Nak Beli Kapal Terbang

Nak buat bisnes airline bukanlah perniagaan yang main-main. Memang memerlukan modal yang amat besar, jutaan ringgit. Agak-agaklah, berapa harga sebenar untuk membeli sebuah kapal terbang? Baru-baru ini, syarikat pegeluar pesawat terkenal Airbus telah mengeluarkan harga terbaru bagi pesawat keluaran mereka.

126

Boleh tengok harga yang ditawarkan oleh Airbus seperti dibawah:

PESAWAT A318
A318 – Harga: USD 75.1 juta (MYR 308 juta)

PESAWAT A319
A319: Harga: USD 89.6 juta (MYR 363 juta)
A319 neo: Harga: USD 98.5 juta (MYR 404 juta)

PESAWAT A320
A320: Harga – USD 98.0 juta (MYR 401 juta)
A320neo: Harga – USD 107.3 juta (MYR 440 juta)

PESAWAT A321
A321: Harga – USD 114.9 juta (MYR 471 juta)
A321neo: Harga – USD 125.7 juta (MYR 512 juta)

PESAWAT A330
A330-200: USD 231.5 juta (MYR 950 juta)
A330-800neo: USD 252.3 juta (MYR 1.03 bilion)
A330-200 Freighter: USD 234.7 juta (MYR 962 juta)
A330-300: USD 256.4 juta (MYR 1.05 bilion)
A330-900neo: USD 287.7 juta (MYR 1.18 bilion)

PESAWAT A350
A350-800: USD 272.4 juta (MYR 1.11 bilion)
A350-900: USD 308.1 juta (MYR 1.26 bilion)
A350-1000: USD 355.7 juta (MYR 1.46 bilion)

PESAWAT A380
A380-800: USD 432.6 juta (MYR 1.77 bilion)

20151101_006

Memang mahal lah kan. Harga pesawat paling mahal tentulah superjumbo A380 dengan harga RM 1.77 bilion sebuah. Manakala paling murah ialah pesawat terkecil A319 dengan RM 308 juta sebuah. Itu baru harga pesawat, belum campur lagi kos operasi nak bayar harga minyak, maintenance, bayar airport, gaji pilot, jurutera, stewardess dan lain-lain. Kalau tak ada  banyak duit nak rolling, memang susah lah sustain dan nak maintain operasi.

a3ed79ae24bb269982c7b07431aecf51

Kalau ada mana-mana individu yang mampu beli pesawat ni, memang dia super duper hartawan lah. Bayangkanlah kalau nak beli sebuah pesawaty A320 seperti yang digunakan oleh Air Asia, harganya sama seperti membeli 400 buah rumah yang berharga sejuta sebuah. So kalau saya ada duit RM 2.6 bilion dalam bank, boleh lah beli 6 biji pesawat A320 untuk buat berniaga. Boleh buat sewa pesawat kepada Air Asia, Malindo Airways atau Fire Fly. Malangnya, saya tak ada duit sebanyak itu. 🙂

2 responses to “Nak Beli Kapal Terbang

  1. Salam Tn Edie, diantara Airbus & Boeing mana lebih mahal & lebih selamat & low maintainance & lebih efficient penggunaan bahan api ?

  2. Salam En Dzul…dari segi harga mungkin sama. Tetapi berdasarkan sembang2 dengan kwn2 yang terlibat dlm pembelian pesawat, selalunya Airbus akan bagi banyak diskaun kepada airline, jadi atas paper harga pembelian pesawat nampak lebih murah. Tetapi Airbus banyak buat untung dengan penjualan spare parts utk maintenance. Sebaliknya pula dengan Boeing, mula-mula nak beli pesawat baru mungkin harga lebih mahal, tetapi spare parts pesawat Boeing lebih murah. Lagi satu pesawat Boeing lebih mudah nak maintain dan tak banyak major modification yang perlu dilakukan berbanding pesawat Airbus. So 2 strategi bisnes yang berbeza bagi 2 syarikat ini.
    Dari segi tahap keselamatan bagi saya keduanya sama sahaja. Cuma dari segi konsep sistem pesawat, pesawat Airbus menggunakan lebih banyak input komputer untuk membuat keputusan ketika flight. Manakala sistem Boeing lebih menekankan kepada “human decision” iaitu pilot dalam membuat keputusan ketika terbang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s