Trip ke Venice

Saya mendarat di Marco Polo Airport Venice hampir tengah malam. Pesawat yang kami naiki sedikit delay, sepatutnya berlepas jam 9:30 tetapi lewat sehingga jam 10 lebih. Venice Airport ni kecil saja. Bila kami sampai, keadaan di airport nampak lengang dan agak sunyi sebab dah waktu tengah malam. Selepas mengambil bagasi, mula lah pening mencari arah untuk ke hotel. Disebabkan tahu sampai lewat malam di Venice, awal2 lagi saya menempah hotel yang berdekatan dengan airport.

51326100

Hotel ini sepatutnya ada menyediakan shuttle bas percuma tetapi perkhidmatan ini hanya sampai jam 11:30 malam sahaja. Disebabkan flight delay, kami tak sempat nak ambil shuttle bas yang disediakan oleh hotel. Teringat juga untuk naik bas pengangkutan awam, tapi mereka juga dah menamatkan service selepas waktu tengah malam. Kalau ikut direction yang diberi oleh website hotel,  sepatutnya lokasi hotel tidak jauh dari airport. Namun begitu, saya tak nampak bayang apa-apa hotel berdekatan dengan kawasan airport ini.

DSC_0033
Jadi saya ambil keputusan untuk cuba berjalan dan mencari kedudukan hotel yang ditempah. Saya dapati terdapat sekumpulan pekerja yang sedang membetulkan jalan di situ, so saya cuba bertanya kepada mereka. Walaupun diterangkan dalam bahasa Itali, namun saya faham melalui isyarat tangan. Kena jalan ke depan, roundabout pertama terus dan roundabout kedua masuk kiri. Saya juga perasan ada beberapa orang sedang menarik bagasi dan juga seorang pilot yang memakai uniform berjalan melalui arah yang sama. Jadi saya anggap mereka juga menuju ke hotel dan saya just follow jejak langkah mereka. Kesian juga Eiman terpaksa tolong tarik beg jam 1 pagi dgn keadaan jalan yg gelap. Hampir 20 minit berjalan, barulah berjumpa dengan hotel yang dicari. Berpeluh le juga mencari hotel ni. So hati-hatilah..kadang-kadang description yang diberi dalam website hotel mungkin tak sama dengan realiti. Nama saja airport hotel, tapi lokasinya bukannya betul-betul tepi airport.

5899229-ACTV_bus_no_5_Venice

Selepas brekfast pada waktu pagi, saya checkout dari hotel ini dan menaiki bas untuk ke bandar Venice. Perjalanan dari airport ke bandar Venice menaiki bas (ACTV No. 5) dalam 25 minit. Tambang tak mahal, EUR 3 sahaja untuk sehala. Bas ini akan berhenti Piazzale Roma di bandar Venice dan dari situ saya mencari kedudukan hotel untuk check in. Memang sengaja saya cari hotel lain di dalam pusat bandar supaya senang nak berjalan-jalan dan dekat dengan tempat tumpuan pelancong. Nasib baiklah hotel baru ini tak jauh dari Pizzale Roma, dalam 3 minit berjalan dah sampai.

DSC_0123DSC_0302

Perkara pertama yang kita perasan di Venice ni ialah banyaknya jambatan kat sini. Masalahnya  kebanyakan jambatan adalah bertangga. Jadi bagi sesiapa yang bawa stroller atau beg, memang terseksa lah nak angkat beg dan stroller untuk menyeberang. Di jambatan besar berdekatan Pizzale Roma(perhentian bas utama), memang ramai pelancong mengangkut beg-beg besar menyeberang masuk ke dalam pusat bandar Venice. Semuanya muka nampak stress saja. Ada juga porter-porter yang menawarkan khidmat mengangkat beg untuk menyeberang jambatan hingga ke hotel, tetapi saya tak pasti berapa charge yang dikenakan. Semestinya mahal. Dekat dalam pulau Venice ni kenderaan seperti kereta atau teksi memang tidak dibenarkan masuk sebab jalan-jalannya kecil, berjambatan sana-sini dan lorong yang sempit. Yang ada hanya perkhidmatan ferry dan boat sahaja.

DSC_0004DSC_0010

Eiman sebelum datang ke Itali dah berkali-kali pesan untuk belanja makan gelato. Gelato ini merupakan perkataan Itali bagi aiskrim. Gelato dari itali ini diperbuat daripada susu, krim, gula dan buah-buahan . Sejarahnya sudah lama wujud di bumi Itali sebab itu gelato italy ni famous dan rasanya sedikit berbeza dan sedap berbanding aiskrim-aiskrim di tempat lain. Eiman hari-hari minta makan gelato kat sini, boleh tengok video dia bercakap mengenai gelato Italy kat bawah ni.

