Kembara ke Frankfurt 2016

Negara Germany memang terkenal dengan kemajuan teknologi dan kejuruteraan. Lihat sahaja pada jenama Mercedes Benz, BMW, Volkswagen, Audi, Porsche dan sebagainya…semua ini adalah hasil dari teknologi German. Tidak hairanlah negara German merupakan kuasa ekonomi yang terbesar di negara Eropah.

DSC_0292

Trip saya ke Frankfurt pada bulan Jun 2016 yang lepas adalah kerana urusan kerja. Syarikat pembuat enjin pesawat Airbus A330 (Rolls Royce) menganjurkan seminar teknikal di sini. Memang setiap tahun lokasi seminar bertukar-tukar, kali ini diadakan di Frankfurt. Kalau tak silap, ada lebih kurang 100 orang peserta yang mewakili 60 syarikat penerbangan dari seluruh dunia yang datang ke seminar ini. Berlangsung selama 3 hari, memang seminar teknikal seperti ini amat berguna kepada syarikat-syarikat penerbangan seperti kami. Sebagai customer, memang waktu ini lah peluang yang sesuai untuk berbincang isu-isu teknikal yang timbul. Yang paling penting, setiap airlines selalunya akan bergabung suara untuk meluah, mengkritik dan mendesak pihak Rolls-Royce memberi jalan penyelesaian tentang sesuatu isu yang dibangkitkan.

13512065_10209667070263331_7318774618670963961_n

Ketika di Frankfurt, saya memilih untuk tinggal di hotel InterContinental sebagai tempat penginapan. Sebab utama ialah ia merupakan lokasi yang sama di mana seminar Rolls-Royce berlangsung. Lokasi hotel ini juga memang strategik, terletak di pusat bandar dan berdekatan dengan tempat tumpuan pelancong. Masa saya mendaftar masuk ke hotel ini, pihak hotel telah upgrade bilik saya secara percuma. Jadi saya dapat bilik yang bersaiz besar dengan pemandangan mengadap sungai Main. Selalunya makanan/minuman dalam minibar perlu dibayar, tetapi kali ini dapat percuma sebab dapat  upgrade ke bilik VIP. Mungkin masa saya tempah hari tu saya guna nama company, sebab tu dapat upgrade agaknya. Dari segi kebersihan bilik dan layanan pihak hotel, ianya memang tip-top dan bagus.

DSC_0025

Untuk tempahan hotel, boleh cuba guna link dibawah… klik di pautan tersebut dan taip Intercontinental Frankfurt.

Save up to 55% on top destinations when booking through your phone! Great Deals while you’re on the go

Disebabkan saya tinggal betul-betul ditengah bandar, jadi saya tidak menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti train atau tram. Lagipun untuk melawat tempat-tempat tumpuan pelancong di bandar Frankfurt ini agak mudah dan lokasinya dekat-dekat sahaja..mustahil boleh sesat. Jadi sepanjang di Frankfurt, saya hanya berjalan kaki.

DSC_0134DSC_0120

DSC_0238

Tapi pada hari pertama saya disini, saya membeli tiket hop on hop off (HOHO) bus untuk mengetahui tempat tempat manarik yang ada di bandar Frankfurt. Lagipun saya datang tengah berpuasa…jadi pada hari pertama saya ambil keputusan untk naik bas ini sahaja bagi mengexplore kawasan sekitar dan jimat tenaga.  Rupa-rupanya memang dekat-dekat pun kawasan-kawasan yang menarik untuk dilawati kat Frankfurt ni. Kalau nak beli tiket HOHO bus ini bolehlah dapatkan dari pemandu bas di mana-mana tempat bas HOHO ini berhenti, salah satunya di steysen terminal tren utama Hauptbanhof. Harga tiket ialah EUR 20 untuk satu hari.

DSC_0147DSC_0148

Salah satu yang saya suka mengenai bandar Frankfurt ialah mudahnya mencari makanan halal di sini. Tidak jauh dari stesyen Haupbanhoff, saya terjumpa 2 atau 3 jalan yang penuh dengan restoran halal. Malah disitu juga saya terjumpa beberapa supermarket yang menjual barang keperluan dan makanan halal yang diimport dari Middle East. Saya agak memang banyak penduduk yang beragama Islam tinggal disini sebab boleh nampak wajah berketurunan Middle East dan wanita bertudung dimana-mana di bandar Frankfurt ini.

