Trip Ke Amsterdam (Part 2)

Zaanse Schans
Lagi satu tempat wajib pergi di Amsterdam ialah Zaanse Schans. Kat tempat ni lah kita boleh tengok kampung orang Belanda termasuk rumah tradisional, kincir angin dan juga workshop. Saya naik bas untuk datang ke sini. Boleh juga naik train kalau tak silap, tetapi kena berjalan agak jauh dari steyen. Tapi kalau naik bas dia akan berhenti betul-betul depan kawasan Zaan Shanse. Bas bernombor 391 untukZaanse Schan boleh diambil dari Amsterdam Central Station dengan masa perjalanan dalam 40 minit.

DSC_0741

DSC_0815DSC_0807

Ni lah kincir angin Belanda yang traditional…gunanya adalah untuk kisar gandum, jagung, pam air dan sebagainya..

DSC_0805DSC_0797

Selain rumah dan kincir angin, di sini juga boleh melawat tempat membuat cheese secara traditional. Macam-macam jenis cheese ada. Cheese dari Amsterdam ni boleh tahan lama, ada jenis cheese yang keras macam batu dan boleh simpan betahun-tahun lamanya.

DSC_0791DSC_0790DSC_0788DSC_0787

Lagi satu tempat yang menarik sekitar kampung ini ialah workshop membuat terompah kayu yang dinamakan “clog”. Terompah ni dipakai oleh orang-orang Belanda zaman traditional. Ianya dibuat dari kayu dan di w/shop ini ada juga pertunjukan cara pembuatannya. Masa buat pertunjukan, pekerja w/shop tersebut potong batang kayu guna pisau, memang nampak lembut jer kayu tu. Kemudian dia tiup dengan mulut pada kayu yang telah dipotong tersebut dan melimpah air turun ke bawah. Oooo…baru tahu jenis kayu ni memang mengandungi banyak air kat dalam, sbb tu lembut je. Bila dah habis mengukir dan dipotong menjadi kasut, barulah ianya dikeringkan dan menjadi keras seperti kayu biasa. Nak sarung clog ni kena pakai stokin serta kena pakai terompah yang saiznya sedikit besar dari kaki. Tak boleh pakai ikut betul2 saiz kaki…nanti sakit.

DSC_0868DSC_0862

Dekat sini juga kita boleh tengok rumah-rumah traditional pada zaman dahulu. Nampak tenang jer tempat ni. Rumah kayu, jambatan, kincir angin, terusan…inilah landskap kampung orang Belanda.

DSC_0853

DSC_0854DSC_0850

Kampung tradisional orang Belanda…cantik kan?

DSC_0837DSC_0833DSC_0830DSC_0829DSC_0821

Amsterdam City
Dari Schipol Airport, saya menaiki bas bernombor 197 untuk ke bandar Amsterdam. Saya turun di perhentian Museumplein dan kemudian menaiki tram 16 atau 24 untuk ke Amsterdam Central atau tempat-tempat lain. Makanan halal memang banyak di bandar Amsterdam. Kalau naik tram nombor 16 atau 24, boleh nampak kedai-kedai kebab halal disepanjang perjalanan.

DSC_0658DSC_0876

Yang saya kagum mengenai bandar Amsterdam ialah basikal. Ya…di sini memang banyak sekali basikal digunakan. Contohnya lelaki yang pergi kerja akan pakai pakai suit bertali leher ..memang smart tapi mereka naik basikal jer. Golongan wanita juga begitu…dress up cantik-cantik tetapi just menungang basikal. Handbag pun letak dalam bakul depan jer. Lagipun kat sini amat selamat. Takdernya ragut-ragut…yang bawa kereta pun akan beri jalan dan hormat kepada penunggang basikal. Mungkin di sini tahap kesedaran terhadap alam sekitar juga  memang tinggi, so pengangkutan basikal memang popular. Yang saya dengar Perdana Manteri negara Netherlands pun naik basikal juga pergi kerja.

DSC_0971

Di sini juga banyak terusan-terusan yang menjadi landskap bandar Amsterdam. Semuanya wujud sudah lama.. sejak kurun ke 17 lagi tetapi masih elok dan cantik dipelihara. Memang bandar Amsterdam adalah unik, bersih dan cantik. Kebanyakan orang disini boleh bercakap bahasa Inggeris…so memang senang untuk berkomunikasi.

DSC_0979DSC_0956DSC_0986

Kalau nak berjalan, boleh mula dari Amsterdam Central yang merupakan stesyen pengangkutan utama di Amsterdam sehinggalah ke Dam square. Area dari Amsterdam Central hinggalah ke Dam Square dipanggil Damrak.

DSC_0881

Ketika berjalan2 di sekitar Damrak, saya juga melalui Kalverstraat yang merupakan salah satu shopping street di Amsterdam. Saya singgah di sini sekejap untuk beli cenderahati. Jangan terkejut kalau di Amsterdam ni anda boleh jumpa biskut,coklat, kek atau makanan yang mengandungi ganja. Di Amsterdam, pengambilan ganja adalah dibenarkan.Tapi jangan bawa Malaysia lah. Tak pasal2 kena tangkap.

DSC_0892

Disekitar Damrak juga banyak restoran, coffe shop dan restoran. Ada juga beberapa kedai halal yang saya jumpa.  Kalau nasib tak baik, boleh tersesat di Red Light Street yang popular tu.

DSC_0673

DSC_0677

Kalau teruskan berjalan, kita akan bertemu dengan Dam Square yang merupakan dataran utama bagi bandar Amsterdam. Kat sini juga banyak burung merpati. Qaleesya dan Eiman ajak berhenti sekejap nak main-main kejar dengan merpati. Berdekatan dengan Dam Square ada juga Madam Tussaud kalau nak pergi.

Dari Dam Square, kami meneruskan perjalanan untuk ke Museumplein. Kat Museumplein ini ada padang yang besar untuk orang awam.Selalunya orang datang sini untuk bergambar dengan signboard “I Amsterdam”, tetapi kat Museumplein ni macam banyak sangat orang bergambar. So susah kalau nak bergambar. Kalau nak lagi lapang dan tak banyak orang, satu lagi sign board I amsterdam ada di Schipol airport. Berdekatan dengan Museumplein ini ada 3 muzium iaitu Rijksmuseum, Van Gogh Museum, and Stedelijk Museum.

DSC_0715

Signboard I Amsterdam di Schipol Airprot

DSC_0952DSC_1002DSC_1005DSC_1007

Habis lepak2 di Museumplein, hari pun agak petang dan kami perlu bergegas ke Schipol Airport untuk mengejar flight. Destinasi seterusnya ialah kota air yang romantis…Venice, kami datang!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s