Antara makanan lain yang wajib dicuba ketika di Itali ialah pizza dan juga spaghetti. Kalau pernah makan pizza dan spaghetti di Itali, pasti kita akan rasa jauh bezanya rasa makanan yang ada di Pizza Hut atau fast food yang lain. Serious…pizza dan spaghetti di sini memang rasanya marvellous dan sedap. Memang tak pernah saya makan pizza atau spagehetti sesedap itu sebelum ni. Tapi memang tak menghairankan sebab itu makanan harian orang Itali. Sama lah juga, kalau nak rasa nasi lemak yang terbaik di dunia, kenalah datang makan di Malaysia. Negara lain pun mungkin ada, tapi rasanya mungkin tidak sama dengan yang asli. Saya ada terjumpa beberapa kedai halal di Venice ini. Salah satunya tidak jauh dari dengan stesyen Venezia Santa Lucia dan berdekatan saja dengan hotel tempat saya menginap.

DSC_0318DSC_0319DSC_0321

Bandar Venice terdiri daripada pulau-pulau, terusan, jambatan dan lorong-lorong kecil. Disini ada 118 buah pulau-pulau kecil dan dihubungi dengan 150 terusan serta 400 buah jambatan. Bangunan-bangunan juga masih dikekalkan seperti keadaan asal pada zaman dahulu. Sebab tu di Venice tak ada signboard, yang ada hanya penunjuk arah jalan yang ditampal atau dicatkan pada bangunan.

DSC_0411

DSC_0087

Nak meneroka bandar Venice ini seeloknya berjalan kaki. Barulah dapat merasa suasana bandar lama Venice seperti zaman kegemilangan dulu2 ketika Venice popular sebagai pusat perdagangan di Eropah.

DSC_0092DSC_0073DSC_0068

DSC_0213DSC_0264DSC_0274

Banyak tempat menarik kat Venice, antaranya Piazza San Marco yang merupakan dataran utama di bandar Venice ini. Kat sini pun banyak burung merpati.

DSC_0188DSC_0154DSC_0159

St Mark Basilica – Gereja khatolik yang paling popular di Venice

DSC_0178DSC_0151DSC_0148DSC_0146DSC_0129
Doge’s Palace – Istana bagi Duke of Venice pada zaman dahulu

DSC_0200DSC_0211DSC_0208

San Marco Campanile –  Menara jam

DSC_0152

Bridge of Sighs – jambatan kesedihan. Pesalah dari penjara yang dihukum mati akan dibawa melalui jambatan ini sebelum di hukum mati. Jambatan ini merupakan peluang terakhir mereka untuk melihat dunia luar. Sebab itu dinamakan jambatan kesedihan.

DSC_0330DSC_0327

Saya juga berpeluang naik gondola ketika berada di Venice. Naik jadi pengayuh gondola bukan senang, kena masuk sekolah khas dan ada exam. Dah habis belajar di sekolah khas, barulah mereka dibenarkan memberi khidmat mengayuh gondola. Uniform mereka adalah baju berbelang sama ada warna merah atau hitam.

DSC_0113

DSC_0363DSC_0365DSC_0359Sambil mengayuh gondola, mereka juga akan menanyi lagu cinta romantik untuk penumpang.

Sambil-sambil itu, mereka juga akan menerangkan serba sedikit tentang sejarah Venice dan kehidupan seharian penduduk Venice disini. Perjalanan menaiki gondola lebih kurang 30 minit dan caj yang dikenakan dalam EUR 80.

DSC_0375DSC_0370DSC_0382DSC_0384

Antara lain keunikan Venice ialah topeng muka dan ianya banyak dijual di kedai-kedai cenderamata. Topeng muka ini berkait dengan Carnival of Venice, yang merupakan pesta istimewa dimana ketika perayaan penduduk akan memakai costumes dan topeng muka ketika ini. Saya ada beli satu juga untuk kenang-kenangan.

DSC_0104DSC_0099

Saya menghabiskan 2 hari 3 malam di Venice. Bagi saya Venice agak unik dan berlainan bandar-bandar lain di Eropah. Venice juga memang tempat yang sesuai bagi sesiapa yang ingin berbulan madu.

Selepas sarapan pada hari terakhir di Venice, kami menuju ke stesyen Venezia Santa Lucia untuk menaiki train Trenitalia untuk menuju ke Rome. Terbayang-bayang dalam kepala filem Gladiator lakonan Russel Crowe. Tak sabar nak tengok Colloseum!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s