Jurutera Profesional @ Ir. – Part 1

**Perhatian**
Saya mendapati bahawa baru-baru ini IEM telah memperkenalkan Enhanced Professional Interview Process dimana proses exam yang diperkenalkan lebih details dan sememangnya berlainan dari apa yang saya lalui sebelum ini. Jadi sebahagian maklumat yang saya ceritakan dalam blog saya ini mungkin tidak lagi relevan dengan proses terbaru di IEM. Sila rujuk website IEM atau hubungi terus dengan seketariat IEM untuk maklumat terbaru. Informasi di dalam blog ini hanya untuk rujukan sahaja. Saya tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kesulitan diatas penggunaan maklumat dari blog ini. Harap maklum..
**Perhatian**

Ada beberapa pembaca blog yang bertanyakan kepada saya bagaimana proses untuk menjadi seorang jurutera professional. Jadi seeloknya saya tuliskan proses dan pengalaman saya untuk mencapai status jurutera profesional sebaik mungkin supaya senang nak faham. Sebagai seorang pengamal kejuruteraan, saya percaya ramai jurutera yang bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera profesional (P. Eng) yang diberi gelaran Ir. oleh Board of Engineers Malaysia (BEM). Cumanya kadang-kadang ramai yang tak pasti prosedur yang betul dan langkah-langkah yang perlu diambil.

aeronautical-engineering

Perjalanan saya sedikit berbeza, saya mendapatkan kelulusan jurutera profesional yang pertama di luar negara bila saya berpindah untuk bekerja di Hong Kong. Di syarikat saya bekerja di HK, adalah menjadi syarat wajib memiliki kelulusan sebagai P.Eng (juga digelar sebagai Ir. di HK) sebelum boleh mendapatkan Compliance Verification Engineer (CVE) approval. Untuk pengetahuan dalam bidang penyelenggaran pesawat, CVE merupakan kelulusan yang membolehkan seseorang itu meluluskan prosedur pembaikan dan pengubahsuaian pesawat. Di HK, CVE approval ini diberikan oleh Jabatan Penerbangan Awam di sini. Tapi sebelum boleh nak apply jadi CVE, ada syarat dimana seseorang itu perlu kelulusan sebagai P.Eng terlebih dahulu. Ini memotivasikan saya untuk memohon sebagai P.Eng di HK. Bila dah dapat P.Eng di HK, barulah saya terfikir untuk mendapatkan pengiktirafan yang sama dengan BEM di Malaysia. Walapun sebenarnya saya telah mendaftar dengan BEM sebagai jurutera siswazah sudah agak lama sebelum meninggalkan tanah air lagi.

512px-Hong_Kong_Civil_Aviation_Department_logo_svg

Kenapa perlunya dan apakah keistimewaannya mendapat pengiktirafan sebagai seorang P. Eng? Berbeza dalam bidang pendidikan seperti Master atau PHD, kelulusan sebagai P. Eng tidak boleh diberi dengan hanya melalui proses pembelajaran formal. P.Eng adalah untuk jurutera yang mengamalkan kejuruteraan. Kalau berkelulusan akademik dalam enginering tetapi bekerja sebagai guru atau pentadbir, mereka tidak layak untuk memohon sebagai P.Eng. Bahkan kalau seseorang ada PHD dalam engineering tetapi tidak pernah melibatkan diri atau bekerja dalam industry, beliau juga tidak memenuhi syarat untuk mendapatkan P. Eng. Dengan mendapatnya pengiktirafan sebagai P.Eng, ini merupakan pencapaian tertinggi bagi seseorang jurutera atau pengamal kejuruteraan. Pengalaman praktikal dan pengetahuan kita dalam bidang kejuruteraan diiktiraf oleh BEM apabila lulus syarat dan diberi gelaran Ir. oleh badan kerajaan ini.

PE route

Ada 3 cara untuk mendapatkan status P. Eng iaitu sama ada
Route 1 – mengambil peperiksaan directly dengan BEM (laluan ini bagi mereka yang bekerja di bawah seliaan seorang jurutera professional di tempat kerja )
Route 2 – melalui IEM dengan menjadi ahli korporat
Route 3 – mereka yang mempunyai kelulusan/lesen jurutera profesional dari badan diluar negara.

Actually, saya sebenarnya boleh memohon Route 3 sebab dah ada lesen P. Eng dari HK tetapi route 3 ini baru sahaja diperkenalkan baru-baru ini. Masa saya decide nak ambil P.Eng dengan BEM, route 3 ini belum ada lagi. Jadi sebab itu saya perlu melalui juga laluan yang biasa melalui Route 2. Bagi sesiapa yang mempunyai kelulusan P.Eng dari overseas seperti contohnya Chartered Engineer dari UK Council, Professional Engineer dari Australia/HK/New Zealand etc…, sekarang dah boleh apply melalui Route 3 ini. Bagi yang layak melalui Route 3 ini, mereka dikecualikan dari menghadapi exam dan temuduga, so memang laluan mudah lah.

aerospace-engineer

Tapi untuk post kali ini, saya nak kongsi mengenai pengalaman saya melalui Route 2 yang saya rasa mungkin ramai yang berminat. Teruatamanya bagi graduan kejuruteraan aeroangkasa atau aeronautik, memang susah nak cari Ir. dalam bidang yang kecil seperti ini. Kalau check di directory website BEM, saya merupakan orang ke 15 sebagai P.Eng dalam bidang aeronautik di Malaysia. So industry penerbangan dan aeronautic di Malaysia memanglah sangat kecil. Berbalik mengenai prosedur mendapatkan P. Eng atau Ir, di sini saya senaraikan langkah-langkah untuk menjadi seorang jurutera melalui IEM mengikut pengalaman saya sendiri.

Bersambung: Jurutera Profesional @ Ir. – Part 2

5 responses to “Jurutera Profesional @ Ir. – Part 1

  1. Pingback: Makeover Gigi – Klinik Pergigian Fauziah | MudaBahaya·

    • Bergantung kepada degree dan pengalaman. Masa mula2 BEM bagi saya PE dalam aerospace, sebab sijil saya dalam aerospace engineering. Tetapi lepas tu saya minta tukar kepada aeronautik sebab saya bekerja dengan aircraft, which I think more related or make sense to my experience.

  2. Pertanyaan.

    Sekarang graduate dalam Engineering Technologies boleh register dgn BEM. Dulu xboleh.
    1. Adakah graduate dlm eng. tech. ni boleh ambil exam and upgrade ke PE.
    2. Sekiranya boleh, bagaimana?

    Terima Kasih

    • Soalan yang baik. Untuk pertanyaan ini, boleh refer kepada link FAQ di website BEM berkenaan Engineering Technologist. Kalau ikut jawapan daripada Board, Engineering Technologist yang mendaftar dengan BEM boleh upgrade kepada Graduate Engineer dengan mengambil kursus tambahan yang diluluskan oleh Board. Kursus apa yang nak kena ambil, itu kena tanya Board sebab ia bergantung kepada review kepada transkrip akademik ijazah anda. Lepas dah jadi Graduate Engineer, then baru bleh ambil PE macam biasa.

      http://www.bem.org.my/v3/faq-ea.html

      “BEM requires that any person, who wishes to perform or undertake professional engineering works or services, must be registered with BEM. This includes
      Engineering Technologists (ET) and Engineers. Note that ETs registered with BEM can migrate to become Graduate Engineers by “topping up” with approved courses”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s