Taekwondo – Upgrade Tali Pinggang Hijau

Kali terakhir Eiman upgrade talipinggang taekwondo ialah pada December tahun lepas. Masa tu Eiman pergi ujian untuk upgrade dari talipinggang kuning ke hijau-kuning. Lepas 5 bulan training, akhirnya jurulatih bagi recommendation untuk Eiman pergi ujian ke peringkat seterusnya..iaitu tali pinggang hijau.

DSC_0147DSC_0166

Sedikit informasi mengenai gred-gred dalam taekwondo. Ini pun melalui pembacaan buku panduan yang diberi oleh coach Eiman. Gred untuk taekwondo adalah bermula dari gred 10 iaitu tali pinggang putih (beginner) sehinggalah ke peringkat tali pinggang hitam (expert). Untuk peringkat tali pinggang hitam ni pun ada lagi grednya…dari black belt gred 1 hinggalah ke gred 9. Boleh tengok carta di bawah untuk lebih lanjut. Jauh lagi perjalanan untuk sampai jadi expert sebenarnya.

Setiap gred ini ada silibus yang tertentu untuk dipelajari dan untuk upgrade ke level seterusnya, kena tunjuk performance yang bagus di dalam kelas. Kalau coach confident, barulah dia recommend untuk pergi ke ujian upgrading. .

The-Martial-Art_belts

rank

So semalam saya temankan Eiman pergi ke Tsuen West Sport Center untuk ujian taekwondo. Ramai student dari Potential Taekwondo Association dari seluruh Hong Kong yg datang ke sini semalam. Tapi untuk upgrade dari Gred 7 (green-yellow belt) ke Gred 6 (green belt), student takderlah seramai gred yang lain …adalah dalam 5 orang yg nak ambil green belt. Dan yang datang dari cawangan Tung Chung hanya Eiman seorang sahaja. Tapi Alhamdulillah,, Eiman boleh lulus dengan jayanya.

DSC_0174

DSC_0190-2

Lepas habis ujian, student yang dah lulus akan diberi tali pinggang baru berwarna hijau dan juga shin-pad/pelindung kaki. Lepas ni mungkin kena training yang lebih keras kot..sebab tu bagi shin-pad. Chaiyok- chaiyok Eiman.. teruskan usahamu hingga ke hikmat tertinggi.

DSC_0203

2 responses to “Taekwondo – Upgrade Tali Pinggang Hijau

  1. Assalam..saya first time dalam blog ni.Tahniah untuk eiman,semoga terus aktif dalam taekwando.Anak-anak saya juga sangat berminat dengan sukan taekwando.

    • Assalam…selagi anak2 suka, kita just bagi galakkan jer lah kan. Yg penting benda tu bergaedah. Anyway, selamat berblogging Zaleha. Kalau ada blog link, boleh share nanti sy singgah…☺

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s