Trip ke Vatican City

Walaupun Vatican City ini terletak dibandar Rome, tetapi ia sebenarnya merupakan sebuah negara berdaulat dan bebas dari kerajaan Italy. Negara Vatican City mempunyai passport sendiri,  bendera, lagu kebangsaan dan juga pasukan polis yang tersendiri. Disinilah tempat ketua Gereja Roman Katolik (Pope) tinggal. Terdapat tembok kota yang membahagikan Vatican City dan juga kota Rome.

DSC_0191 (2)DSC_0183 (2)DSC_0182

Hotel tempat saya menginap juga tak jauh dari Vatican City. Kalau berjalan dari hotel dalam 5 minit dah boleh sampai ke Vatican City. Kalau nak kira, agak strategik juga lokasi hotel yang saya pilih.

DSC_0221 (2)

DSC_0243

Tapi yang paling menarik dan puas hati ialah saya dapat menikmati breakfast di hotel dengan berlatang belakangkan  pemandangan kota Rome dan Vatican City. Boleh nampak kubah St Peter Basilica dari atas ni. Wonderful view!

DSC_0261DSC_0315DSC_0283DSC_0236DSC_0204

DSC_0338

Semasa di Rome, saya juga sempat masuk ke dalam Vatican City…saja nak tengok-tengok dan meninjau kawasan di dalam tempat penting bagi penganut Katolik ini.

DSC_0111

DSC_0109

Ada beberepa tempat yang boleh dikunjungi, antaranya St. Peter Basilica, Muzium Vatican dan Sistine Chapel. Untuk masuk ke Muzium Vatican dan Sistine Chapel, ada bayaran yang dikenakan. So saya just skip 2 tempat ini. Tapi untuk masuk ke St. Peter Basilica, masuk adalah percuma.

DSC_0202DSC_0106

Saya hanya masuk ke St. Peter Basilica sahaja…apa yang menarik, kat dalam tempat ni lah kita boleh tengok lukisan-lukisan pada dinding dah hiasan dalaman yang dilukis oleh pelukis terkenal zaman renaissance iaitu Michelangelo.

DSC_0140DSC_0149

DSC_0146DSC_0152DSC_0153

St.peters.basilica.tesserae.arp

Antara lain yang mencuri perhatian berkenaan Vatican City ialah mengenai Swiss Guard mereka. Dalam era zaman pertengahan, Switzerland telah meminjamkan tenteranya untuk melindungi Pope dan Vatican City. Sejak zaman dulu tentera Swiss memang dikenali di Eropah sebagai tentera upahan yang sangat baik, cekap dan setia. Sampai sekarang tradisi itu masih diteruskan dimana Swiss Army ini menjalankan kewajipan untuk menjaga di kawasan-kawasan tertentu di Vatican Palaces dan juga untuk mempertahankan Pope semasa pelbagai upacara.

DSC_0165 (2)DSC_0157

Calon yang memohon untuk berkhidmat dalam Swiss Army mestilah warganegara Switzerland lelaki yang bujang dan menganut agama Roman Katolik, berumur antara 19 dan 30 tahun, serta mesti memenuhi keperluan ketinggian 1.74 meter. Satu lagi fakta menarik ialah tentang pakaian seragam Swiss Army …ianya telah direka oleh Michelangelo.

DSC_0547DSC_0564

Jumlah penduduk di Vatican City hanya lebih kurang 850 orang di mana kebanyakan mereka adalah paderi gereja dan pembantu yang bekerja dengan Pope. Negara ini juga hanya berkeluasan 44 hektar sahaja. Kalau sempat datang ke Rome, bolehlah sekali menjengah masuk ke negara yang paling kecil di dunia…Vatican City.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s