendaftaran jurutera di Malaysia dan mengawal selia kod/amalan jurutera berdaftar. Tujuannya adalah untuk melindungi keselamatan dan kepentingan awam di Malaysia.

IEM: Sebuah badan atau komuniti profesional untuk jurutera dengan peranan utamanya untuk mempromosi dan memajukan profesion kejuruteraan. Antara lain IEM juga menggalak dan memudahkan pertukaran maklumat dan idea-idea yang berkaitan dengan kejuruteraan. Selain itu, IEM berfungsi sebagai persatuan yang melindungi kepentingan jurutera-jurutera yang bernaung dibawahnya.

iem-crest

Kalau nak buat perbandingan, BEM adalah seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang memberi lesen dan menguatkasakan akta jalan. Manakala pula IEM adalah seperti Driving School (Sekolah Memandu) yang memberi panduan bagaimana untuk menjadi pemandu yang bertauliah dan baik. Jadi sebagai jurutera, kita wajib berdaftar dengan BEM sebagai Jurutera Siswazah kerana mendaftar dengan BEM adalah tertakluk kepada akta. Mendaftar dengan IEM pula adalah optional dan terpulang kepada individu.

Walaubagaimanapun, saya juga galakkan semua untuk berdaftar dengan IEM kerana IEM banyak menjalankan aktiviti dan latihan seperti workshop, kursus, seminar, lawatan teknikal dan lain-lain lagi. Disamping itu, dengan mendaftar dengan IEM kita juga boleh berkenalan dan establish connection dengan jurutera-jurutera yang berpengalaman dengan join aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. IEM juga ada log book dan mentorship program yang bagi saya proses yang lebih mudah untuk mencapai status sebagai jurutera professional.

Bersambung: Jurutera Profesional @ Ir. – Part 3

2 responses to “Jurutera Profesional @ Ir. – Part 2

  1. Pingback: Jurutera Profesional @ Ir. – Part 1 | MudaBahaya·

  2. salam…tuan macamana nak hubungi tuan saya inginkan panduan membuat technical report. no phone saya 0165565295

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s