Derby – United Kingdom

Selesai sahaja seminar di Frankfurt, destinasi saya yang seterusnya ialah menuju ke London. Pag-pagi lagi saya dah checked-out dari hotel menuju ke Franfurt International Airport untuk mengambil flight jam 8 pagi. Tapi disebabkan ketika itu merupakan musim panas dan waktu siang memang panjang, ketika saya keluar dari hotel pukul 5.30 pagi keadaan memang dah cerah. Rasa macam pukul 7 pagi sebab memang dah terang benderang. Saya mengambil flight Lufthansa ke London yang mengambil masa 1 jam 45 min.

13532947_10209673731629861_5311102770767992654_n

Sampai di London dalam pukul 10:30 pagi dan dari situ dah ada pemandu yang tunggu. Rasa macam tetamu VVIP kali ini sebab ada pemandu yang datang menjemput naik kereta BMW dan bila masuk, dia juga tolong bukakan pintu dan simpankan beg saya. Bukan senang nak tengok mat saleh yang bukakan pintu kereta untuk orang asia macam kita. Ha ha..Dari London Airport, kena naik kereta lagi selama 2.5 jam untuk ke Derby. Agak jauh sebenarnya dari kota London dan perjalanan agak membosankan.

image_update_img

Apa yang ada di Derby? Disinilah terletaknya pengeluar enjin pesawat kedua terbesar di dunia, Rolls-Royce. Tujuan saya ke sini adalah untuk bertemu jurutera-jurutera Rolls-Royce dan membincangkan masalah-masalah teknikal yang dihadapi oleh syarikat tempat saya bekerja. Memang panjanglah meeting kat sini, sampai je di Rolls-Royce lepas waktu lunch terus meeting sampai pukul 6 petang. Besoknya pun satu hari suntuk meluangkan masa untuk meeting, cuma bila dah petang baru saya adalah berkesempatan untuk melawat muzium Rolls-Royce dan juga kilang membuat enjin kapal terbang. Bila balik ke hotel, saya juga sempat jalan-jalan di sekitar pekan Derby sambil cari makan malam.

DSC_033413501580_10209677514164422_6599014832028420499_n

Derby ni pun sebenarnya sebuah pekan kecil sahaja. Hotel pun ada satu jer..yang lain lain hanyalah motel-motel atau guest house sahaja. Tenang-tenang sahaja disini, pukul 6 petang pun dah senyap sunyi. Kalau sesiapa yang suka tinggal di kawasan yang tenang dan aman, bolehlah pindah sini kot.

DSC_0305DSC_0308DSC_0311DSC_0314DSC_0317

DSC_0318

Kebetulan bila saya ada disini, berlakunya peristiwa bersejarah di UK. BREXIT iaitu keputusan referendum rakyat United Kingdom untuk keluar dari Kesatuan Eropah berlaku pada hari kedua saya di Derby. Memang kecohlah pagi-pagi bila saya datang bersarapan di hotel. Pagi-pagi sebelum mula meeting di Rolls-Royce kami juga bersembang-sembang tentang keputusan Brexit. Nampaknya rakyat UK sendiri pun ramai yang terkejut dengan keputusan yang tidak dijangka ini.

DSC_0333DSC_0332DSC_0331DSC_0329DSC_0328DSC_0322

Hanya 2 hari saya meluangkan masa di Derby. Banyak perkara yang saya dan pihak Rolls-Royce bincangkan dan banyak juga perkara yang saya perlu follow-up bila balik nanti. Walaupun penat, saya puas hati sebab dapat bangkitkan banyak perkara dan juga establish hubungan dengan orang-orang yang penting di syarikat Rolls-Royce. Connection dan relationship memang penting dalam kerjaya saya sebab kalau nak minta tolong atau cepatkan sesuatu urusan, connection dan relationship memang memainkan peranan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s