Trip ke Rome

Saya mengambil train Trenitalia dari stesyen Venezia Santa Lucia untuk ke Rome yang mengambil masa 3 jam setengah. Tiket Tranitalia ini saya beli awal-awal melalui online disini: http://www.trenitalia.com/tcom-en. High speed Trenitalia train ini juga memang laju.. mampu mencecah kelajuan maksimum 300 km/jam. Kadang-kadang telinga rasa sedikit berdengung mungkin disebabkan kelajuan train. Cuma perlu diingatkan kalau nak guna wi-fi di dalam train kita kena bayar dan bukannya free…tidak seperti Thalys train di Paris yang percuma.

Boleh tengok video Eiman kat bawah travel naik Trenitalia:

Sepanjang perjalanan, train kami berhenti sekejap-sekejap di beberapa bandar di Itali yang lain seperti Bologna dan juga Florence. Kalau sesiapa mempunyai masa yang panjang, bolehlah singgah di 2 bandar ini. Saya dengar kedua bandar ini juga menarik untuk dikunjungi. Tapi disebabkan masa tidak mencukupi, cukuplah untuk saya melihat Venice dan Rome di Italy pada kali ini.

Dalam 3.30 petang kami dah sampai ke stesyen yang dituju di Rome iaitu Roma Termini. Stesyen Roma Termini ini merupakan stesyen terbesar di Rome. Sebelum naik Metro untuk menuju ke hotel, kami cari dulu tempat makan disekitar stesyen. Alhamdulillah, diluar Roma Termini ini memang banyak restoran halal. Selain makanan halal, nak beli souvenir yang murah boleh juga beli di Roma Termini.

ad_194313681WP_20130927_002

Train di Rome memang mudah dah simple sebab ada 2 line sahaja untuk metro iaitu merah dan biru. Pilihan tiket juga sangat mudah dan tak memeningkan. Contohnya:-

Standard ticket – sah untuk sekali perjalanan – € 1.50
24 Hour Ticket – sah untuk 24 jam – € 7.00
48 Hour Ticket – sah untuk 48 jam – € 12.50
72 Hour Ticket – sah untuk 48 jam – € 18.00

DSC_0352DSC_0343

Sebenarnya tak perlu banyak naik train pun di Rome ni, sebab kebanyakan tempat tumpuan pelancong boleh sampai dengan berjalan sahaja. Cukuplah untuk beli single ticket kalau perlu.

DSC_0056DSC_0059

Siapa yang tak kenal bandar Rome yang merupakan salah satu tamadun terkenal pada zaman dahulu. Salah satu landmark Rome yang paling famous ialah Colloseum. Kalau nak tahu nama asal Colosseum ini ialah Amphitheatre Flavian iaitu sempena nama keluarga diraja Rome yang membinanya (Flavian). Mula dibina pada tahun 72 Masihi oleh Maharaja Vespasian, ianya kemudian siap dibina oleh anaknya, Titus dalam tahun 80 Masihi. Seperti yang ramai orang tahu, Colosseum inilah tempat dimana para gladiator bertarung.

DSC_0073DSC_0077DSC_0102DSC_0139

Sebelum datang ke Rome, saya beli dulu siap-siap tiket untuk masuk ke Colosseum di TickItaly (http://www.tickitaly.com). Tiket yang dijual ini termasuklah khidmat tour guide, tiket masuk ke Colosseum dan juga tiket masuk ke Roman Froum dan Palantine Hill. Senang sikit dah beli awal-awal supaya tak kelam kabut nanti. Masa di Colosseum, kita kena pergi ke kaunter tiket untuk tunjukkan slip pembayaran dan menukarnya kepada tiket masuk.

DSC_0162

DSC_0150

Security di Colossuem agak ketat… sebab kena scan badan dan beg-beg yang dibawa sebelum masuk. Disebabkan sangat ramai orang yang datang, jadi line beratur memang panjang. Lebih baik datang awal (kurang-kurang sejam) dari masa yang tertera pada tiket untuk bagi masa kepada security check. Kat sini juga banyak ulat-ulat tiket untuk jual tiket kepada mereka yang tak beli tiket awal-awal dan yang malas untuk beratur. Tak pasti berapa harga yang dikenakan tapi saya agak mungkin mahal.

DSC_0027DSC_0030DSC_0053

Arco di Costantino (Gerbang Constantin) ini terletak di luar Colosseum. Gerbang ini merupakan sebuah monumen tinggi 25 meter yang dibina pada 315 Masihi. Ianya dibina untuk menandakan kemenangan Maharaja Constantine ke atas Maxentius dalam perang saudara.

