Happy Anniversary – 31 May

Saya berjumpa dengan isteri saya ketika masih remaja… masa itu kami hanya berusia 18 tahun. Kami belajar di kolej matrikulasi yang sama di Bangi tetapi berada di batch yang berbeza. Saya mengambil jurusan Sains Fizik manakala isteri saya mengambil jurusan Sains Hayat.  Kalau nak ikut memang tidak ada peluang untuk masing-masing berkenalan sebab berada dalam jurusan, batch dan kelas yang berlainan. Namun, kalau dah jodoh tak kemana dan Allah lebih mengetahui dalam perancangan -Nya.

Saya masih ingat lagi kisah bagaimana bertemu isteri saya untuk yang pertama kalinya. Ketika hari itu, saya sedang tekun menyiapkan assigment di makmal komputer kolej. Mungkin sebab terlalu fokus, saya tidak menghiraukan sangat apa yang berlaku di sekeliling dan tak ambil tahu pun siapa yang duduk di sebelah saya.

Rupa-rupanya bakal isteri saya sedang duduk di sebelah. Nak dijadikan cerita, dia mungkin tertarik apa yang sedang saya lakukan dan kemudian bertanyakan soalan kepada saya. Saya fikir dia musykil dengan apalah sebenarnya yang saya  lakukan sehingga begitu tekun dengan kerja saya. Terkejut juga bila tiba2 saja mendengar suara lembut seorang gadis menegur saya dari sebelah. Kalau tak silap masa tu saya tengah buat projek multimedia dan animasi, jadi saya cuba lah terangkan kepada isteri saya serba sedikit apa yang saya cuba hasilkan. Kami juga berbual tentang latar belakang diri masing-masing selepas itu. Bermula dari perbualan itulah kami mula berkawan dan mengenali hati budi masing-masing.

Kami berkawan dalam tempoh yang lama. Seperti orang lain, memang ada pengalaman gembira, kelakar, merajuk, sedih, marah dan sebagainya. Tapi Alhamdulillah  kami tidak diuji dengan  dugaan yang sangat berat sepanjang perkenalan kami, setakat gaduh-gaduh manja tu adalah. Saya dan dia mempunyai perwatakan yang berbeza, mungkin sebab itu kami serasi dan ada jodoh yang kuat…. Subhanallah

Akhirnya setelah 9 tahun berkenalan, saya dan isteri selamat mendirikan rumah tangga pada 31 May 2008 pada jam 1:50 petang di Masjid Kampung Pandan . Jadi memang tarikh 31 May adalah keramat bagi saya dan sangat istimewa kerana ianya merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan saya dan isteri.

Telah banyak kitaran hidup yang kami lalui bersama… dari zaman belajar di matrix, zaman study di universiti, mula bekerjaya sehinggalah sekarang sudah berumah tangga. Dialah yang memberi kekuatan kepada saya ketika semangat saya berada dibawah dan rasa hampir putus asa. Dia jugalah yang setia bersama saya ketika berada dalam keadaan susah dan nasib tidak menyebelahi saya.

To my other half,  Ayu Noramy:

This date is the best day in my life
Not because on this day you got married to me
But because it was when I received my life
My most ultimate reward
Which is you, my beautiful wife

Thanks for the many great years we’ve had together and for the many more great years to come.

Happy anniversary ..

I love you.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s