Trip Ke Amsterdam (Part 1)

Walaupun perjalanan dari Paris ke Amsterdam mengambil masa 3 jam, tetapi bagi saya rasa macam tak lama. Tiket train ni saya beli awal-awal melalui online (https://www.thalys.com). Saya dapat beli seat yang ada meja kat tengah-tengah, sesuai untuk keluarga dan bagi yang datang berkumpulan. Train Thalys ni ok bagi saya, keadaannya bersih, ada tandas, free wifi dan ada juga kaunter bar kalau nak beli minuman atau snack.

DSC_0624

Dari Paris, train ini akan stop sekejap di Brussel (Belgium) dan kemudian barulah ke Netherlands. Mula-mula dulu memang ingat nak singgah satu hari di Brussel sebelum ke Netherlands, tetapi memandangkan kekangan masa dan peristiwa pengeboman yang baru saja terjadi di Brussel, niat itu saya tangguhkan dulu. Brussle ni kami hanya sempat lalu naik train saja, maybe next time lah kot singgah bandar ini.

DSC_0630

Dalam pukul 8.30 kami dah sampai ke destinasi perhentian Amsterdam Schipol Airport. Tak terasa pun 3 jam naik train.Boleh tengok video Eiman dalam train Thalys kat bawah:

Saya pilih hotel yang berdekatan dengan Schipol airport sebab hotel di Amsterdam City memang banyak yang dah penuh.Lagipun nak pergi ke taman bunga Keukenhoff memang kena naik bas dari airport dan lagi pada hari terakhir nanti, kami perlu mengambil flight untuk ke Venice. Lagipun Schipol airport takderlah jauh sangat, kalau naik bas dalam 30 minit  saja perjalanannya ke pusat bandar Amsterdam.

Saya perlu naik train dari airport untuk ke hotel. Masa beli tiket (single one way), saya dapati kita kena bayar extra sebanyak EUR 0.50 bagi setiap tiket yang dibeli. Ini disebabkan single one-way tiket menggunakan tiket kertas…jadi bagi mereka anggap ini akan membazirkan kertas…jadi caj lebih dikenakan. Memang environmental friendly orang Amsterdam kat sini. Kalau taknak kena charge setiap kali beli tiket, perlu beli pass pengangkutan dan bukannya single ticket.

423_fullimage_iAmsterdam-pas-2013_560x350

Pagi-pagi lagi besoknya saya dah keluar sebab plannya nak ke Keukenhoff. Tapi sebelum tu memang kena cari pass pengangkutan untuk 2 hari saya di Amsterdam ini. Masa sebelum datang ni saya ada juga study dulu pass-pass yang ada, tapi tak dapat cari maklumat yang jelas. Ingat bila dah sampai Amsterdam bolehlah saya  dapat maklumat yang lagi jelas, rupanya jadi lagi pening.

Ada beberapa pass bagi pelancong.. contohnya I Amsterdam City Card, GVB Day Pass, Amsterdam & Region Travel Ticket, Amsterdam Travel Ticket, etc…
Banyaknya..dan mana satu nak beli? Masalahnya pass-pass ini dijual di pelbagai tempat berlainan di airport… contohya ada di kedai buku, tempat money changer dan kaunter perkhidmatan bas. Tapi bila saya tanya mana yang sesuai dengan jadual saya, semua tak dapat bagi penerangan dengan jelas.

DSC_0004DSC_0025

Last sekali, saya pergi bertanya di kaunter tourism information di Schipol Airport. Disebabkan saya akan pergi ke Keukenhoff dan Zaanse Schans yang terletak di luar Amsterdam, jadi pegawai disitu mencadangkan saya membeli Amsterdam and Region Travel Ticket. Pass ini ialah pass yang boleh digunakan untuk bas, metro dan tram (tapi tak termasuk train) di Amsterdam dengan harga EUR 13.50 sehari. Yang penting pass ini juga dah termasuk bas untuk ke Keukenhoff, Zaanse Schans dan dari airport ke Amsterdam City. Selain itu di information counter ni, saya juga beli sekali tiket masuk untuk ke Keukenhoff in advance. Harga tiket ialah EUR 16 untuk dewasa dan EUR 8 untuk kanak-kanak 4-11 tahun. So nanti tak perlu beratur beli tiket bila dah sampai, just tunjuk tiket dan masuk jer lah.

DSC_0358

DSC_0093

Keukenhof
Saya menaiki bas bernombor 858 dari Schipol airport untuk ke Keukenhof Garden. Perjalanan tak jauh, dalam 20-25 minit dah boleh sampai. Lagipun bas ke Keukenhof ini agak kerap, so tak perlu risau. Untuk naik pengangkutan awam di Amsterdam ni, kita perlu “check-in” pada mesin ketika masuk dan perlu juga “check-out” ketika keluar. Nak naik tram pun sama juga, kena check in dan check out kad tersebut masa naik dan turun.

DSC_0035DSC_0069DSC_0084DSC_0089DSC_0099DSC_0103

Taman Keukenhof ini juga dikenali dengan Garden of Europe, salah satu taman terbesar di Eropah. Paling menarik disinilah kita boleh tengok bunga-bunga tulip dan pelbagai bunga yang lain.

DSC_0106DSC_0114DSC_0117

Saiz bunga kat sini memang besar-besar dan bermacam-macam warna. Boleh rambang tengok. Bagi yang minat photography, pasti tak menang nak tangkap gambar. So colourful!

DSC_0183

DSC_0154DSC_0138DSC_0168

Kat sini juga ada taman permainan kanak-kanak. Boleh berehat sekejap dan bagi peluang kat budak2 untuk bermain.

DSC_0172

DSC_0120

DSC_0121

DSC_0123

DSC_0124

Eiman and Qaleesya pun suka jalan-jalan kat Keukenhof ni. Boleh tengok video Eiman bercakap mengenai taman Keukenhof kat bawah ni:

 

DSC_0241DSC_0250DSC_0257

Setiap tahun ada 7 juta pokok bunga tulip di tanam di Keukenhof. Apa yang special, taman ini hanya dibuka selama 8 minggu sahaja setahun. Bukan sepanjang tahun boleh tengok bunga tulip. So kalau nak datang melawat, kena check dulu bila tarikh dibuka dan tamat. Selepas tamat tarikh Keukenhof dibuka, kesemua bunga-bunga ini akan dimusnahkan..selalunya dijadikan sebagai makanan kepada binatang di dalam ladang.

DSC_0284DSC_0269DSC_0310DSC_0342

Taman Keukenhof ini dibuka dari pertengahan April hingga pertengahan May iatu pada musim bunga. Tapi waktu yang paling baik untuk melihat bunga tulip ialah pada pada bulan April sebab masa ni lah bunga tulip berkembang sepenuhnya.

DSC_0292

DSC_0303DSC_0266

DSC_0186DSC_0189DSC_0192DSC_0194

DSC_0388

Taman ini memang besar, seharian juga la saya habiskan masa kat sini. Tak sah kalau pergi ke Amsterdam tapi tak pergi ke Keukenhof Garden.

DSC_0368DSC_0640DSC_0641DSC_0649DSC_0650DSC_0378

Bersambung di sini: Trip Ke Amsterdam (Part 2)

2 responses to “Trip Ke Amsterdam (Part 1)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s