DSC_0165

The Roman Forum dan Palatine Hill ni sebenarnya bersebelahan antara satu sama lain. Bila saya beli tiket ke Colooseum, diorang bagi sekali dengan tiket masuk untuk kedua-dua tempat ni (Roman Forum dan Palatine Hill). Roma Forum ini adalah kawasan runtuhan beberapa bangunan kerajaan Rom. Pada zaman dahulu. di tempat inilah orang Rom akan berduyun-duyun untuk melihat pidato, perbicaraan jenayah dan perbincangan politik.

DSC_0176DSC_0221DSC_0183DSC_0203DSC_0212DSC_0314

Palantine Hill pula merupakan kawasan berbukit dan dikatakan tempat paling ekslusif pada zaman Rome, Disinilah terletaknya istana Maharaja dan rumah-rumah pembesar Rome pada zaman itu.

DSC_0252DSC_0318DSC_0308DSC_0191DSC_0195DSC_0292

Tidak seperti Colosseum yang banyak rosak disebabkan oleh puak Barbarian yang menyerang Rome dan juga gempa bumi, the Pantheon ialah bangunan kerajaan Rome yang paling terpelihara dari kemusnahan. Phanteon ini adalah merupakan sebuah kuil khusus untuk tuhan-tuhan pagan masyarakat Rom.

DSC_0072

Trevi Fountain (Fontana di Trevi) pula ialah air pancut yang dihiasi dengan ukiran-ukiran dan sculptures. Ada tradisi masyarakat Rom dimana kalau baling duit syling ke dalam kolam air pancut ni, dipercayai pasti kita akan kembali ke Rome semula suatu hari nanti.

DSC_0012DSC_0038

Saya juga sempat sampai di Spanish Steps iaitu tangga yang menghubungkan antara Piazza di Spagna di bahagian bawah dan Piazza Trinita dei Monti di bahagian atas. Ada 138 anak tangga kesemuanya. Sebab apa tempat ni famous? Dikatakan semasa abad ke -18, Spanish Steps menjadi tempat pertemuan dan berkumpulnya para artis dan juga pensajak-pensajak. Sampai sekarang ni pun, Spanish Steps menjadi tempat ekslusif dimana pertunjukan fashion terkemuka diadakan. Model-model fashion akan menggayakan rekaan terbaru dan catwalk di atas tangga Spanis Steps ini.

DSC_0103

DSC_0392

Satu lagi tempat yang kami singgah ialah Villa Borghese yang merupakan taman terbesar di Rome. Taman yang hijau ini terdiri daripada tasik , kuil, air pancut, sculptures dan beberapa buah muzium.

DSC_0509DSC_0491DSC_0479DSC_0477DSC_0461DSC_0459

Kat sini juga kita boleh juga sewa basikal untuk bersiar-siar sebab kawasan Villa Borghese memang besar. Dari Villa Borghese ini kita boleh melihat pemandangan kota Rome dari atas.

DSC_0451DSC_0446DSC_0435DSC_0427DSC_0397

Pernah dengar tentang watak Pinocchio, budak kayu yang berhidung panjang disebabkan menipu? Asal-asal cerita Pinocchio adalah dari Italy.

DSC_0055DSC_0060DSC_0062DSC_0063

Kalau perasan kat Rome ini juga ramai orang yang memandu kereta mini. Hanya ada 2 tempat duduk sahaja untuk kereta mini ini. Mungkin sebab jalan-jalan di Rome sangat  kecil, jadi lebih mudah guna kereta kecil. Kat Rome juga ramai yang menunggang motosikal.

DSC_0356DSC_0360

 

Kedudukan kota Rome terletak di bahagian selatan. Jadi masa kami datang pada awal bulan April, malam dan pagi agak dingin tetapi cuaca pada waktu siang agak panas. Tak pasti masa time summer memang lagi panas agaknya. Kat sini juga banyak betul askar-askar berjaga. Mana-mana pun ada askar, di stesyen metro, colosseum dan di kebanyakan tempat tumpuan pelancong. Walaunpun sedikit janggal, tetapi mungkin saya rasa lebih bagus begitu sebab kita rasa lebih selamat dengan adanya tentera di kawasan tersebut.

DSC_0375

DSC_0068DSC_0071

Saya menghabiskan masa 4 hari 3 malam di Rome. Kata orang keseluruhan bandar Rome itu sendiri adalah seperti sebuah muzium. Memang betul, banyak monumen dan bangunan tinggalan bersejarah di sini. Memang pengalaman yang menarik dan ejoyable bagi saya ketika berada di Rome.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s