DSC_0273DSC_0231DSC_0279

Tak sah kalau tak pergi melawat The Römer bila di Frankfurt. The Römer adalah bangunan zaman medieval dan salah satu mercu tanda yang paling penting di Frankfurt. Selalunya kalau tempat lain di Eropah, warna bangunan-bangunan lama memang agak “dull”. Tetapi di Römer agak berlainan sebab warna bangunan-bangunan berwarna -warni. Dikatakan tempat ini telah menjadi dataran bandar Frankfurt selama lebih 600 tahun lamnya. Bersebelahan dengan the Romer terdapat gereja Old Church St Nicholas.

DSC_0112

13445325_10209659988286286_3276573732636750143_n

Semasa saya di dataran Römer ini, saya lihat ramai kanak-kanak yang datang. Rupa-rupanya terdapat pesta bagi kanak-kanak sekolah sedang berlangsung. Banyak aktiviti diadakan di pesta ini, maybe sempena cuti musim panas agaknya. Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah pertandingan merekabentuk bot mainan dan perlumbaan dalam kolam. Untuk pertandingan ini, kanak-kanak diminta untuk design sendiri bot daripada bahan terbuang dan bot ini perlu mempunyai enjin untuk bergerak. Macam-macam design saya tengok, ada yang guna botol, ada guna kayu, kotak dan macam-macam lagi. Untuk kipas bot, ada peserta yang menggunakan bateri dan ada juga menggunakan handphone sebagai sumber tenaga. Sesiapa yang dapat mencipta bot paling laju dialah pemenang. Kagum sebab nampak memang kreatif kanak-kanak German disini, walaupun mereka mungkin dalam lingkungan umur sekolah rendah sahaja. Bagusnya budaya mereka untuk mendorong kanak-kanak untuk meminati ilmu sains, teknologi dan kejuruteraan sejak kecil. Sesuatu yang yang bagus untuk kita contohi.

DSC_0026DSC_0027DSC_0098DSC_0224DSC_0242

Disini orang German juga amat fasih berbahasa Inggeris. Pergi kedai pun senang dan ada juga saya sesat beberapa kali, tetapi saya dapat bertanya jalan yang betul kepada orang yang lalu-lalang. Tentang komunikasi memang tak ada masalah.

DSC_0269

Kalau di Malaysia kereta Mercedes atau Volkswagen merupakan kereta mewah, tetapi di German kereta seperti ini hanyalah kereta biasa. Kalau nak buat perbandingan, kereta-kereta jenama ini sama macam kereta Proton atau Perodua di Malaysia. Teksi kat sini pun pakai kereta Mercedes Benz.

DSC_0151

Lambang matawang Euro gergasi, European Central Bank berada di Frankfurt membuktikan German sebagai kuasa ekonomi Eropah.

DSC_0247DSC_0211DSC_0299

Sungai Main, Frankfurt yang panjangnya 527 km

DSC_0297DSC_0067

Kat mana-mana saya pergi di Eropah mesti jumpa kunci-kunci dipasang pada jambatan sungai.  Di Frankfurt tidak terkecuali. memang dah jadi budaya agaknya.

DSC_0251DSC_0250DSC_0236

Frankfurt Zeil atau Fifth Avenue. Di kawasan itu terdapat deretan kedai dan butik yang menjual pelbagai barangan berjenama.

Saya menghabiskan 3 hari di Frankfurt. Disini terdapat lebih banyak bangunan pencakar langit dan moden berbanding bangunan-bangunan  lama dan bersejarah. Mungkin sesuai dengan status bandar Frankfurt sebagai bandar ekonomi dan pusat kewangan negara German. Bagi saya kalau datang  untuk tujuan melancong, cukuplah singgah  sehari dua untuk explore bandar Frankfurt ini.

One response to “Kembara ke Frankfurt 2016

  1. Pingback: Melancong ke Frankfurt 2017 | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s